Khamis, 31 Oktober 2013

n3 melekat - Gaya Si Comel Berhari Raya 2013



 




Nama :
Muhammad Adam Amsyar
bin Mohd Kazrul Kamal
 
Umur:
3 Tahun

18 Sept. 2013

 
Hadiah  
Hadiah Utama
Cute Drawer tajaan YourBabyWardrobe



Hadiah Tempat Kedua
    (Dua Pemenang - Kategori Boy dan Kategori Girl)
    Travel Mat tajaan BabyIbu Shoppe 
Hadiah Saguhati
Kategori Boy (3 Pemenang)
Custom Made Kopiah tajaaan Untuk C Comel


Kategori Girl (3 Pemenang)
Custom Made Charm Bracelet tajaan The Aura Handmade Little Trinket

Penaja

(-_-)

Asslamualaikum...

 
Saya sedang susah hati... tentang kerja saya... Semoga Allah pemudahkan segalanya... huhuhu rasa macam nak teriak ja....

Jumaat, 25 Oktober 2013

Raya Korban

Asslamualaikum...
 
Hari ni meh aku cita sikit time raya haji ari tu.. sebetulnya tak pegi mana, hanya di rumah aku aku jer... rumah mertua pun tak pi.. betuah punya menantu kan... pagi2 en papa pegi sembahyang raya, balik siap terus pi masjid gotong-royong buat korban lembu... nasib la sempat dia pegi rumah mertua aku hantar makanan yang aku bagi, pas tu pegi hantar daging... petang baru dia balik, pas tu hujan, lagi tak pegi mana... esok tu dah keja.. khamis ada korban kat pej en papa, dia masukkan nama Adam untuk aqiqah.. alhamdulillah.... selesai 1 bahagian, ada lagi 1 bahagian lah...
 
 hohoho buat pipi kombong macam moksu selalu buat kat dia... pakai songkok arwah paklong yer...
 
 2 beranak jer yang ada.. dengan en papa tak sempat nak begambar. balik dari korban pengsan terus kat rumah...
 
Bawah ni gambar2 lombu yang dikorban 1 bahagian untuk Adam...
 de garang of lombu....
 
 
 
 

Khamis, 24 Oktober 2013

Rumahku Syurgaku

Assalamualaikum...
 
Dari sebelum raya haji sampai hari ni mungkin sampai minggu depan kena tido rumah mak.. 1 rumah sedang di'plaster ceiling'. Buat biasa2 je.
 
sebenarnya ceiling sekarang (macam kat gambar2 bawah ni) cepat berhabuk, lagi pun tak elok sebab tido pun sedut habuk tu... pas tu makin lama makin kendur, paham tah korang? bukan boleh nih kalo geng forum masuk kompom tamya apakebenda tu? hahaha.. mcm lentur la macam nak jatuh. jiran depan rumah tukar dalam tahun lepas kot sebab ceilang jatuh... so ada rezeki sikit n papa baru buat... Alhamdulillah...
 
 
 barang2 yang mampu letak depan rumah dengan hati kering beharap tak da sapa ambil.. hihihi...
 
 ruang tamu
 
 
 dapur
 
 bilik 1
 
 bilik 2
 
 bilik 3
 
ni bilik 3 jugak.. hahahaha simpat barang lebut2 disini, kalo kat luar nanti basah la, kucing tido la, panjang cita.. sementara letak sini dulu... insyallah siap nanti update lain yer...

Selasa, 22 Oktober 2013

Perkembangan Adam Amsyar

Assalamualaikum....
 
Hari ni nak cerita tentang Adam Amsyar.. lama rasanya tak update tentang terapi dia... dah 3 tahun pun Adam... dia masih lagi belum boleh bercakap. tapi sekarang bila minta dia sebut 1 benda tu dia dah boleh sebut... Sekarang ni kalau nak minta makan, kalau aku kat dapur dia akan datang dan tarik2 atau sebut na na na (maksunya doa makan tu). so mak ngan aku dah faham.. kalau nak susu dia sebut nak su. tetapi kekadang dengar kat mak su dia pun panggil nak su.. hahaha...
 
Yang bestnya kita bila dengar budak2 mengigau sebut apa yang dia main atau apa2 la kan, tapi Adam ni sebut one two a b c alib ba ta semua keluar.. hahahaha sangat lawak, aku yang tejaga boleh tergelak dengar dia cakap macam tu.
 
