Jumaat, 19 April 2013

Cinta Jangan Pergi!!!!

Saya sedang menggilai remy semula.. adoiiiii... layan cita ni buat tidur tak lena mandi tak basah oooiiii...


Judul drama: Cinta Jangan Pergi
Pelakon: Tiz Zaqyah, Remy Ishak,Nadiya Nissa, Esma Daniel
Channel: TV9
Slot: Ratu
Jumlah episode: 26
Waktu Tayangan: 8.30-9.30 malam
Pengarah: Khabir Bhatia
Penulis skrip: Mira Mustaffa
Tarikh tayangan: 6 april,2013
Hari Tayangan: Sabtu dan Ahad


Pelakon:
Tiz Zaqyah sebagai Lea Soraya, 
Remy Ishak sebagai Khalil
Nadia Nissa sebagai Elina(teman baik lea yang happy go lucky)
Josiah Hogan sebagai Hud


Sinopsis:
Berkisar mengenai perjanjian sepasang kekasih yang mahu sehidup semati.Takdir merubah segalanya.Lea Soraya dan Khalil bertemu ketika dalam keretapi ketika menuju ke Switzerland dan mereka juga mempunyai tujuan yang sama.- Menjelajah ke seluruh Eropah seorang diri.
Pertemuan yang kekok pada awalnya membenihkan rasa cinta dalam hati bila Lea membenarkan Khalil menjelajah bersama-samanya. Mereka mula bercinta dan mengikat janji. Mereka bercinta sepanjang belajar di sana.
Selepas graduate, Lea pulang ke Malaysia,manakala Khalil tinggal untuk menyambung pelajarannya. Mereka berjanji untuk setia antara satu sama lain.Namun,10 bulan selepas itu,Lea menerima khabar yang Khalil kemalangan jalan raya. Lea kemudiannya dijodohkan dengan lelaki pilihan emaknya Hudd. Hud mencintai Lea sepenuh hatinya.Apa yang mengeliru Lea, gaya Hudd seperti Khalil.
Di hari pertunangan Lea dan Hudd, Lea terlihat Khalil. Adakah ia hanya imaginasinya atau ia memang Khalil?Apakah Lea akan terus menunggu Khalil atau membuka hatinya untuk Hudd.