Rabu & khamis, pas balik keja, mandi siap, keluar beli pekaian tuk raya. barang en adam amsyar satle! baju melayu (jubah tak jadi sebab aku terbeli kain kasar), tshirt 6 hlai, suar jeans, baju jeans tali bahu tu 1, kasut en papa beli 1 aku beli 1, baju tido 2 (pas ni ada tambahan kot.. kekeke). wahhh memang sakan la anak aku tahun ni. anak sulung beb, lagi pun rezeki murah bulan ni kan.
Rabu pi jusco, kunun nak pi carik kasut aku, tak da yang bekenan, en papa belikan baju blouse kat aku. pas tu ke tesco n ofo borong baju kat en adam amsyar. mahal plak kali ni tshirt budak. macam harga org beso. dah benda cantik memang la mahal kan.
Kemarin pi pacific beli kasut, kemeja papa. time makan kat pacific (perai) memang KONG sangat! makanan luar tak boleh dibawa masuk! aku beli apa? bubur n kentang mcd untuk anak aku. kat foodcourt situ langsung tak da makanan baby, nak bagi anak aku makan apa? bongok la depa ni. kalo aku beli buger kot tak pa la nak tegur, masa aku bw kuar kentang tu makgad tu tengok ja, aku buat tak tau, sebelum tu dia tegur laki aku time nak bw kuar bubur, laki aku kata depa tak bagi. ok nasib beli kentang, aku letak atas tisu. nasib la anak aku tak berapa lapar. depa ni memang tak da otak la, orang beli barang kat depa, beratus-tarus, makan kat situ pun tak boleh barang luar. lain kali jangan la letak fastfood kat situ. aku geram betui semalam, tiap pi mai pi mai kat tempat aku, ada jugak orang lain tegur bawa kuih. ish tak patut betul la. lagi teruk babychair pun tak dak.
Geram ni... fuhhhhhh (hembus tarik nafas panjang) ok la, dari dok dengar aku beletiaq layan pic kat bawah ni k...