Kalau nak sebut teacher aku akan sebut 2x, tea-cher, buat dalam 3x pas tu sebut terus teacher penuh. 2 bunyi dalam 1 patah buat dia susah, kalau 3 lagi la susah nak ikut. so bayak benda aku kena pakai bahasa inggeris...kekadang en papa sebut bahasa melayu, dia macam kedut dahi tak faham... hahaha mama papa kena ambik kelas b.i la lepas nih...
Alhamdulillah basic warna pun dah kenal, tu pun kena b.i jugak. pakai Mula Bead Roller Coaster ni yang aku beli hari tu. pelbagai kegunaan sebenarnya bendalah nih.. senang keja kan... blue dia sebut blu, red = bet, yelow = lelow, green = gen. so nanti nak tambah kaler lagi, sekarang ni takut kompius sebab time tunjuk warna koko dia kata red... kekadang tunjuk suh dia ikut ja.. tak ingat pun kalau banyak2...
 
Sekarang kalau drawing ada banyak2 warna mesti dia tukar2 warna. ajar sekali dah boleh tau apa yang disuruh...
 
Sebut tentang warna ni, warna kesukaannya (warna pencil yang selalu dia ambil) biru, hijau, hitam. bagi la kaler oren ka merah ka kuning ka, yang tu pilihan dia dulu.. lelaki kan... yang si mak suka bagi merah.. hahaha....
 
Sekarang ni makin 'sehat' uolls... angkat/dukung pun mama papa ja yang sanggup, tapi mama sanggup 1 minit ja, tu pun kalo sampai... pernah dok dukung dia sakit bawah perut. risau jugak takut jadi apa2... tapi tak ada apa lah... orang lain kalo dukung tak tau la, kompom senak.. hahaha dah 20kg dah pe... lama tak timbang dia...
 
 
 
 

Memahami anak-anak autistik

ANNIE anak yang cukup comel. Dia jarang menangis dan boleh diletakkan dalam buaian berjam-jam lamanya. Tetapi ketika menjangkau umur tiga tahun, perangainya banyak berubah. Dia kerap menunjukkan tingkah laku mengganggu dan jarang ada pertembungan mata (eye contact) dengan sesiapa. Tingkah lakunya amat agresif dan sukar  dikawal.

Dengan sedikit sahaja gangguan emosi, dia akan menjerit, berguling di lantai dan menghantukkan kepalanya ke dinding. Seisi keluarga cuba bertolak ansur dan memenuhi kemahuannya untuk mengelakkan kecederaan fizikal. Ibunya berasa letih dan tertekan untuk menjaga dan mengajar anaknya. Atas usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi, tidak juga nampak perubahan yang  ketara atas tingkah laku anaknya.

Ibu bapa Annie berasa amat khuatir dan berikhtiar untuk mengubati penyakitnya. Selepas menjalani dianogsis yang rapi daripada pakar, disahkan bahawa anaknya menghidap kecelaruan autistik.

Apabila seseorang bayi dilahirkan, ibu bapa menaruh harapan untuk menjaga dan menyayangi darah dagingnya dengan sempurna. Pada masa yang sama, mereka berharap anak dapat membalas jasa mereka.

Namun, malangnya dalam setiap 10,000 bayi yang lahir, empat daripada mereka berkemungkinan menghidap kecelaruan autistik.

Autisme ialah sejenis kecelaruan yang tidak diberi perhatian yang serius oleh ibu bapa disebabkan oleh kejahilan mereka. Sedangkan mengikut Persatuan Psikiatrik Amerika (APA) pada tahun 2000, kadar autisme adalah 2 hingga 20 orang dalam setiap 10,000 manusia.

Terdapat kanak-kanak yang menghadapi isolasi yang serius sejak peringkat bayi. Mereka mengasingkan diri daripada pergaulan, pertembungan mata dan amat sukar untuk berinteraksi serta melahirkan perasaan hatinya.

Ramai di antara mereka melukakan diri sendiri atau melakukan perbuatan yang sama secara berulang-ulang selama berjam-jam. Secara tradisional, situasi ini dikenali sebagai 'infantile autism' (berasal daripada perkataan Greek, Autus bererti diri).

Kini, para penyelidik mendapati bahawa kecelaruan ini berlaku seumur hidup
dan memerlukan ketabahan yang tinggi khususnya daripada ibu bapa untuk
membantu anaknya.


Terdapat ciri-ciri umum untuk kecelaruan autistik. Antaranya adalah ketidakupayaan dalam komunikasi. Kanak-kanak autistik menghadapi masalah untuk berkomunikasi, menjalin hubungan sosial dan berfikir secara kreatif.

