Selasa, 22 Oktober 2013

Memahami anak-anak autistik

ANNIE anak yang cukup comel. Dia jarang menangis dan boleh diletakkan dalam buaian berjam-jam lamanya. Tetapi ketika menjangkau umur tiga tahun, perangainya banyak berubah. Dia kerap menunjukkan tingkah laku mengganggu dan jarang ada pertembungan mata (eye contact) dengan sesiapa. Tingkah lakunya amat agresif dan sukar  dikawal.

Dengan sedikit sahaja gangguan emosi, dia akan menjerit, berguling di lantai dan menghantukkan kepalanya ke dinding. Seisi keluarga cuba bertolak ansur dan memenuhi kemahuannya untuk mengelakkan kecederaan fizikal. Ibunya berasa letih dan tertekan untuk menjaga dan mengajar anaknya. Atas usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi, tidak juga nampak perubahan yang  ketara atas tingkah laku anaknya.

Ibu bapa Annie berasa amat khuatir dan berikhtiar untuk mengubati penyakitnya. Selepas menjalani dianogsis yang rapi daripada pakar, disahkan bahawa anaknya menghidap kecelaruan autistik.

Apabila seseorang bayi dilahirkan, ibu bapa menaruh harapan untuk menjaga dan menyayangi darah dagingnya dengan sempurna. Pada masa yang sama, mereka berharap anak dapat membalas jasa mereka.

Namun, malangnya dalam setiap 10,000 bayi yang lahir, empat daripada mereka berkemungkinan menghidap kecelaruan autistik.

Autisme ialah sejenis kecelaruan yang tidak diberi perhatian yang serius oleh ibu bapa disebabkan oleh kejahilan mereka. Sedangkan mengikut Persatuan Psikiatrik Amerika (APA) pada tahun 2000, kadar autisme adalah 2 hingga 20 orang dalam setiap 10,000 manusia.

Terdapat kanak-kanak yang menghadapi isolasi yang serius sejak peringkat bayi. Mereka mengasingkan diri daripada pergaulan, pertembungan mata dan amat sukar untuk berinteraksi serta melahirkan perasaan hatinya.

Ramai di antara mereka melukakan diri sendiri atau melakukan perbuatan yang sama secara berulang-ulang selama berjam-jam. Secara tradisional, situasi ini dikenali sebagai 'infantile autism' (berasal daripada perkataan Greek, Autus bererti diri).

Kini, para penyelidik mendapati bahawa kecelaruan ini berlaku seumur hidup
dan memerlukan ketabahan yang tinggi khususnya daripada ibu bapa untuk
membantu anaknya.


Terdapat ciri-ciri umum untuk kecelaruan autistik. Antaranya adalah ketidakupayaan dalam komunikasi. Kanak-kanak autistik menghadapi masalah untuk berkomunikasi, menjalin hubungan sosial dan berfikir secara kreatif.

Mereka hidup dalam dunia sendiri. Pada peringkat bayi, anak autistik tidak peduli sama ada dipeluk atau tidak oleh ibu bapanya.

Pada peringkat awal kanak-kanak, mereka akan mengasingkan diri serta menunjukkan reaksi yang agresif ketika dipegang, disentuh dan dipeluk. Mereka tidak suka senyum dan bertentang mata ketika berkomunikasi.
Adam tak macam ni.

Jika sakit, luka atau duka, anak autistik tidak akan meluahkan masalah untuk mengurangkan ketidakselesaan. Ini bererti jarang adanya ekspresi perasaan muka dalam pertuturan.
Adam pulak, bila sakit aku jatuh, contoh tangan sakit dia akan bawa tangan dia datang kat aku.

Mereka suka berseorangan, tidak suka menjalinkan hubungan dengan orang lain dan hidup dalam dunianya sendiri.
kurang pasti 

Hampir 50 peratus daripada anak autistik tidak dapat menguasai teknik pertuturan. Anak-anak ini mempunyai suatu corak komunikasi yang digelar 'echolalia', iaitu mengulangi perkataan orang lain.
kurang pasti

Contohnya kalau ditanya 'Annie, sudah makan?'. Dia akan membalas dengan mengulangi hampir keseluruhan ayat dengan berkata 'Annie, nak makan?'. Dalam kebanyakan kes, bukan sahaja perkataan diulangi malah intonasinya juga sama.
tak pandai cakap lagi, so kurang pasti

Walaupun ada segelintir anak autistik yang dapat bertutur, namun mereka tetap menghadapi masalah berinteraksi dengan sekeliling secara berkesan.

Selain itu, anak autistik memperlihatkan tingkah laku dan minat yang agak luar biasa. Annie misalnya suka menyusun alat permainannya dengan cara yang sama pada tempat yang sama.
 kadang2 Adam macam ni, kekadang je...

Tiada siapa yang berani menyentuh atau menukar cara susunannya. Sekiranya alat permainannya hilang atau pernah ditukar cara susunan, dia akan mengamuk dan melonjak-lonjak.
rasanya Adam tak kot.

Anak autistik sangat sensitif terhadap kehilangan benda. Mereka mempunyai kesabaran menyusun berpuluh-puluh biji guli secara teratur setiap hari tanpa berasa bosan.
Ya

Mereka dapat mengesan dengan cepat walaupun kehilangan satu atau dua biji gulinya. Keupayaan yang menakjubkan ini digelar maintenance of sameness iaitu pengekalan kesamaan.
Ya

Anak autistik sanggup menggunakan masa yang panjang untuk mengulangi sesuatu perbuatan seperti memusingkan badan dalam bulatan, melambai tangan di depan mata sendiri atau menggigit kuku.
Ya/Kadang2

Sekiranya perbuatannya diganggu, mereka akan mengamuk dan menunjukkan ketidakstabilan emosi. Anak autistik sering melakukan sesuatu mengikut kemahuannya tanpa merujuk kepada orang lain.
Ya

Sikap mereka yang angkuh, suka menghafal, mengulang dan tidak menghiraukan kewujudan orang lain merupakan halangan yang merumitkan proses pembelajaran mereka.
Ya/mungkin

 Dingin

Tidak lama kemudian, pakar klinikal pula membantah dengan mengatakan autisme adalah dipelajari. Keadaan anak sedemikian disebabkan ibu bapa yang bersikap dingin, tidak suka bergaul dan suka mengawal tingkah laku anaknya. Pada tahun 1967, Bettelheim turut menyokong dengan mengatakan bahawa kecelaruan autistik berlaku hasil daripada gaya layanan ibu bapa yang bercorak kesempurnaan, jarang berkomunikasi dengan anak dan secara relatifnya, jenis keluarga sedemikian mempunyai status ekonomi yang tinggi.

Pembaca pasti dapat membayang betapa pedihnya hati ibu bapa yang memarahi
dirinya dan menyalahkan diri sendiri di atas kelahiran anak sedemikian.


Dari perspektif lain, pada tahun 1975, Cox dan pakar psikologi yang lain telah menjalankan penyelidikan ke atas ibu bapa anak autistik. Mereka mendapati ibu bapa ini bersifat mesra, suka bergaul dan berintraksi. Walaupun memiliki anak-anak autistik, mereka juga melahirkan anak-anak lain yang normal.

 Risiko

Jones dan Szatmari (1988), mengatakan bahawa ramai ibu tidak mahu mengandung selepas melahirkan anak autistik kerana bimbang akan risiko mendapat anak yang menghidap kecelaruan tersebut lagi.

Menurut Cook, 2001, keluarga yang mempunyai anak autistik menghadapi kebarangkalian 3 peratus hingga 5 peratus untuk melahirkan anak autistik yang berikutnya. Faktor genetik dikaitkan dengan sindrom X yang mengandungi komponen biokimia. Bukti terbaik untuk faktor genetik lahir daripada kajian anak kembar "Twin Studies".

Lelaki menunjukkan kecenderungan yang lebih tinggi menghidap autisme berbanding dengan perempuan. Kadarnya adalah tiga hingga empat lelaki berbanding perempuan, satu sahaja.

Kebanyakan anak autistik tidak dapat menjaga dirinya dengan sempurna. Mereka terpaksa berada di rumah bersama ahli keluarganya. Sebagai ibu bapa, mereka tidak seharusnya berputus asa.

Penulis mempunyai seorang rakan yang anaknya Pennie telah menghidap kecelaruan autistik. Pada peringkat permulaan, pasangan suami isteri ini berasa kecewa dan sedih. Mereka enggan menerima kenyataan. Namun atas pegangan agama dan azam yang kukuh, mereka telah berubah sikap dan ingin membantu anaknya dengan hati terbuka. Pennie telah dihantar ke sekolah khas ketika berumur 4 tahun untuk menerima pendidikan.

Untuk menjayakan program bimbingan si anak, mereka telah mengambil bahagian secara aktif. Pada hakikatnya, penguasaan bahasa dan keupayaan bersosialisasi merupakan aspek penting dalam segala rawatan atau program yang dikendalikan.

Selepas dua tahun menjalani latihan dari sekolah khas, Pennie menampakkan perubahan yang ketara. Dia lebih ceria, mesra dan tidak lagi begitu agresif. Selain itu, kanak-kanak itu mulai boleh duduk diam untuk mendengar seketika dan berkomunikasi secara ringkas. Tingkah lakunya yang tidak normal juga banyak berkurangan. Ibu bapa dan guru menggunakan teknik pengukuhan seperti diberi buku bergambar selepas berjaya dalam suatu pembelajaran.

Anak merupakan kurniaan Tuhan. Anak-anak autistik yang malang ini seharusnya menerima limpahan kasih sayang dan sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada ahli keluarganya.

Dari segi perubatan psikososial misalnya, penekanan dari segi komunikasi dan sosiolisasi diberi keutamaan. Untuk perubatan biologikal pula, didapati kesannya tidak begitu baik.

Kebanyakan terapi anak autistik meliputi pendidikan khas dalam bidang komunikasi dan sosiolisasi. Pendekatan tingkah laku didapati paling berkesan dalam membantu penguasaan pembelajaran anak autistik.

Komuniti juga harus bersimpati dan prihatin terhadap anak autistik, menghulurkan bantuan dan sokongan moral supaya mereka dapat menjalani kehidupan seperti orang biasa.

Kepada ibu bapa, jangan sekali-kali berputus asa jika mempunyai anak autistik. Berikanlah rawatan dan pendidikan khas seberapa awal yang boleh kepada anak-anak dan jangan biarkan mereka terabai begitu sahaja.

Oleh Dr. Tam Cai Lian (Pensyarah di Jabatan Psikologi, Fakulti Kesihatan dan
Kesihatan Semulajadi Kolej Universiti Sunway)

Ok, kesimpulan disini aku hanya nak berkongsi dengan bloger sahaja. Adam Amsyar tidak berpenyakit ni, cuma ada sikit2 perangai dia macam ni... sebagai Ibu dah tentu kerisauan untuk anak sendiri kan...