Khamis, 14 Ogos 2014

#36weeks #9months

Assalamualaikum....

Besiaran kita lagi yer... minggu ni dah masuk 36 minggu perut aku... alhamdulillah dah 9 bulan. dulu masa bersalin kat Adam Amsyar 40 minggu 2 hari, sakit sebab keluar darah. adik no 2 ni tak tahu pulak nak keluar minggu ke berapa. orang2 tua cakap dah 9 bulan ni lagi kena jaga la kan...

Barang ke hospital
Barang2 adik dah siap letak dalam kereta, barang cik mama ja belum, bag dok kat ruang tamu je. yang dah ada kain batik, tshirt, pads, stokin, panties. bra belum..hihihi en papa kata nak carikan yang baru sebab hok lama nampak 'uzur' hihihihi.. yang elok pun hok moliform je 1.

sandel crocs kesayangan dah lekang, tapi masih boleh pakai walaupun aku beli tahun 2009, nak minta en papa bawa pegi jahit keliling. entah boleh ke tidak tak tahu la. tapi kasut tu memang sedap pakai. set ubatan bersalin tak beli, SIL aku ada bagi sebab dia tak pakai. dia makan shaklee je. so dia bagi kat aku. tak yah dah beli. dulu Adam Amsyar tak makan sangat ubat sebab jaudis dia tinggi n lama. takut ada kesan kat dia. 1 lagi napkin brest nak kena cari. yang pakai buang n boleh basuh. ini memang wajib beli. masa pantang pun susu asyik kuar jer sampai kena letak towel kecik.

Berat Badan
Bab berat badan hari tu macam biasa. timbang tak naik2. asyik 82kg jer. nurse siap pesan "miggu depan datang bagi berat naik noo" hihihi boleh plak cakap macam tu. raya ni memang gila2 aku makan. tapi gila2 jugak aku membuang...hahahaha... dah dekat 2 minggu raya ni dah tak boleh makan banyak. dah mula nak muntah ja... kalo dulu tak peknen tak jadi macam ni pun. kan bagus kalo tak lalu makan masa peknen. ni ha tak peknen badam macam tong drum...

Dah tak sedap badan
Lepas raya ni dah rasa susah nak tido. si adik asyik mengeras je. doc cakap dia mengeras sebab tengah traning nak keluar (sumber doc bff) huhuhu selalu dok traning la sekarang ni. nak bagun dari tilam pun makan masa, jenis plak aku ni malam nak tido kompom kena susu panas dulu, lepas tu jenuh bagun kencing. kalo toilet dalam bilik lain la, ni nun di dapor. 2 hari ni dah mula sakit pinggang. dulu masa peknen kat Adam Amsyar tak sakit pinggang langsung. tapi sakit lama masa buka 2 sebab kata nurse aku minum air akar siti fatimah tu awal. tu yang sakit lama. saya tak tahu.. ada yang kata minum perut 7, ada yang kata nak besalin. entah yang mana 1 tapi aku minum masa perut 8. memang awal kan. nurse cakap masa dah sakit baru minum. ni air apa pun tak buat lagi. jadi macam takut dah.

kaki pulak masa perut 7 memang dok sakit la ada yang panggil tarik mengkarung. memang kawa la. masa kat Adam Amsyar selalu jadi belakang lengan bawa ke bawah dada. kali ni selalu jagi kat kaki. 2 hari sekali mesti jadi. pas tu teringat SIL bg tau produk shaklee ostemetrik, kena makan 4 biji sekali. 4 hari aku makan memang tak jadi, tup2 hari ke 5 aku kena sekali sakit 5x ganda dari biasa. macam sakit tu disimpan2, sekali keluar nak hambik. hemmm macam tak berapa nak jalan je ubat ni. mungkin sebab aku tido ekon sama tu yang boleh tarik mengkarung.

 
 
Disini juga nak ucapkan selamat hari lahir untuk my bff yang dah kawan hampir 12 tahun kenal. kali ni peknen anak ke 2 pun sama, cuma beza dd dia 2 minggu dari aku. so perkembangan baby memang hari-hari berkongsi lah... masalah selalu sama... kemungkinan kami berdua akan lahir baby boy... hihihi..
 

3 untuk ko 3 untuk aku.... luv u watie...