Mereka hidup dalam dunia sendiri. Pada peringkat bayi, anak autistik tidak peduli sama ada dipeluk atau tidak oleh ibu bapanya.

Pada peringkat awal kanak-kanak, mereka akan mengasingkan diri serta menunjukkan reaksi yang agresif ketika dipegang, disentuh dan dipeluk. Mereka tidak suka senyum dan bertentang mata ketika berkomunikasi.
Adam tak macam ni.

Jika sakit, luka atau duka, anak autistik tidak akan meluahkan masalah untuk mengurangkan ketidakselesaan. Ini bererti jarang adanya ekspresi perasaan muka dalam pertuturan.
Adam pulak, bila sakit aku jatuh, contoh tangan sakit dia akan bawa tangan dia datang kat aku.

Mereka suka berseorangan, tidak suka menjalinkan hubungan dengan orang lain dan hidup dalam dunianya sendiri.
kurang pasti 

Hampir 50 peratus daripada anak autistik tidak dapat menguasai teknik pertuturan. Anak-anak ini mempunyai suatu corak komunikasi yang digelar 'echolalia', iaitu mengulangi perkataan orang lain.
kurang pasti

Contohnya kalau ditanya 'Annie, sudah makan?'. Dia akan membalas dengan mengulangi hampir keseluruhan ayat dengan berkata 'Annie, nak makan?'. Dalam kebanyakan kes, bukan sahaja perkataan diulangi malah intonasinya juga sama.
tak pandai cakap lagi, so kurang pasti

Walaupun ada segelintir anak autistik yang dapat bertutur, namun mereka tetap menghadapi masalah berinteraksi dengan sekeliling secara berkesan.

Selain itu, anak autistik memperlihatkan tingkah laku dan minat yang agak luar biasa. Annie misalnya suka menyusun alat permainannya dengan cara yang sama pada tempat yang sama.
 kadang2 Adam macam ni, kekadang je...

Tiada siapa yang berani menyentuh atau menukar cara susunannya. Sekiranya alat permainannya hilang atau pernah ditukar cara susunan, dia akan mengamuk dan melonjak-lonjak.
rasanya Adam tak kot.

Anak autistik sangat sensitif terhadap kehilangan benda. Mereka mempunyai kesabaran menyusun berpuluh-puluh biji guli secara teratur setiap hari tanpa berasa bosan.
Ya

Mereka dapat mengesan dengan cepat walaupun kehilangan satu atau dua biji gulinya. Keupayaan yang menakjubkan ini digelar maintenance of sameness iaitu pengekalan kesamaan.
Ya

Anak autistik sanggup menggunakan masa yang panjang untuk mengulangi sesuatu perbuatan seperti memusingkan badan dalam bulatan, melambai tangan di depan mata sendiri atau menggigit kuku.
Ya/Kadang2

Sekiranya perbuatannya diganggu, mereka akan mengamuk dan menunjukkan ketidakstabilan emosi. Anak autistik sering melakukan sesuatu mengikut kemahuannya tanpa merujuk kepada orang lain.
Ya

Sikap mereka yang angkuh, suka menghafal, mengulang dan tidak menghiraukan kewujudan orang lain merupakan halangan yang merumitkan proses pembelajaran mereka.
Ya/mungkin

 Dingin

Tidak lama kemudian, pakar klinikal pula membantah dengan mengatakan autisme adalah dipelajari. Keadaan anak sedemikian disebabkan ibu bapa yang bersikap dingin, tidak suka bergaul dan suka mengawal tingkah laku anaknya. Pada tahun 1967, Bettelheim turut menyokong dengan mengatakan bahawa kecelaruan autistik berlaku hasil daripada gaya layanan ibu bapa yang bercorak kesempurnaan, jarang berkomunikasi dengan anak dan secara relatifnya, jenis keluarga sedemikian mempunyai status ekonomi yang tinggi.

Pembaca pasti dapat membayang betapa pedihnya hati ibu bapa yang memarahi
dirinya dan menyalahkan diri sendiri di atas kelahiran anak sedemikian.


Dari perspektif lain, pada tahun 1975, Cox dan pakar psikologi yang lain telah menjalankan penyelidikan ke atas ibu bapa anak autistik. Mereka mendapati ibu bapa ini bersifat mesra, suka bergaul dan berintraksi. Walaupun memiliki anak-anak autistik, mereka juga melahirkan anak-anak lain yang normal.

