19 weeks

Seterusnya kita mengikuti perkembangan minggu ke-19.

Bayi akan mula mengeluarkan bahan berwarna putih yang tebal dan berkrim untuk menyelaputi keseluruh tubuhnya. Ia dikenali sebagai verniks dan berfungsi untuk melindungi kulitnya daripada cecair amniotik yang mengelilinginya.

Jadi apabila bayi kita lahir kelak bayi kita tidak akan kelihatan seperti tidak mandi selama sembilan bulan. Sesetengah ibu akan berlaku kesan stretchmarks atau tanda calar pada bahagian perut. Hampir 90% wanita akan mengalaminya.

------------------------------------------------------------------------------------------

sebenarnya ayu letih sikit minggu ni. batuk+selsema tak baik lagi. nak buat keja pun tak da mud. asyik batuk jek, orang-orang kat opis pun dah rimas apa dok dengar...

kaki sekarang lagi makn menjadi-jadi. jalan sikit kat jalan tar pun rasa mencucuk2, kena batu kecik lagi la. lenguh tu memang dah, rasa macam kebas-kebas jek. nak pakai kasut sekarang ni pun rasa lain, kak begkak kot, jangan la nak kena beli kasut baru, kesian kat hubby...

sebut plak hubby, siyes.... kalao waktu keja, time lunch tak nampak batang idung dia, kompom balik kul 5 ayu akan cakap "rindu la kat papa..." (sambil sendel2 kat lengan hubby macam tuceng)... hikhikhik... itulah dinamakan "suami" mak cakap...
tapi Alhamdulillah juga sebab baby ayu pun aktif. tak pernah dok diam.. seronok kan bila ada nyawa di dalam perut kita. bila dia gerak ja ayu selalu sembang dengan dia dengan panggilan 'adik'... kenapa adik? sebab tak tau lagi kakak ke abang.. hehehehe... tak sabar nak tengok adik esok... esok ayu nak gi klinik buat 1st scan...