Jumaat, 1 Ogos 2014

Kejadian 3 hari nak raya

Asslamualaikum.... Tak terlewat lagi rasanya nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin.... maafkan andai kata ada yang saya tersalah kata.. halalkan makan minum... kososng kosong yer...

Ok kembali kita pada topik di atas. hari khamis petang masa pegi ambil Adam Amsyar kat rumah mak tok, mak tok ada bagi tau kaki dia terkena roll salotape. masa tu dia tengah main tarik salotape sorang2, benda tu ada atas meja, tup tup dengar dia mengagis. maksu dia terus lagi pegi kat dia, terus dia bagi tau sakit sakit... rupaya roll ni jatuh kena jari kaki kanan dia... maksu pun nangis jugak sebab kesian kat Adam Amsyar...
untuk pengetahuan korang yang tidak tahu yer, dalam roll salotape ni ada simen mampat untuk tak bagi mudah terbalik bila tarik salotape, sebab tu benda ni berat..
 
Petang tu nampak lari macam ok jer. so aku pun tak terpikir apa la. malam dalam kul 8-9 kat rumah dia macam encot2 dah kaki.. aku tengok macam tak sedap hati. masa kul 10 time dia baring atas katil sambil minum susu aku minta nak tengok kaki dia...

woooo... bila tengok dengan dekatnya macam sakitttt sangat...

bila tengok plak dari bawah, 1 jari tu jadi purpel gelap. terus aku tak sedap hati. tengok muka dia balik dah tdo pun.
 
sembang dengan papa dia nak bawa gi hospital, tapi kesian dia baru tido. so kami ambil keputusan esok pagi lepas sahur bawa dia ke hospital terus.
 
 
Sepanjang malam dia terjaga. ada kot dlam 6 kali. terjaga ja bagi tau "sakit..." kesian sangat kat dia. so kul 6 lebih siap pegi hosp terus. pegi kat kecemasan doc cakap kenapa datang lambat taku patah jari dia. so itu dah nak buat aku pengsan hokeh!!! so kena xray, tapi kena datang balik kul 8 waktu pejabat, kes kecemasan baru diaorang mai. kami balik rumah dulu sebab dekat ja dengan rumah.
 
pegi tempat xray terus kul 8 tu. kerusi roda dah abis, papa la kena dukong budak 22kilo nih... So hasil xray aku tengok tak da apa yang patah. pas tu terus jumpa doc & doc pun sahkan tak patah... alhamdulillah sangat2.... kalo patah kena bawa ke hosp seberang jaya sebab kat sana untuk patah kanak2... nasib la tak da apa sayang.... so pegi rumah mak tok & rehat....
 
malang memang tak berbaukan. sehari sebelum tu masa lepak rumah mak, nampak jugak dia mai roll salotape nih aku cakap kat dia "hisss jatuh kena kaki sat ni!!" hemmm jatuh jua... sebab benda simen kan kat dalam... dalam dok jaga pun nak jadi jugak kan...