hari ni cukup ayu 8 bulan peknen... persaan??? mesti la hepi.. seronok tengok belly ayu, baby dok begolek kiri kanan.. comey jek... rasa sat ja kan...
sekarang ni nak tido susah sikit, kena mengiring, kalo melentang rasa sesak nafas sikit. mengiring kiri sat tukar kanan sat. kat leher ni memanjang berpeluh, jari kelingking 2 belah tangan rasa kebas semacam, nak genggam pun rasa semacam... kaki rasa bengkak sikit, time sembahyang masa rakaat ke 2 tu betis ngan peha dah rasa semacam, kekadang je solat duduk, yang lain ayu masih lagi mampu berdiri...
Minggu ke-32 pula, bayi kita telah mengalami pertambahan berat badan. Ia mencapai 1.6 kg. Secara normal kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Menyentuh soal hubungan suami isteri pula, sesetengah wanita hamil akan berasa bimbang apabila melakukan persetubuhan kerana takut ia mencederakan bayi yang dikandung. Sebenarnya, puan-puan tidak perlu risau untuk melakukan hubungan seks ketika ini kerana ia tidak akan mencederakan bayi.
*kiambang sudah...