Isnin, 9 November 2009

sakit kepala sebab MIGRAINE!!!

Assalamualaikum... hemmmm penyakit lama saya dah datang setelah betahun tak sakit. mula2 saya dapat sakit ni masa saya kat PLP, n masuk wataniah, mungkin disebabkan dok tepacak kat matahari selalu & tido tak cukup. masa tu saya ingat sakit kepala macam biasa ja, tapi bila jumpa doc dia cakap migraine la.. hanya ditampung dengan ubat tahan sakit @ aktif fast ja... hari sabtu malam lepas, saya dah berasa lain, bila bagun dari katil rasa pusing n macam nak pitam, kepala bedenyut tak henti, hemmmm dah mula mengeluh.. saya seorang yang tak suka sakit, bila sakit je saya akan pastikan makan ubat sampai abis... tak suke tak suke... hari ahad lagi menjadi2, bila matahari terbit ja, mula dah bedenyut, kekadang belah kanan kekadang kiri.. pagi ahad tu masa cakar sampah kat laman rumah ok lagi, siap berpelu2, tapi bila mata terpandang matahari ja, kepala dah mula berdenyut, rasa macam nak pitam, tapi nasib baik ada nyanyiow teman.. :D petang tu saya keluar ngan tunang cari cincin, lagi menjadi2, belakang kepala rasa macam kena hantuk! bila turun tangga dah mula pening. hemmmm sakitnya Tuhan saja yang tau.. naik malam dok menjadi jugak... masa balik nasib bukan saya yang drive keta, bila buang spek mata ni rasa kurang sikit bedenyut.. tapi tak pi cari ubat pun.. sampai kehari ni, bangun pun kena slow, tak leh terus bangun, kot2 nanti pengsan sapa plak la nak angkat tong drum nih... Sebab sakit, hemmmm sebenornya makin hari, makin tension dengan keja yang banyak, wedding preparation, keta, bajet lagi n lagi la... semua saya kena pk.. letih+penat+tension=migraine la jawabnya... hemmmmmm letihkan nak kawin ni... tak semudah yang disangka, sbb saya yang buat sendiri semuanya... :_( Ok, kat bawah ni ada sikit cita tentang penyakit ni.. sama2 kota kongsi k...

MIGRAINE
Migrain juga dikenali sebagai hemikrania, perkataan Greek yang membawa maksud sebelah tengkorak. Ia juga dikenali sebagai vascular headache.

Sakit kepala yang berlaku berulang, berdenyut-denyut selalunya terjadi sebelah kepala sahaja. Ada juga yang bermula di sebelah kepala sahaja dan kemudiannya melarat kedua-dua belah kepala. Dalam kes yang teruk, migrain menyebabkan pening (nausea), muntah, cirit-birit, pengekalan cecair badan (retention of fluid) dan sensitif kepada bunyi dan cahaya. (saya dah sakit kedua2 belah...)

Jenis-jenis migrain yang utama
1 - Classic migraine
Lebih kurang 10% hingga 15% pesakit migrain mengalami migrain jenis ini. 10 hingga 30 minit sebelum berlakunya migrain, tanda-tanda awal (warning) berlaku. Tanda-tanda ini dikenali sebagai aura atau prodrome dan ia berlaku selama 5 - 15 minit. Tanda-tanda aura ini adalah seperti berikut: terlihat cahaya terang (bright spots), garisan zigzag (zigzag lines), penglihatan berganda (double vision), buta sementara (temporary blindness), kebas (numbness), kepala terasa berpusing (dizziness), pening (drowsiness), sukar bercakap (slurred speech) dan keliru (confusion). Selepas tanda-tanda ini hilang, migrain mula menyerang.
Aura dikatakan disebabkan oleh saluran darah yang menghantar darah ke otak dan tisu sekelilingnya mengecil sementara, jadi menghad penghantaran darah ke bahagian tersebut. Ini menyebabkan gangguan pada saraf rasa dan pengawalan motor. Bagaimanapun ada juga yang mengatakan bahawa aura bermula di sistem saraf – satu fenomena yang dikenali sebagai “spreading depression of the cortex”. Ada kajian yang menunjukkan bahawa pengaliran darah hanya bertambah beberapa jam selepas aura terjadi dan sakit kepala bermula.
2 - Common migraine
Tanpa amaran awal terlebih dahulu seperti classic migrain. Lebih biasa terjadi.

Sebab-sebab terjadinya migrain
Ia berlaku bila saluran darah mengembang dan mengecut dengan cepat. Migrain juga dikaitkan dengan proses pembengkakan (inflammasi). Kenapa ia berlaku sedemikian masih belum dikenalpasti secara jelas. Bagaimanapun, beberapa perkara penting yang menyebabkan fenomena ini berlaku adalah seperti yang dinyatakan di bawah:

Keturunan
Saluran darah individu tertentu tidak begitu sensitif kepada kesan-kesan penyejukan (effect of cooling). Membran platlet pula tidak mampu mengekalkan serotonin dengan effektif (serotonin adalah bahan kimia dalaman yang boleh mengecutkan saluran darah).

