Langkau ke kandungan utama

Abang...

Tanggal 3hb 7 petang sebelum asar, abang saya Shahrol Rizal bin Abdul Rahman menyahut seruan Ilahi menghembuskan nafas terakhirnya dirumah bonda tercinta...

Abang sekarang belajar mec com kat giat mara parit buntar, baru 1 minggu... Jumaat pagi hujan, kakak cakap dia nak hantar sebab hujan. kebetulan adik akma pun belajar sekali dengan abang... arwah betegas kata tak pa, nak pi sendiri.. akur saja la.. tengahari dia balik, tido terus tak mandi bekas kena hujan sikit pagi tadi... sembahyang jumaat pun tak pi, katanya letih... kul 2.30pm macam tu arwah ke giat mara kembali.. balik2 time malam arwah demam...

kami 1 keluarga tahu bila dia demam, memang teruk, ketar n badan panas... mak bagi makan ubat n picit kepa arwah... malam tu arwah dok dalam bilik je, tapi arwah memang suka dok dalam bilik, tak berapa campur/lepak dengan kami... tengok tv pun asing, kekadang saya temankan, kekadang suami yang melayan kerenahnya...

pagi sabtu sepetutnya arwah ke giat mara ada aktiviti, tapi arwah tak pegi, tak larat katanya... lama sikit kakak pegi tengok arwah dalam bilik, tido n bila pengang kelapanya panas sangat, terus kakak panggil abah tengokkannya... mak bagi makan ubat, jerlum kepala & bagi minum aircap badak tapi half ja arwah minum... abah salinkan kainnya n bagi pakai pepers sbb arwah dah cirit, abah bawakan ke bilik air.. tilam dah kotor, so abah lerak kat bawah bagi dia bersih sikit..

masa saya lalu bilik arwah nak mandi dalam jam 3.15pm, saya dengar abang bersuara dari leherja.. (bunyi macam hemmm hemm ja) saya buka pintu, dia toleh kiri kanan pelan2, macam mengigau, bibir arwah merumit2 sesuatu, kakinya silang panggung (arwah memang tido macam tu) sambil bertukar2 kaki.. dalam hati saya cakap "abang mengigau kot nih.." saya tutup pintu n terus mandi.. dalam hati ada gak cakap sebelum nak kuar nanti nak tengok abang sat, tapi saya terlupa sangat2... terus keluar n bagi tau kat mak yang berada kat rumah maklang sebelah rumah...

lepas kami keluar mak cita mak rasa tak sedap hati ja.. mak rasa mengantuk semacam, mengantuk yang tak sedap hati, mengantuk yang tak pernah rasa mengantuk macam tu...

dalam jam 4 lebih abah terjaga dari tidur, pegi tengok abang dalam bilik, abah tengok abang diam ja, dalam masa tu mata abang terbuka separuh & bibir abang terbuka sikit, abah terus panggil mak.. memang abang dah tak ada... mak siap2 semua, bawa abang ke runag tamu, letak atas katil.. mak panggil pandak (orang masjid) minta tengokkan, memang sah abang dah tak ada...

kami berada di C4 nak tengok storller baby.. masa saya sampai di kawasan bunga ros, saya tengok cantik sangat pengang sikit ja jari saya terluka terkena duri anak ros tu, yang herannya darah banyak.. saya rasa tak sedap hati tapi saya buat tak tau ja, dalam 4.45pm suami menerima panggilan dari mak, ya ya ya tetiba senyap, saya heran, suami terdiam saya tanya kenapa? dia cakap "jom balik.." aik, baru ja sampai, sorller pun dah berkenan kat hati.. saya akur n terus keluar... saya tanya suami kenapa, tapi tak terjawab langsung.. dia hanya mampu senyum kelat dan cakap "tunggu kita balik rumah k.."

saya betul2 tak sedap hati, kat kepala nampak abang.. kenapa dengan abang? sampai di bukit tambun saya memaksa sambil memukul lengan suami.. saya terkejut tiba2 air mata suami bercucuran.. saya nampak abang, abah kenapa dengan depa? abang???? "abang dah tak ada sayang...." Ya Allah...... hanya Dia saja yang tahu keadaan saya masa tu, rasa keawangan, nak pitam, kelu tanpa suara, hanya air mata yang mampu saya titiskan... luruh rasa jiwa ini... Ya Allah... kasihanilah abang aku... dia hanya demam ja.. kenapa Kau ambil nyawa abang aku terlalu awal... dia baru dapat rasa gembira... kesianya kat abang meninggal keseorangan dalam bilik.. kesiannya kat abang ya Allah... saya meraung hanya Allah dan suami saja yang dengar...

air mata tak berenti menitik, "bawa la laju sikit papa.." rayu saya kepada suami.. sampai di rumah dah ada ramai orang... terus saya meluru kat mak tanpa menghiraukan sesiapa pun... muka mak?? Tuhan ja yang tahu hati wanita itu... kakak?? adik akma?? tak tau lagi.. kakan sekeluarga keluar dengan keluarga mertua ke zoo taiping, adik akma belum balik dari giat mara.. kedua2nya tak tau apa2 pun... abang ipar sorok dah sampai rumah baru bagi tau kakak...

dari jauh saya nampak kakak terkejut, berjalan setempat sambil tutup mulut... dia terus menerpa saya dan mak.. terkejut+luluh hati melihat tubuh badang abang yang kaku tanpa berkata-kata... meraung daam pelukan mak... hanya yang mak mampu katakan "bersabah redha dan tawakal la kak.." dalam 3 minit adik pun balik, tanpa tahu apa2, seperti kakak, luluh hatinya... meraung dalam pelukan aku.. Ya Allah.. dugaan ini uat keluarga ku kah? kasihanilah kami ya Allah...

