Khamis, 29 Julai 2010

33w

Minggu ke-33, bayi kita telah memiliki rupa parasnya yang tersendiri. Rupa inilah nanti yang bakal puan lihat apabila dia lahir kelak. Malah, bayi kita juga sudah boleh membezakan antara terang dengan gelap. Sebagai ibu, inilah masanya puan perlu mendapatkan seberapa bayak rehat yang boleh. Cubalah berbaring sebentar pada waktu tengahari kerana puan mungkin penat ekoran membawa perut yang membesar.
Alhamduliilah, hari ni en baby dah 33w... sungguh sihat dalam belly nih... sekarang kalo en baby bertaici dalam perut sampai boleh nampak kesengetan perut nih... kalo pepagi, tambah plak dok kat opis memang en baby suka, duduk tak liam loh... tapi mama tak marah yer en baby... gerak la banyak mana pun...
-
kemarin check bulan, semua ok, jantung ok, gerak ok, kepala masih kat atas lagi, baby sihat cuma kaki saya bengkak sikit..
-
sekarang ni susah dah nak tido, kalih kanan tak kena kalih kiri tak kena, nak melentang pun sesak nafas... sesak nafas??? monday saya cuma berpuasa, en baby mcm mengamok lapas jek, ada 1 time tu saya menitik jugak air mata, "kesian anak mama lapar..." saya nak ajar dia puasa sbb nanti saya akan menempuh jugak walaupun untuk beberapa hari... apa yang saya rasa? saya tak rasa lapar cuma sakit ulu hati, sesak nafas sikit, dengupan jantung laju (--") semua tu buat saya rasa rimas... tak tau mcm mana nak cakap rimasnya... kes sesak nafas saya baca kat buku masa 36w baru rasa, tapi saya dah rasa, adakah berkemungkinan saya beranak sebelum due???
-
apa pun mama rindu nak tengok 'adam' mama... insan sari keturunan Nabi Adam AS.... papa pun kemarin cakap sambil tersenyum sebelum tido, "macam mana rupa baby kita yer...?"
-