Rabu, 28 April 2010
5 month!!!
assalamualaikum.... halo halo.... semangat ari ni.. alhamdulillah syukur kepada Allah, hari ni baby ayu cukup 20 week = 5 month...anak mama dah beso... sekarang ni memang ayu dapat rasakan yang baby makin membesar sebab perut ayu pun rancak membeso jugak...
Minggu ke-20. Pertumbuhan bayi dalam kandungan puan saat ini adalah agak perlahan kerana memberi peluang kepada paru-paru dan sistem penghadaman serta imunnya untuk matang (oooo patut la baby aku kurang begerak 2 3 hari ni, kalo tak sakan menendang). Saiz bayi ketika ini ialah kira-kira 25 cm panjang dan mempunyai berat dalam lingkungan 340 g.
Pigmentasi pada kulit kita (dah ada, ayu pakai Bio Oil) mungkin berlaku dengan lebih ketara tetapi ianya akan hilang selepas bersalin nanti. Payu dara kita juga saat ini sedang menghasilkan kolostrum iaitu sejenis bahan cecair keruh (warnanya) yang berfungsi untuk membekalkan semua bahan yang diperlukan oleh bayi kita pada hari pertama selepas lahir. Jangan cuba memicit cecair itu.
Selain itu puan juga akan sering mengalami masalah gusi berdarah (belum rasa lagi) dan peningkatan keluaran cecair dari faraj (a ah dah kuar pun huhuhu). Sendi dan ligamen-ligamen badan juga akan menjadi kendur. Kita akan lebih kerap merasa sakit pada bahagian belakang badan serta ketegangan dibahagian lain (dah rasa pun).