Assalamualaikum....
Hari ni nak cerita tentang Adam Amsyar.. lama rasanya tak update tentang terapi dia... dah 3 tahun pun Adam... dia masih lagi belum boleh bercakap. tapi sekarang bila minta dia sebut 1 benda tu dia dah boleh sebut... Sekarang ni kalau nak minta makan, kalau aku kat dapur dia akan datang dan tarik2 atau sebut na na na (maksunya doa makan tu). so mak ngan aku dah faham.. kalau nak susu dia sebut nak su. tetapi kekadang dengar kat mak su dia pun panggil nak su.. hahaha...
Yang bestnya kita bila dengar budak2 mengigau sebut apa yang dia main atau apa2 la kan, tapi Adam ni sebut one two a b c alib ba ta semua keluar.. hahahaha sangat lawak, aku yang tejaga boleh tergelak dengar dia cakap macam tu.
Kalau nak sebut teacher aku akan sebut 2x, tea-cher, buat dalam 3x pas tu sebut terus teacher penuh. 2 bunyi dalam 1 patah buat dia susah, kalau 3 lagi la susah nak ikut. so bayak benda aku kena pakai bahasa inggeris...kekadang en papa sebut bahasa melayu, dia macam kedut dahi tak faham... hahaha mama papa kena ambik kelas b.i la lepas nih...
Alhamdulillah basic warna pun dah kenal, tu pun kena b.i jugak. pakai Mula Bead Roller Coaster ni yang aku beli hari tu. pelbagai kegunaan sebenarnya bendalah nih.. senang keja kan... blue dia sebut blu, red = bet, yelow = lelow, green = gen. so nanti nak tambah kaler lagi, sekarang ni takut kompius sebab time tunjuk warna koko dia kata red... kekadang tunjuk suh dia ikut ja.. tak ingat pun kalau banyak2...
Sekarang kalau drawing ada banyak2 warna mesti dia tukar2 warna. ajar sekali dah boleh tau apa yang disuruh...
Sebut tentang warna ni, warna kesukaannya (warna pencil yang selalu dia ambil) biru, hijau, hitam. bagi la kaler oren ka merah ka kuning ka, yang tu pilihan dia dulu.. lelaki kan... yang si mak suka bagi merah.. hahaha....
Sekarang ni makin 'sehat' uolls... angkat/dukung pun mama papa ja yang sanggup, tapi mama sanggup 1 minit ja, tu pun kalo sampai... pernah dok dukung dia sakit bawah perut. risau jugak takut jadi apa2... tapi tak ada apa lah... orang lain kalo dukung tak tau la, kompom senak.. hahaha dah 20kg dah pe... lama tak timbang dia...