rumah makin ramai.. saudara mara tak putus datang.. saya masih tak mampu menahan desih, nak baca yasin pun rasa lemah... bila saya buka melihat wajah abang, muka arwah tak berubah langsung, cuma matanya terbuka suku, mulutnya nampak gigi sikit... ku pengan dahi arwah masih ada panas tapi banyak sejuk, tangan abang dah sejuk... sayunya hati ini melihat mu wahai abang...

di pendekkan cerita setah buat report polis & balik dari hospital jam 2pm arwah dikebumikan.. saya, kakak & mak tak ke kubur, kamidinasihatkan tak pegi, takut rebah nanti.. nanti2 kami pergi...

hari ni, dah 6 hari pemergian abang tersayang, anak lelaki tunggal dalam keluarga, abang sulung saya... walaupun ada jugak gadung dengan arwah saya tetap tak pernah bencikan arwah... abang, adik halalkan makan minum abang, adik ampunkan dosa abang.. bergitu juga adik harapkan dari abang... tiap masa adik tak pernah lupa mendoakan abang n membaca surah2 tuk abang.. bersemadilah wahai kekanda ku... kami semua doakan agar kekanda berda di syurga dan aman di sana...

gambar kami sekeluarga raya tahun lepas.. arwah abang yang tengah baju merah.. masa ni dia beru kemalangan, tapi tak teruk...
gambar ni masa arwah bersama kami ke zoo taiping... muka arwah tak berubah... :(
ni gambar last yang saya ambik masa fathers day sampaut kat C4...

saya mohon kepada semua pembaca blog saya ini, sedekahkanlah kepada Arwah Abang saya Al Fatihah & An Nas... amin...

terima kasih.. budi baik anda hanya Tuhan dapat membalasnya...

Catatan popular daripada blog ini

Ekzos Bocor

Salam.. keta aku dah lama ekzos bocor. ada kot dlm 4-5 bulan lepas. macam mana boleh tau? kalo korang perasan, akan kedengaran bunyi semacam bila dok dalam keta or kat luar (ekzos) itu lah berlakunya kebocoran. aku ni beragak-agak nak pi. so kemarin my laling sudah ajak, ikut la sekali. kena RM80. layan cita bergambar ini ya...
keta baru diangkat
my laling, auw sexsi bang...

kebocoran . . .

tengok!! besaq kan? orang tu pun tekejut, laki aku pandang aku, aku? buat besaq mata... org tu cakap produa pakai besi nipis. memang nampak kenipisannya hokeh!

sudah dibugilkan

tara!! dah psang yang baru (standat) tak mo la buh macam2, habis duit ja. kan???

tup-tup aku jalan depan sikit, perasan plak yang tong besar ekzos ni berpotensi untuk bocor jugak. so minta org tu welding sikit. hemmmmm.. keta ok keta...

Berhati-hati dengan Minyak Angin

copy from my friend...
Ini untuk pengetahuan awak dan bolehlah awak sampaikan atau pesan kepada kawan-kawan tanpa mengira kaum agar apa yang berlaku kepada anak saya tidak berulang kepada anak kawan-kawan kita dan juga umat manusia seluruhnya.
Ahmad Tarmizi Ahmad Basri (anak kesayangan saya yang kelima) 3 tahun
17/08/04 - Deman biasa dan dibawa ke klinik untuk perubatan
18/08/04 - Masih deman dan perut kembong akibat tak selera makan kerana sakit tekak
19/08/04 - Saya kurang senang dengan kesihatan anak saya dan bawa dia berjumpa doktor pakar.
Setalah diperiksa soalan pertama yang doktor tanya kepada saya serta isteri saya ialah...'ada sapu apa-apa minyak di perut' bererti sebagai doktor dengan ilmu kedoktorannya dia tahu bahawa puncanya adalah disebabkan minyak angin.Anak saya dimasukan ke wad. Dia dalam keadaan koma tanpa membuka mata, berkata-kata, bergerak dan pernafasan pun dibantu dengan alat penafasan oksigen. Darah,kencing diambil bagi tujuan pemeriksaan.
Keputusan pemeriksaa…

mata memangdang matalah puncanya

wahhh.. belagu nurkumalasari aku pagik2...

salam korang...

aku besiaran dari opis. (sambil memandang pintu bos aku) kekekeke... ari tu pas aku check adam, aku ngan en somi pi klinik mata di hospital bukit mertajam. doc check mata aku (perempuan melayu, umo 30+, kurus, baik :D)

doc : emmm ada selaput kat belah idong, 2 belah no.
aku : a ah dokte
doc : dari bila?
aku : dari peknen lagi. dulu masa saya peknen 5 bulan ada mai jugak, doc cina pompuan cakap tak boleh opret n bagi ubat yang kuat sbb saya tengah peknen. doc tu cakap lagi mei pulak lepas bersalin kalo tak hilang. tu yang saya mai ni.
doc : boleh opret dik, tapi kalo opret kompom naik balik dalam masa 3 tahun lepas tu. so ketua kami dah bincang bila orang muda yang ada selaput mata ni tak yah buang, selagi tak da risiko apa2. contoh macam selaput dah sampai kat anak mata hitam, yang tu memang kena buang.
aku : sebab apa yang jadi selaput ni ek dokte?
doc : sebab kena habuk, tengok moniter komputer, ekon, mata kering, bekas makeup &…