Khamis, 29 Julai 2010

Maternity Shoot Pic

seperti yang dijanjikan... terimahlah gambo saya yang cumil ini... :p
Date : 14 July 2010
Time : 3.00pm
Location : Belakang IPK Penang & Botani Garden
Photog : By Azzaharry
-
Bertemakan bagunan classic
panggung wayang lama tau...


peresan tak ada KOMTAR?






baby lembu enteprem jugak tau...

mendaki Taman Botani.. fenat tau!! tapi BERBALOIIIII






hubby suke gambar bawah ni...



The End...

cantik kan.. memang saya puas hati sangat2... ada sesiapa yang berminat? boleh masuk fb or fotopages dia k...

Tukar Template baru

hari ni angin rajin.. wahhhhh saya tukar Template baru la.... :D

yang ni masa mud nak kawin, ala2 sweet gitu.. dulu saya pakai dari :

sekarang bertukar ke ini from kak emila yusof yang buat kartun tuk kad kawin saya dulu.. kali mud ala2 ibu masali yer... biru tuk boby... kalo gegel? saya tukar pink la, apa susah.. wakakaka...

33w

Minggu ke-33, bayi kita telah memiliki rupa parasnya yang tersendiri. Rupa inilah nanti yang bakal puan lihat apabila dia lahir kelak. Malah, bayi kita juga sudah boleh membezakan antara terang dengan gelap. Sebagai ibu, inilah masanya puan perlu mendapatkan seberapa bayak rehat yang boleh. Cubalah berbaring sebentar pada waktu tengahari kerana puan mungkin penat ekoran membawa perut yang membesar.
Alhamduliilah, hari ni en baby dah 33w... sungguh sihat dalam belly nih... sekarang kalo en baby bertaici dalam perut sampai boleh nampak kesengetan perut nih... kalo pepagi, tambah plak dok kat opis memang en baby suka, duduk tak liam loh... tapi mama tak marah yer en baby... gerak la banyak mana pun...
-
kemarin check bulan, semua ok, jantung ok, gerak ok, kepala masih kat atas lagi, baby sihat cuma kaki saya bengkak sikit..
-
sekarang ni susah dah nak tido, kalih kanan tak kena kalih kiri tak kena, nak melentang pun sesak nafas... sesak nafas??? monday saya cuma berpuasa, en baby mcm mengamok lapas jek, ada 1 time tu saya menitik jugak air mata, "kesian anak mama lapar..." saya nak ajar dia puasa sbb nanti saya akan menempuh jugak walaupun untuk beberapa hari... apa yang saya rasa? saya tak rasa lapar cuma sakit ulu hati, sesak nafas sikit, dengupan jantung laju (--") semua tu buat saya rasa rimas... tak tau mcm mana nak cakap rimasnya... kes sesak nafas saya baca kat buku masa 36w baru rasa, tapi saya dah rasa, adakah berkemungkinan saya beranak sebelum due???
-
apa pun mama rindu nak tengok 'adam' mama... insan sari keturunan Nabi Adam AS.... papa pun kemarin cakap sambil tersenyum sebelum tido, "macam mana rupa baby kita yer...?"
-

Rabu, 28 Julai 2010

Persiapan

Salam...
bemalam simpan baju baby dalam beg, kemas drower baby n tengok mana yang patut... alhamdulillah semuanya dah tersedia, buaian, tilam, playpen, kelabu, pakaian, mandian, ubatan semua dah siap.. cuma sroller jek tak da lagik.. kat manjaku ada sale posa nanti, so nanti pi tengok kat sana la...

-
ni semua en baby punya tuk dibawa ke spital nanti...
banyaknya stok pempes en baby ngan mama... :D
ini barang2 dlm drower en baby... rasanya kena cari drower lagi pas nih...

Khamis, 22 Julai 2010

2 months 2 go

salam...
hari ni cukup ayu 8 bulan peknen... persaan??? mesti la hepi.. seronok tengok belly ayu, baby dok begolek kiri kanan.. comey jek... rasa sat ja kan...

sekarang ni nak tido susah sikit, kena mengiring, kalo melentang rasa sesak nafas sikit. mengiring kiri sat tukar kanan sat. kat leher ni memanjang berpeluh, jari kelingking 2 belah tangan rasa kebas semacam, nak genggam pun rasa semacam... kaki rasa bengkak sikit, time sembahyang masa rakaat ke 2 tu betis ngan peha dah rasa semacam, kekadang je solat duduk, yang lain ayu masih lagi mampu berdiri...

Minggu ke-32 pula, bayi kita telah mengalami pertambahan berat badan. Ia mencapai 1.6 kg. Secara normal kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Menyentuh soal hubungan suami isteri pula, sesetengah wanita hamil akan berasa bimbang apabila melakukan persetubuhan kerana takut ia mencederakan bayi yang dikandung. Sebenarnya, puan-puan tidak perlu risau untuk melakukan hubungan seks ketika ini kerana ia tidak akan mencederakan bayi.

love pic... sekeping ini khas untuk tatapan kengkawan ayu yang setia masuk blog ayu... :D

*kiambang sudah...

