layan pic yang ada hokeh...


6 month pregnant belly :D
LEESA FORMULA
RM 215.00
Prawan
Haruan
Minyak Telon
Ginger Cream
Body Contour Gel
Banyak masalah yang boleh menganggu tidur seperti:
Bagaimana saya boleh mendapat tidur yang selesa?
Sekiranya anda mendapat kekejangan pada kaki, tekankan kaki anda pada dinding atau berdiri pada kaki yang kejang boleh mengurangkan kekejangan. kekurangan kalsium boleh menyebabkan kekejangan berlaku lebih kerap, jadi pastikan anda mendapat cukup kalsium, seperti dengan meminum susu. Jantung yang selalu berdebar mungkin disebabkan oleh kekurangan darah (anemia). Pastikan anda memberitahu doktor tentang masalah ini dan mendapat suplemen zat besi yang secukupnya.
Posisi yang terbaik untuk tidur semasa mengandung ialah dengan berbaring secara mengiring dengan lutut separuh membengkok. Ini membolehkan jantung anda bekerja dengan lebih baik kerana darah lebih senang mengalir ke jantung.
Sekiranya anda mengalami sakit belakang, cuba membuat experimen dengan meletakkan lebih bantal semasa berbaring. Seperti satu bantal dibawah perut, satu dicelah kedua kaki, satu bantal yang padat pada bahagian bawah belakang, atau satu bantal lagi pada bahagian kepala.
Selalu bangun untuk membuang air kecil diwaktu malam adalah biasa, kerana bayi yang semakin membesar semakin memberi tekanan pada pundi kencing, ini memang tidak dapat dielakkan tetapi, dengan mengurangkan minum air sebelum anda masuk tidur mungkin boleh membantu.
Kurangkan meminum miniman bercafin seperti teh, kopi dan minuman bergas kerana buah pinggang akan memproses lebih air kencing. Cuba tidur secara mengiring.
Sekiranya anda merasa tidak selesa pada bahagian ari-ari, anda mungkin mengalami jangkitan kuman pada bahagian pundi kencing. Jumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Sekiranya ketakutan tentang kelahiran yang membuatkan anda merasa sukar tidur, sertailah kelas antenatal. Disini anda akan diberitahu tentang apa yang akan berlak semasa proses bersalin dan senaman yang perlu untuk membantu anda bersalin. Ia juga satu tempat untuk anda bertanyakan soalanBerbincanglah dengan doktor sekiranya anda merasa takut. Perasaan takut tentang keadaan anak anda semasa lahir adalah sangat biasa.
Apa yang perlu saya lakukan sekiranya saya masih tidak dapat tidur?
Ingat, pil tidur memang tidak digalakan tetapi sekiranya sudah tiada jalan lain, ia tidak merbahaya sekiranya ia tidak mebuatkan anda merasa letih. Daripada duduk diatas katil tanpa berbuat apa-apa, adalah lebih memberikan kepuasan untuk bangun dan membuat sesuatu yang memberi berfaedah.
Bacalah buku, mendengar muzik, melayari internet, mandi, menonton TV atau menjahit. Selepas membuat sesuatu yang memberikan kepuasan, anda akan merasa lebih senang untuk tidur.
Banyak wanita yang mendapat menafaat dari senaman ringkas dan mendengan muzik yang menyenangkan. Sekiranya anda merasa letih disiang hari, cuba tidur sekejap.
Sekiranya anda masih tidak dapat tidur, jumpalah doktor yang dapat menolong anda.
hi.. tadi ayu masuk blong kak enyda, kak enyda buat kontest lagi.. yang sebelum ni ayu terlepas.. kali ni nak masuk gak.. sapa tak nak hadiah yang kiut miut tu kan... mana tau kot-kot rezeki baby :D
1) Terbuka kepada semua yang ada blog.
ayu memang ada blog dah...
2) Terpulang sama ada nak follow atau tidak blog Eynda's Diary... kalau folloe lagi bagus nanti sebelum ni kat opis tak boleh follow (kena blog) sekarang dah ok, n dah jadi follie kak enyda...
3) Buat satu entry khas utk giveaway ni... tajuk entry wajib begini Eynda Nak Bagi Hadiah!!! ayu dah buat... :D
4) Letak Banner kat atas tu di sidebar blog anda ye...kalau tak de tak aci....
pun dah... :)
5)sila tulis secara ringkas pendapat anda tentang Eynda's Diary... yang positif...yang negatif...eynda tak kisah...(sekadar utk pengetahuan tuan belog;-)
ayu memang sokmo masuk blog kak enyda+tiap-hari bekerja (sabtu ahad cuti) banyak yang ayu dapat, masakan+life+pandangan n many more... bila tengok telatah anak-anak kak enyda yang cumil2, best tengok life macam kak enyda n family... best!! tak da yang negetif hokeh.. siyes dari hati yang iklas... semoga pas ni kak enyda terus memblogkan dirinya...
kepada kawan2 yang berminta, cepat-cepat buat entry ni..dan jangan lupa tggalkan jejak kat blog kak eynda...:)
tarikh tutup 31 MAY 2010
salam... alhamdulillah my baby dah cukup 23 minggu... my baby sihat sangat-sangat, dia hepi (saya rasa la) sebab lately ni dia sangat aktif... tapi kalau saya tak sihat+sakit dia pun turut sekali, senyap je (tul ke, tak pun sbb dia aktif sangat).. memang seronok kan bila rasa baby kita aktif kan... tak sabar nak scan lagi, nak tengok tubuh badab dia yang comel sangat...
Perkembangan minggu ke-23. Pada masa ini tangan dan kaki bayi telah terbentuk dengan baik. Jari-jemarinya juga terbentuk dengan baik. Perubahan yang berlaku pada puan untuk minggu ini amat baik. Antaranya ialah rambut, tekstur kulit, kuku da warna kulit. Rambut kita akan menjadi lebat dan berkilauan. Kulit pula akan menjadi bertambah gebu, licin dan lembut.
syukur Alhamdulillah kepada Allah SWT sekali lagi, akhir-akhir ini family saya sentiasa dimurahkan rezeki yang tak berhenti.. orang cakap rezeki anak... salah satunya tentang RUMAH. Alhamdulillah, kami dalam pemprosesan membeli rumah baru untuk kami 3 beranak berlindung.. rumah biasa saja, cukup untuk membuatkan kami ber3 bahagia... InsyaAllah dalam 1 bulan lagi dapatlah kunci rumah...
nanti dah dapat kunci rumah saya bagi tau yer... :D
saya bersyukur, dan saya doakan agar kami dimurahkan rezeki lagi... dan juga buat rakan-rakan saya yang sudi ke blog saya ini... amin...
dengan ini saya mengTAGkan kepada
semua ibu yang mengandung mesti mengalaminya.. 'sembang dengan baby' saya dari baby 2 moth pun dah sembang walaupun saya tahu baby tak leh dengar lagi... rasa tenang je sembang dengan baby, sekarang ni bila saya usap dia sambil sembang baby akan bertindakbalas, baby akan begerak.. hepi sangat.. hilang sikit rasa sters... tawa nangis ayu bayak bersama my baby.. tapi bila ada prob pun saya bagi tau my baby... baby je tahu apa yang saya rasa.. tapi tak nak la nanti ada kesan selepas dia lahir...
baby, maafkan mama yer...
itu aje.. sikit je kan... rasa planing macm nak kawin plak... tapi ni planing nak beranak...