Selasa, 25 Mei 2010

Susah nak titot


salam uols... dah 3 malam saya tokleh lelap mata, setegah jam sekali mesti terjaga.. nak mengeliat pun dah tak boleh, selalu sakit anak betis. macam ada 1 bola bawah betis nih... sakit... bila nak mengeliat mesti saya terjaga cepat2 tak mau mengeliat. tak puan kalo tak mengeliat, tapi itulah kesannya.. sakit abis badan... semalam keadaan yang paling ketara, kalih kanan tak kena kiri tak kena, lapik perut tak kena, tengok muka huby dia pun dah samapi london, yang saya ni kat rumah lagi... mata nak tido, tapi posisi macam ada yang tak kena...

tadi saya carik kat gugel jumpak atikel nih... kita sama-sama kongsi yer...

Sukar Tidur Semasa Hamil

Di bulan-bulan terakhir kehamilan, wanita hamil mungkin akan mengalami masalah kesukaran tidur, tidak selesa dan bangun ditengah malam.

Kerana disebabkan berlakunya perubahan fizikal dengan perut yang semakin membesar, ramai wanita yang sebelumnya tidak mengalami kesukaran tidur diawal mengandung, mendapati mereka tidak mendapat tidur yang diakhir kehamilan.

Banyak masalah yang boleh menganggu tidur seperti:

  • Kaki kejang

  • Sukar untuk bernafas

  • Sering buang air kecil diwaktu malam

  • Bayi yang terlalu aktif, yang sering menendang pada bahagian ibu yang sensitif

  • Susah untuk menukar posisi badan semasa tidur disebabkan oleh bayi yang semakin membesar

  • Sakit belakang terutamanya pada bahagian bawah tulang belakang

  • Mengigau lebih dari biasa

  • Mimpi ngeri yang sukar dilupa

  • Merasa risau tentang kelahiran yang bakal mendatang

  • Bimbang tentang bayi samada ia normal atau tidak

  • Semua ini adalah masalah yang biasa terjadi semasa mengandung

Bagaimana saya boleh mendapat tidur yang selesa?

Sekiranya anda mendapat kekejangan pada kaki, tekankan kaki anda pada dinding atau berdiri pada kaki yang kejang boleh mengurangkan kekejangan. kekurangan kalsium boleh menyebabkan kekejangan berlaku lebih kerap, jadi pastikan anda mendapat cukup kalsium, seperti dengan meminum susu. Jantung yang selalu berdebar mungkin disebabkan oleh kekurangan darah (anemia). Pastikan anda memberitahu doktor tentang masalah ini dan mendapat suplemen zat besi yang secukupnya.

Posisi yang terbaik untuk tidur semasa mengandung ialah dengan berbaring secara mengiring dengan lutut separuh membengkok. Ini membolehkan jantung anda bekerja dengan lebih baik kerana darah lebih senang mengalir ke jantung.

Sekiranya anda mengalami sakit belakang, cuba membuat experimen dengan meletakkan lebih bantal semasa berbaring. Seperti satu bantal dibawah perut, satu dicelah kedua kaki, satu bantal yang padat pada bahagian bawah belakang, atau satu bantal lagi pada bahagian kepala.

Selalu bangun untuk membuang air kecil diwaktu malam adalah biasa, kerana bayi yang semakin membesar semakin memberi tekanan pada pundi kencing, ini memang tidak dapat dielakkan tetapi, dengan mengurangkan minum air sebelum anda masuk tidur mungkin boleh membantu.

Kurangkan meminum miniman bercafin seperti teh, kopi dan minuman bergas kerana buah pinggang akan memproses lebih air kencing. Cuba tidur secara mengiring.

Sekiranya anda merasa tidak selesa pada bahagian ari-ari, anda mungkin mengalami jangkitan kuman pada bahagian pundi kencing. Jumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Sekiranya ketakutan tentang kelahiran yang membuatkan anda merasa sukar tidur, sertailah kelas antenatal. Disini anda akan diberitahu tentang apa yang akan berlak semasa proses bersalin dan senaman yang perlu untuk membantu anda bersalin. Ia juga satu tempat untuk anda bertanyakan soalanBerbincanglah dengan doktor sekiranya anda merasa takut. Perasaan takut tentang keadaan anak anda semasa lahir adalah sangat biasa.

Apa yang perlu saya lakukan sekiranya saya masih tidak dapat tidur?

Ingat, pil tidur memang tidak digalakan tetapi sekiranya sudah tiada jalan lain, ia tidak merbahaya sekiranya ia tidak mebuatkan anda merasa letih. Daripada duduk diatas katil tanpa berbuat apa-apa, adalah lebih memberikan kepuasan untuk bangun dan membuat sesuatu yang memberi berfaedah.

Bacalah buku, mendengar muzik, melayari internet, mandi, menonton TV atau menjahit. Selepas membuat sesuatu yang memberikan kepuasan, anda akan merasa lebih senang untuk tidur.

Banyak wanita yang mendapat menafaat dari senaman ringkas dan mendengan muzik yang menyenangkan. Sekiranya anda merasa letih disiang hari, cuba tidur sekejap.

Sekiranya anda masih tidak dapat tidur, jumpalah doktor yang dapat menolong anda.