Rabu, 21 Julai 2010

Resepi Untuk Ibu Mengandung

Salam...

tadi ayu jejalan kat blog2 ibu menyusu, ayu terbaca kat 1 blog yang membahasakan dirinya ummi... ada resepi tuk membahkan susu badan buat ibu2 mengandung... kita kongsi k.. ayu pun rasa macam nak buat jer...


Campuran Susu

Ummi minum susu campur ngan badam, kekadang kismis kekadang madu... ayu rasa ada lagi yang boleh campur.. mesti sedap kan.. tapi ayu nak hujung2 ni baru tau semua ni... tapi ayu minum susu tak campur apa pun ayu tak bosan...

Ke dua,


Bahan-bahan & Cara :

  1. longan kering (ikut tekak nak banyak mana) - beli di kedai ubat cina

  2. dan kurma merah - beli di kedai ubat cina

  3. Masukkan air. Ummi selalu buat untuk sejag air
    Rebus hingga longan dan kurma kembang

  4. dan masukkan gula pasir secukup rasa atau boleh ganti dengan gula merah (lagi sedap)

minum sejuk-sejuk, sedap kata ummi.. selamat mencuba...

Selasa, 20 Julai 2010

Untuk Bakal Ibu...

Assalamualaikum...
tadi boring2 ayu cari 'persiapan bersalin kat gugel... banyak cita.. ayu paste kat sini, korang baca yer.. kita sama2 dapat berkongsi...


Pesedian bersalin anak sulung

Perasaan risau dan resah adalah menjadi perkara biasa bagi seseorang ibu yang sedang menunggu saat kelahiran bayinya, terutama bagi ibu yang akan melahirkan bayi yang pertama. Ramai di antara ibu juga mengalami kesukaran untuk tidur pada saat sebegini. Sokongan suami dan keluarga amatlah penting pada ketika ini.
-
Untuk mengelak daripada kekecohan apabila tanda-tanda kelahiran muncul, puan dinasihatkan untuk membuat persediaan awal bagi beg dan barang keperluan puan ketika di hospital. Barang-barang untuk diri puan (baju, kain, tuala, berus gigi) dan juga untuk bayi puan perlu dikemas dan disediakan dua atau tiga minggu sebelum tarikh jangkaan kelahiran bayi puan.
Apabila masa semakin hampir dengan tarikh kelahiran, beberapa tanda boleh muncul yang menunjukkan kelahiran akan berlaku. Puan perlu tahu perkara ini supaya langkah yang tepat dapat diambil tanpa ‘panik‘.

-
Pada akhir tempoh kandungan, kekerasan perut rahim semakin kerap berlaku. Kekerasan ini berlaku tanpa diiringi dengan kesakitan. Keadaan ini dipanggil "Braxton Hicks contraction".


Beberapa tanda yang mungkin berlaku apabila proses kelahiran bermula adalah seperti berikut:


1. Show atau tanda: Keadaan ini berlaku apabila terdapat mukus (lendir) yang bercampur dengan darah di faraj. Pengeluaran mukus yang berdarah ini menunjukkan lubang serviks sudah mula terbuka yang menyebabkan mukus ini terkeluar. Tanda ini adalah yang paling awal (pertama) lazim berlaku.

-
2. Pecah air ketuban - Tekanan disebabkan oleh pengecutan (kontraksi) rahim menyebabkan pembocoran selaput karung bayi. Air ketuban tidak mempunyai warna tetapi berbau hanyir berbanding dengan air kencing yang berwarna kuning dan berbau hancing. Air ketuban ini keluar melalui lubang kebocoran dengan cara lelehan sedikit demi sedikit ataupun secara tumpahan air yang banyak. Air ketuban yang berwarna hijau menunjukkan bahawa bayi sudah pun membuang najisnya sebelum dilahirkan. Pembuangan najis (meconium) ini mungkin disebabkan oleh bayi yang lemas atau bayi yang terlebih matang.

-
3. Kesakitan di bahagian perut dan belakang seperti senggugut (tetapi kesakitan ini lebih teruk daripada senggugut). Kesakitan ini akan datang secara berkala. Kekerapan kesakitan akan berlaku sekurang-kurangnya setiap 10 minit. Tempoh kesakitan pula berlaku selama 20 hingga 40 saat. Apabila proses kelahiran sebenar tiba, kekerapan kesakitan semakin rapat iaitu setiap dua atau tiga minit sekali dan tahap kesakitan bertambah kuat. Puan perlu membuat persediaan untuk ke hospital apabila kesakitan kerap berlaku iaitu setiap lima dan 15 minit dan kesakitan ini tidak hilang apabila puan cuba berehat atau berjalan-jalan. Jangan panik kerana proses bersalin memakan masa yang agak panjang terutamanya bagi ibu yang akan melahirkan anak yang pertama (lazimnya lapan hingga 12 jam). Tanda-tanda ini tidak semestinya datang secara turutan seperti di atas tetapi salah satu mungkin datang terlebih dulu atau mereka muncul secara serentak.

-
Apabila puan mengalami tanda-tanda di atas, puan dinasihatkan tidak memakan makanan sebelum puan ke hospital. Keadaan ini penting kerana makanan yang dimakan sewaktu kesakitan dalam proses bersalin tidak dihadamkan dan tidak diserapkan. Proses penghadaman dan penyerapan makanan berlaku dengan lambat sekali apabila seseorang berada dalam kesakitan proses bersalin.

-
Ada juga salah faham mengenai cara mendapat tenaga untuk meneran apabila seseorang ibu itu makan sewaktu sakit untuk bersalin. Pemakanan yang tidak hadam boleh membahayakan ibu jika kelahiran dibuat secara pembedahan atau ada komplikasi yang memerlukan pembiusan umum (general anaesthesia).

Isnin, 19 Julai 2010

Girl or Boy???

salam semua...
ada yang dah tau jantina baby ayu laki pompuan, n ada yang belum... dah 2 kali scan nak tengok jantina my baby n keputusannya sama jugak... nak tau baby ayu aper??? jeng jeng jeng!!!


*




*




*




*




*




*




*




*




*




*




*




*




*




*




*




*


announcement!!!




*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*




my baby






*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

alhamdulillah... semuanya dalam keadaan baik, ayu mahu pun en baby... doakan kami selamat semuanya ok... ayu anggap ini adalah pengganti arwah abang ayu... semoga en baby disayangi semua orang macam arwah pak long yer sayang...

Khamis, 15 Julai 2010

Maternity Makeup

hi all...
unntuk pengetahuan sekelian kengkawan yang rajin masuk blog ayu... ayu dah buat maternity photoshoot kemarin petang kat penang island, area belakang balai polis (classic theme) & kat botani garden...

lepas ke klinik tuk check ayu gi makeup sat kat orang yang bertanggungjawab untuk ayu cantik masa wedding dulu... ZAM, dia makeup cantik, so dia saja dalam kepala otak nih... dengan cas yang amattttt murah, ayu pun puas hati sangat2 & dia makeup mcm ayu mahukan...

petang kitaorang terus ke penang gi shoot dengan AZZAHARRY dan juga orang kuat masa wedding ayu tu photoshoot n kali ni ayu nampak dia jek... harga pun amatttttttt la berpatutan, ayu tak rasa rugi pun... bahkan hepi sangat2...

gambar ayu dalam 1 week siap la, so minggu depan jugak la kan... tak sabo nak tengok... berpeluh sakan, bergolek sakan tapi semua tu membuahkan senyuman...

hubby n azzaharry risau gak jadi apa2 kat ayu masa nak naik botani garden tu, tapi ayu ok jek, tapi masa naik bukit tu boley tahan gak la fenatnyer... masa turun tu ayu dah rasa sakit kat pinggang belah kiri (sakit macam... kalo kita lari lama2 sakit kat pinggang kan.. ha macam tu la sakitnya) tapi ayu ayu konrol gak tak nak bagi hubby nampak... alhamdulillah lama sikit, jalan slow dah hilang rasa tu...
-
cita bab makeup plak... ayu memang nak macam ni, kat mata nampak hitam tak sarat sangat.. (nampak gak sarat kan) tapi bila kita ambik gambo tak nampak 'ketebalannya'... cantek tak???
-
before-muka pucat (sbb pakai bedak baby ajek) kening tebal sikit... hehehe
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
after-kening dah nipis, muka dah tebal, bulu mata pelesu, siap paki CL wedding ari tu lagik...


ayu suka kat part mata ni... nak belajo tak reti...
mata ni cantek tak?? cakap cantek jugak!!!! comey la suk...

masa photoshoot memang tak da gambar de making off, so yang ni jek yang ader pic kami berdua...
see.... my belly dah beso khennn....

special thank`s 4 mu hubby yang sanggup berpeluh mengikut kerenah binik dia nih, azzaharry jugak, sanggup berpeluh + kena ketit semut masa dok menerap kat atas rumput, rela panjat pokok, kutip daun2... last 4 zam yang sudi makeup aku tengahari buta bagi nampak aku comey... i suka u... tqvm all....

my baby 31 weeks

assalamualaikum...
dah masuk 31 minggu, maknanya minggu depan saya dah 8month peknen... rasa sat jek, baju je rasa perut 4 month, sekarang tengok perut lagi besaw...

my baby sihat la sangat... dengupan jantung ok, kedudukan ok, air ketuban cukup, uri ok, semualah ok...

Memasuki minggu ke-31. Bagi sesetengah wanita hamil akan mendapati tanda kesan regangan merah pada perutnya. Manakala pada payu daranya pula akan kelihatan salur darah yang agak jelas timbul. Ketika ini kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Panjang badannya kini boleh mencecah 37 cm dengan berat 900 g. tapi my baby dah 1.++ kg (",)
-

monday dapat barang lagi dari DUMEX, susu tuk mama 2 pax & dolphin comey...
cute kan... leh kawan ngan baby lembu..

tqvm DUMEX....