Rabu, 3 September 2014

Bermalam di hospitalll

Assalamualaikum....

Lamanya tak update blog. 2 mingu yang sebok....

18/08/2014
Pagi dalam 4 lebih terasa macam ada air cair keluar tapi bila campur dengan keputihan aku blur sikit. so pagi tu ke klinik kesihatan ibu dan anak di tempat selalu aku checking. cerita la sebab tak pasti itu air apa. doc scan air ketuban tak da apa suma ok. so doc pun tak pasti. dalam masa check bawah diorang ambil sample lagi untuk buat ujian. masa doc tu call sembang dengan pakar di hosp seberang jaya ayat yang aku paling clear dengan "so kena admit la??" uihhh betui ka apa aku dengar ni.. yes kena tahan... ayo yo... so ke seberang jaya la aku hari ni.... call en papa suh datang ambil kereta sebab aku kena naik van ambulance.


tengok, siap2 kena cocok. sampai kat HSJ kena check macam biasa la... dapat pulak dok melayu lelaki.. so kena redha ok...redha...


kenapa aku nampak begitu besar??? sila salahkan baju itewww. dalam jam 4 lebih dapat dok wad. so kena tahan 1 malam... punya la lapar time ni sebab aku dah ke klinik pagi tadi tampa makan apa2, last en papa beli air kotak DL 2 roti bun sardin gardenia 2. boleh la tampung makan nak tunggu makan malam kul 7.
 
my makan malam... ada yang cakap nampak tak menyelerakan/tak sedap. tapi bagi aku yang tak banyak songeh ni ok jek.. tapi time nak besalin tengok apa pun dah tak lalu dah kan. ni dah tak sakit aku makan la.. masa bersalin kat adam dulu ada 1 menu masak ayam tu sedap sangat. tapi kali ni tak dapat rasa masakkan tu.
 
nak bukti aku ni tak banyakk songeh......
 
.
 
.
 
.
 
.
 
.
 
.
 
.
 
.

linchen baq hang.... kannnn aku tak banyak songeh kan kan kan...
 
so dah dalam pemeriksaan pakar 24 jam aku dah boleh keluar tu pun petang... Alhamdulillah tak ada apa. mungkin aku letih sebab tu keputihan banyak keluar...
 
 lepas tu terus aku ajak en papa beli shusi kat eon n makan sizling nih... kat hosp dok banyang ja dalam kepala otak...

 


26/08/2014
Aku masuk hospital lagi, kali ni sebab aku sesak nafas sakit kat ulu hati... selasa tu ada jamuan raya opis aku, so pagi tu aku bawa roti bun sadin gardinea tu dengan air kotak DL stbery. dalam kul 9 lebuh aku rasa tulang2 aku 1 badan sakit+sengal. tak pasti kenapa. pas tu rasa macam nak demam. pelikkk... lama sikit terus aku ingat, adam demam hari ahad, so isnin aku beli kelapa 2 biji. minta abah aku kupaskan, en papa tak da seminggu ke KL bawa bos dia. malam tu aku la minum 1 biji sebab orang demam tak mau.

Masa jamuan raya tengari tu memang rasa sengai abih tulang2 nih... aku diam jer.. makan kambing panggang sikit pas tu car kue teow 1.tengok kawan2 makan macam2 syok je, aku ni tak beselera. sesekali rasa macam pakai bra ketat sangat. masuk lepas dalam rumah rehat kat situ la, do atas kerusi tak kena dok bawah pun tak kena... petang balik rumah sesak nafas menjadi2 sakit. dalam kul 6 lebih abah mak aku tengok tak sedap hati. abah offer nak bawa gi hospital sg bakap. aku kata ok lepas maghrib kita p.

so sampai kat kecemasan memang diaorang suruh pegi wad orang mengandung terus la sebab masa tu aku dah 37w. pegi situ apa lagi macam mana pun kena tahan la jawabnya... nak moniter takut jadi apa2 kat baby. baju2 aku n baby memang siap bawa letak dalam keta abah tadi. mana nak tau kan. so sebab aku tak berpotensi nak beranak baju baby aku minta abah aku bawa balik...

 

Memula check jantung baby tinggi sikit 167. normal 120-150, selalunya baby aku dalam 140 macam tu je. nurse tanyak makan tak? aku cakap hari ni tak lalu makan. so disebabkan si ibu tak lalu makan anak dalam perut dah stress... sebab tu denyutan jantung laju... diorang bagi air coklat panas 2 gelas. nahhh lega kena air panas... lepas tu check sekali lagi denyutan jantung dah ok... alhamdulillah sayang... so kali ni bermalam sambil teriak...huhuhu... sebab adam demam panas sangat, en papa plak dok jauh...huhuhu sangat sensitip.


 
2nd class... macam bilik cuma tirai ja la.. selesa ok... kipas aku minta perlahankan sebab sejuk sampai ketulang kan.... doc mai tengah pagi tu tanya ok ke tak... dah ok sikit lepas diorang bagi ubat air putih MMT tu... rupanya ulu hati sakit sebab angin dah masuk banyak... sebab tu rasa sesak nafas. pas tu minum plak air kepala kan.. tapi masa perut aku 7 bulan ri tu ok je aku minum tiap2 hari.. kali ni tak boleh plak dan aku jadi macam serik....huhuhuh...
 
Sempat makan tengahari... pagi tadi abah siap hantar nasi lemak 70sen 2bungkus..hihihi almaklumlah tempat keja abah aku sebelah opis dia ja lagi mudah la nak manja... menu tengahari... aku makan dengan jayanya... hihihihi.. aku w.aaps kat kak aku makan ni, dia ni dasar mengada2 sikit kata x sedap. aku ni jenis apa pun tak pa, tapi ada juga yang memilih. ayam tu masak kurma merah. aku ni kurma putih ok la, tapi kurma merah tak berapa. kalo mak aku buat pun aku tak berapa makan, tapi hosp punya ni aku boleh makan sampai abis...hihihih...

 
petang jugak dalam jam 5 dah boleh keluar dapat mc 3 hari...wihoooooo... nak balik jumpa abam bufuk....

sampai rumah ja cari budak ni...rindunya nak bau anak mama....