 Risiko

Jones dan Szatmari (1988), mengatakan bahawa ramai ibu tidak mahu mengandung selepas melahirkan anak autistik kerana bimbang akan risiko mendapat anak yang menghidap kecelaruan tersebut lagi.

Menurut Cook, 2001, keluarga yang mempunyai anak autistik menghadapi kebarangkalian 3 peratus hingga 5 peratus untuk melahirkan anak autistik yang berikutnya. Faktor genetik dikaitkan dengan sindrom X yang mengandungi komponen biokimia. Bukti terbaik untuk faktor genetik lahir daripada kajian anak kembar "Twin Studies".

Lelaki menunjukkan kecenderungan yang lebih tinggi menghidap autisme berbanding dengan perempuan. Kadarnya adalah tiga hingga empat lelaki berbanding perempuan, satu sahaja.

Kebanyakan anak autistik tidak dapat menjaga dirinya dengan sempurna. Mereka terpaksa berada di rumah bersama ahli keluarganya. Sebagai ibu bapa, mereka tidak seharusnya berputus asa.

Penulis mempunyai seorang rakan yang anaknya Pennie telah menghidap kecelaruan autistik. Pada peringkat permulaan, pasangan suami isteri ini berasa kecewa dan sedih. Mereka enggan menerima kenyataan. Namun atas pegangan agama dan azam yang kukuh, mereka telah berubah sikap dan ingin membantu anaknya dengan hati terbuka. Pennie telah dihantar ke sekolah khas ketika berumur 4 tahun untuk menerima pendidikan.

Untuk menjayakan program bimbingan si anak, mereka telah mengambil bahagian secara aktif. Pada hakikatnya, penguasaan bahasa dan keupayaan bersosialisasi merupakan aspek penting dalam segala rawatan atau program yang dikendalikan.

Selepas dua tahun menjalani latihan dari sekolah khas, Pennie menampakkan perubahan yang ketara. Dia lebih ceria, mesra dan tidak lagi begitu agresif. Selain itu, kanak-kanak itu mulai boleh duduk diam untuk mendengar seketika dan berkomunikasi secara ringkas. Tingkah lakunya yang tidak normal juga banyak berkurangan. Ibu bapa dan guru menggunakan teknik pengukuhan seperti diberi buku bergambar selepas berjaya dalam suatu pembelajaran.

Anak merupakan kurniaan Tuhan. Anak-anak autistik yang malang ini seharusnya menerima limpahan kasih sayang dan sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada ahli keluarganya.

Dari segi perubatan psikososial misalnya, penekanan dari segi komunikasi dan sosiolisasi diberi keutamaan. Untuk perubatan biologikal pula, didapati kesannya tidak begitu baik.

Kebanyakan terapi anak autistik meliputi pendidikan khas dalam bidang komunikasi dan sosiolisasi. Pendekatan tingkah laku didapati paling berkesan dalam membantu penguasaan pembelajaran anak autistik.

Komuniti juga harus bersimpati dan prihatin terhadap anak autistik, menghulurkan bantuan dan sokongan moral supaya mereka dapat menjalani kehidupan seperti orang biasa.

Kepada ibu bapa, jangan sekali-kali berputus asa jika mempunyai anak autistik. Berikanlah rawatan dan pendidikan khas seberapa awal yang boleh kepada anak-anak dan jangan biarkan mereka terabai begitu sahaja.

Oleh Dr. Tam Cai Lian (Pensyarah di Jabatan Psikologi, Fakulti Kesihatan dan
Kesihatan Semulajadi Kolej Universiti Sunway)

Ok, kesimpulan disini aku hanya nak berkongsi dengan bloger sahaja. Adam Amsyar tidak berpenyakit ni, cuma ada sikit2 perangai dia macam ni... sebagai Ibu dah tentu kerisauan untuk anak sendiri kan...

Isnin, 21 Oktober 2013

Birthday Birthday Birthday!!!!

Assalamualaikum....
 
ok, cita sambutan hari jadi pulak.. mil aku 10/10, aku 11/10, mak aku 14/10. so kami sambut sama la.. 11hb gi sambut dengan mertua kat rumah dia sebab 10hb tu kami ke ikea kan... tak da sambut besar2ran pun...
 
kek ni kek buat, perisa magga dalam ada potongan buah.. sedap... bau wangi mangga, kuning atas tu rasa coklat.. yum yum...
 
