salam sahabat kus... awal pagi ayu masuk ofis, masuk Cari Forum. terrbaca 1 cerita sedih... why? sbb ni kisah baby yang terbuang, sbb i mengandung hokeh... sebelum ni pun memang ayu marah bab buang baby ni, dah mengandung lagi la ayu marah.. dah dekat 5 bulan ayu mengandung, macam2 rasa anak sulung ni.. Insya Allah ada lagi 4 bulan ayu membawa baby dalam perut... tapi ibu2 yang mengandung 9 bulan, baby sihat, kenapa la sanggup buang... sedih sangat bila tengok baby terbuang... :'(
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Kehebatan Cinta
Bu, adik Cuma ingin bertanya?
Rasanya ibu tak akan mampu menjawabnya...
Ibu ingat 14 feb takMalam tu ibu ada janji temu
Ibu jumpa jejaka tuIbu kata dia cintakan ibu
Benarkah bu?
Dia puji dan puja ibu
Dia rayu dan belai ibu
Katanya cintanya hanya untuk ibu
Benarkah bu?
Ibu terkhayal dengan pujukannya
Ibu terbuai dalam bicaranya
Ibu terlena oleh bisikannya
Benarkah bu?
Ibu tak kisah dia peluk ibu
Ibu izin dia sentuh jasad ibu
Ibu puas dapat buktikan setia ibu
Macam dia kata.. mahu bukti cinta dari ibu
Tapi benarkah bu?
Masa berlalu,
Hari ini lepas 9 bulan...
Pohon yang ibu dan lelaki tu tanam telah membuahkan hasil
Hari ini buah cinta kalian telah terzahir
Hari ini bukti kasih jejaka itu pada ibu telah lahir...
Tapi benarkah bu?
Kenapa dia tidak sama menyambut kami?
Kemana dia telah pergi tidak azankan kami?
Mengapa ibu pun benci kami?
Sedangkan inilah semaian tanda cinta?
Mengapa ibu?
Tak terasakah sakit dan perit
tak berbakikah kasih dan sayang dan
Tidak lagi kah ibu berTuhan?
Benarkah ibu?Benarkah begitu?
Renung renung kanlah !!!
-Bila seronok, aku cari....pasanganku
-Bila sedih, aku cari....Mak
-Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
-Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
-Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
-Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
-Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
-Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
-Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
-Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
-Selalu.. aku ingat pasanganku
-Selalu.... Makingat kat aku
-Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
-Entah bila... aku nak talipon Mak
-Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
-Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak
Renungkan:
-"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
-bolehkah kau kirim wang untukMak?
-Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
-Berderai air mata jika kita mendengarnya........
-Tapi kalau Mak sudah tiada......
-MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT...
-Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya...
-berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya...
-berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya...
-berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya...
-berapa ramai yang sanggup... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya...
-berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya...