Isnin, 15 Ogos 2011

Special entry for NORMA

Salam suma kengkawan kus.. 2 minggu ni aku bz baca blog kak moon tentang SILnya NORMA yang sedang bertarung dengan sakinya "Brain Cancer Stage 4". So kat sini aku share juga pasal Norma ni..Norma ni adik ipar Moon sekarang Moon dan keluarga dalam kesusahan. Moon dan keluarga ni baik2 org nya, bukan jenis suka meminta2 tp skrg ni walaupun segan Moon dan keluarga perlukan bantuan.


gambar pengantin tu gambar Norma and Talib tahun lepas...Besar betul ujian mereka berdua ni...celebrate 1st Anniversary di hospital masa Norma dah terlantar sakit Norma skrg diagnosed with Brain Cancer Stage 4. Those yang nak baca detail tentang Norma blog visit blog Moon (http://miera301.blogspot.com/). Mungkin aku dah terlambat nak update and blog pasal ni sbb sure ramai dah tau (sejak dari bulan mac),tp takpe la kan walaupun lambat mungkin ada org tak tau lagi pasal ni sayu sangat bila aku tengok gambar ni.... menitis air mata... aku tak pandai nak cerita sebenarnya tp memang sedih sgt sgt tentang penderitaan Norma dan Talib ni. norma and Talib baru je kahwin last year. lepas kahwin norma terus pregnant, sepanjang setahun berkahwin Norma duduk di Pontian sebab dia mengajar di Sekolah di Pontian, while Talib pulak bekerja di Jusco Balakong.siapa sangka kan Norma yang sihat dan merupakan cikgu terus sakit kritikal lepas bersalin baby Rafiq, Norma kena sakit kepala yang teruk sgt. Moon cerita masa tu Norma rasa dia nak hantuk hantuk kan kepala dia ke dinding sebab tak tahan sakit. masa tu norma duduk rumah Moon and Sutan (asben kak moon). Alhamdulillah Norma dapat keluarga mertua yang penyanyang dan ambil berat. Kesian pada baby Rafiq jugak, tak pernah dapat rasa belaian dan susu ibu sendiri. Org lain biasanya kalau baru dpt first baby tentu tgh happy, memang berbeza dgn nasib Norma dan Talib, tp tu ler kan ujian Allah SWT ni kita tak boleh nak sangkal, pasti ada kihmah di sebaliknya.
after few days, Mama Sutan bawa Normapergi Hospital Putrajaya...memula takde sesiapa sangka yg Norma kena brain cancer. tp after series of test, it is positive yang Norma ada brain tumor. Lepas tu Norma dipindah kan ke Hospital KL.
Dah 5 kali Norma kena operate tapi nampaknya tumor Norma makin membesar and according to doctor cancer Norma ni aggressive. Moon ckp Norma dah Cancer Stage 4. Doktor semua dah surrender dan mintak bawa Norma balik ke rumah. Tapi Talib sebagai suami takkan nak menyerah macam tu aje. Macam tu jugak Moon and ahli keluarga yang lain. Kena la terus berusaha dan berdoa, mana tau kan kalau Allah SWT perkenan doa mereka dan jumpa cara perubatan yang sesuai mungkin ada jalan untuk menyembuhkan Norma.
Sekarang mereka sekeluarga memerlukan bantuan kewangan, iye la walaupun untuk rawatan alternatif, tetap memerlukan belanja yang tinggi. Norma cuma mampu berbaring jadi kalau nak dibawa berubat ke mana mana, Norma perlu naik ambulance. Kos ambulance, kos pampers, susu Norma... itu tak termasuk kos untuk baby Rafiq. Walaupun Talib ni bekerja tp semenjak Norma sakit, Talib jarang dpt kerja penuh
cimb norma 01070068677528 (MUNIRAH301@YAHOO.COM)
baru baru ni kak ila (kawan kak moon) ada lancarkan tabung amal cake untuk norma kat FB, Alhamdulillah dapat sambutan. skrg ni masih ada permintaan tentang jualan amal tu.
Semoga Allah SWT akan permudahkan kehidupan mereka berdua ni. iyela kan dugaan org lain2, ini masa mereka, masa kita tak tau bila. jadi kalau ada yang diluar sana sudi nak bg sumbangan, tak kisah la RM5 ke or seberapa ikhlas boleh la contribute terus ke akaun

Dan harap kita dapat la sama sama berdoa semoga masih ada peluang untuk Talib dan Norma sama sama membesarkan baby Rafiq...Terima kasih semua.