 
 Adam Amsyar, aku n my luv mil... selamat hari jadi mak... semoga sihat selalu (kata-kata yang tak pernag lekang dari mulut aku untuk dia)
 
 kami... budak demokkkk ni suka la ambik gambar laga2 pipi sekarang.. hahaha...
 
lepas raya sambut plak hari jadi dengan my sayang mak.... abah belikan kek, kakak beli makan2.. wahhhh sebenarnya tak tau pun buh nama ai... kujut ols...planing nak sambut mak je n ai ok je... tq ye kak...
 
 
 kek atas ni my sis buat untuk anak2.. mickey tu aku beli sekali dengan besday adam ari tu... so lekat je kat sini... senang keja, ada jugak kek untuk diorang ber2...
 
 hepi besday mak... weols love u so much..
 
 sayer..... birthday yang ke 29 tahun.. tahun ni last la angka 2 dihadapan.. dah nak masuk 30... huhuhuhu tuaaaaa....
 
 mak yang ke 25 tahun... hihihi....

dari kami 3 beradik untuk mak tersayang...
 
 anak-anak...
 
Pas tu Adam Amsyar sabaq terus kemera... berpuluh2 gambar penuh jari dia ada dalam gambar.. jenuh nak delete.. tapi sekali tengok ada bakat jugak anak aku ni... dibawah ni antara gambar yang dia ambik...
 tok wan
 sepupunya danish
 
 pakngah dia yang sedang tido kat sofa
 
 n papa.. hehehe...
 
 las aku ambik dari tangan dia ambil plak gambar dia makan ayam.. alah xsen je, makan tak pon...
 
alu belek punya belek (tengok) kamera tu dia... gambar ambik sendiri... hahaha sangat lawak la Adam ooiiii....
 demok....
 hai sayang, boleh pinjam bulus metes????
 
tuan blog dengan suami terchentha..... tq daling....

Jumaat, 18 Oktober 2013

going to ikea

Assalamualaikum....

Lamanya tak update blog. tuan blog cuti seminggu dari rabu lminggu lepas... pas tu ekorang kemalasan melanda sebab makan daging manyak... hehehe...

Minggu lepas Khamis sebelum raya, ai n en suami planing pegi barang area mana tah pas tu si binik teringin nak pegi ikea. dah alang2 sampai sana kan.. tak jauh pun jab je dengan pertolongan enchek gps... hahaha... layan cerita begambar yer...

 singgah kat sini mai borong barang... gila + tengok + masuk + beli = habis duit.. hahaha...

 barang2 yang sompat beli... mainan budak punya banuak. kalo aku buka kedai  kompom beli.. hahaha... tamak..

 keluar pasang gps terun menuju ke ikea... sangat mudah bila ada gps ni... alhamdulillah semunya berjalan dengan lancar....

 jam 1 lebis dah sampai... lega...

 tuan blog... sukanya walpaper jam tu...

 xsen dengan bag je, barang beli tak banyak pun... planing nak beli set almari tv, pas tu kiv sat.. hahaha...

 "pa, nak doi nihhhhh" memang nampak best je, tak tak duduk la... putus karang mampos aku...

 berehat, suami ku kesakitan kakian... macam ayat devid teoh plak.. banyak ter mer ber meng.. hahaha...

 ok nampak foodcort terus nampak meat balls.... pertama kali weh.. tengok step beli... sekali nampak aku punya meat balls sikit.. huhuhuhu.. ok lah.. berangan nak tapau, tapi tapawer tak bawa plak... malas plak nak beli kat bawah.. maknanya padan muka lah...

 ai punyer

 en suami punya...

 
 tuan blog sangat teruja pestime makan... kombinasi dengan jem sbry tu memang sangat best!!!

 muka tak puas hati sebab tak makan nasi...

 bila dah bayar beli barang nampak aiskrim mesin yang pakai token.. singgit je pun... untuk memaniskan lidah sendiri... kul 4 lebih keluar dari ikea...

 hohoho orang kaya........kaya pipi...

 singgah kat hentian makan sup panas2...

 kipas 1 bilah je rasayanya panjang 3 meter atau lebih... 1 kipas je, aku yang dok kat hujung pun rasa sejuknya... sepanjang perjalanan balik dari KL memang hujan lepat tak berenti.. aku memang angkat kain putih la... langsung tak nampak.. syabas buat en suami yang bejaya memandu dengan baik dan selamat sampai ke rumah jam 8 lebih....

tak nampak Adam Amsyar kan???? memang tak bawa dia.. planing nak cepat suma... bila ada dia mungkin makan masa... nanti mama bawa jejalan lagi ya... update Adam tak de apa sangat.. masih tak boleh bercakap, tapi sekarang ada bunyi da mu ma ga du bla bla...