Jumaat, 22 Ogos 2014

37weeks

Assalamualaikum....

Hari ni sepagi sedih.... nak kongsi sikit yer...

Pagi tadi dalam jam 6 terjaga rasa baby tak gerak. terus teringat selalunya aku akan bagun 2-3 kali untuk gi toilet. tapi semalam tak langsung. terus risau. bila alih badan banyak kali pun tak da respon. mula dah gelisah berpeluh padahal ekon dok on ja. lepas tu aku gi toilet buang air kecil dengan harapan baby bagun. tapi tak jugak. so aku kembali baring, tepuk2 perut juga dengan harapan dia bagun. hampir 15 minit aku gerak dia tak bagun.... risaunya hanya Allah saja yang tahu... jantung mula degup kencang.s si papa dalam bilik mandi dan tak tahu apa yang terjadi. aku diam ja dalam bilik. dalam kepala fikir nak ke hospital terus ja. lepas 5 minit dari tu ahkirnya dia begerak jugak selepas aku tepuk perut kuat sikit. dengan sendirinya air mata jatuh.... air mata kerisaun.. air mata besyukur....

Memang tak dapat nak cerita macam mana perasaan time baby tak gerak tu, risau yang amat sangat. betapa deritanya sepanjang dia tak bagi respon tu. mungkin dia bari tido, tengah nyenyak, memang tak sedar, tapi aku ni risau tak tau nak cakap.

Lap air mata air idong, keluar bilik cari baju nak pakai pegi kerja. en papa tengok tanya "mama ok ka?" mungkin dia nampak mata aku lain. sambil aku pegang baju nak iron dia tengok ja aku. terus baru buka mula dah menagis tesedu2... risau tu dok ada lagi... nasib dia pun tak panik tapi mulut dia selalu " sakit tak? jom p hospital" setakat ni tak da langsung lagi rasa sakit yang satu macam. masih ok. ahad ni seminggu dia tak da kena gi KL bawa bos dia. harap2 jugak dalam seminggu ni tak ada apa masalah aku ngan baby.

Risau kan kalo jadi macam tu. dah la isnin lepas aku kena masuk hospital seberang jaya, kena dok 2 hari. alhamdulillah, nasib tak da masalah apa...

dok atas ambulans

Hai la sayang mama dalam perut....jangan la buat mama risau...