Pemakanan

  1. Makanan yang mengandungi monosodium glutamate MSG (seperti Ajinomoto), cheese, nitrate, coklat, kekacang, alkohol dan aspartame boleh menyebabkan migrain. Ada antara makanan ini yang mengandungi tyramine atau phenylethylamin yang boleh bertindak mengembangkan saluran darah, jadi menyebabkan migrain.

  2. Kemungkinan juga makanan ini menyebabkan reaksi allergik yang akan menyebabkan migrain.

  3. Diet yang menurunkan kandungan gula dalam darah mungkin menyebabkan migrain.Ini kerana kandungan gula yang rendah menyebabkan saluran darah mengembang.

  4. Tidak makan atau lambat makan mengikut waktu juga boleh menyebabkan terjadinya migrain. [ betul... huhuhuhuhu :_( ]

  5. Orang yang kerap meminum minuman yang mengandungi kaffein seperti kopi, teh, nescafe, coca-cola dsb selalu menghadapi “caffeine withdrawal syndrom” bila mereka cuba menghentikan tabiat mereka secara mendadak. Sindrom ini sama dengan migrain. Ini adalah kerana kaffein menyempitkan saluran darah, dan pemberhentiannya akan menyebabkan saluran darah mengembang. (saya memang dah tak minum nescafe, cepat petul tangkat saraf otak nih!!!)

Hormon

Turun naik hormon wanita, oestrogen, dikaitkan dengan kejadian migrain. Migrain mungkin tidak disebabkan oleh oestrogen secaraterus, tetapi disebabkan oleh paras oestrogen yang tidak menentu naik dan turun:

  1. Mengandung. Selalunya kejadian menurun semasa mengandung.

  2. Haid. Ramai wanita yang mengalami migrain sebelum, semasa dan selepas datang haid. (betul la, saya datang hiad hari sabtu)

  3. Pil perancang. Ada pil perancang yang mengandungi oestrogen. Ini boleh menyebabkan migrain.

  4. Menopause (putus haid). HRT (hormone replacement therapy) yang menggunakan hormon termasuk oestrogen menyebabkan mereka yang mengambilnya mengalami migrain.

Cara hidup

  • Berlaku pertukaran dalam masa tidur dan jaga. Terlebih atau terkurang tidur juga menyebabkan migrain. (tido lambat, bangun awal...)

  • Pemakanan yang tidak teratur (lihat di atas).

  • Pengambilan ubat.
    - Ubat yang menyebabkan saluran darah mengembang boleh menyebabkan migrain. Begitu juga dengan beberapa persediaan herba seperti yang mengandungi ginkgo biloba.Penggunaan berlebihan ubat migrain juga boleh menyebabkan migrain. (ubat diet saya makan sekarang, mungkin ada kesan )

Penyebab-penyebab lain

  • Perubahan cuaca.

  • Cuaca terang matahari atau lampu. (betul.....)

  • Bunyi bising yang kuat. Bau yang kuat. (betul.....)

  • Menonton tv, memandang skrin komputer dengan lama. (betul.....)

  • Stress dan tekanan emosi. Sesetengah orang mengalami migrain selepas menghadapi tekanan emosi dan sesetengahnya semasa menghadapi tekanan emosi. (tensionnnnn)

  • Jantina. Perempuan lebih kerap (tiga hingga empat kali lebih kerap berbanding lelaki).

  • Merokok.

Rawatan
Rawatan tanpa ubat-ubatan

  • Menghadkan pemakanan dan makan secara teratur. Perempuan yang menghadapi migrain sebelum haid perlu mengurangkan pemgambilan garam kerana garam boleh menyebabkan fluid retention (lihat di atas).

  • Pengurangan stress seperti senaman yang kerap dan teratur dan mengamalkan teknik-teknik untuk mengurangkan tegangan badan.

  • Kenakan benda yang panas seperti menggunakan botol air panas ke tempat yang sakit.

  • Kenakan benda yang sejuk seperti beg yang mengandungi ais.

  • Cara hidup yang lebih teratur seperti makan secara teratur dan dapatkan tidur yang cukup.

  • Baring di tempat yang gelap dan senyap pada permulaan migrain.

  • Biofeedback. Pesakit diajar mengawal pengembangan dan pengecutan otot dan saluran darah. Teknik ini lebih berkesan jika diajar kepada pesakit kanak-kanak.

  • Rawatan lain yang mungkin boleh menolong anda ialah refleksologi (urut saraf kaki). Petua orang-orang tua seperti basahkan bahagian bawah (iaitu dari kaki ke badan dan ke kepala) dahulu semasa anda mandi mungkinjuga berkesan.(ini amalan saya dari dulu lagi, masa mula mandi tu anda pasti terasa panah keluar dari kepala & rasa tenang sedikit)


Rawatan menggunakan ubat-ubatan - ubat pemberhenti migrain

  • Vasocontrictors. Ergotamine dan dihydroergotamine mengecutkan saluran darah. Penting untuk mengambilnya pada permulaan migrain.

  • 5-HT agonist seperti Sumatriptan, Naratriptan, Zolmitriptan, Rizatriptan. Ia berfungsi dengan bertindak menggantikan fungsi serotonin.

  • Isometheptene.

  • Kombinasi aspirin + acetaminophan + caffeine.

Rawatan menggunakan ubat-ubatan - ubat melegakan migrain

  • Analgesic(ubat tahan sakit) termasuk narcotic analgesic tetapi ia boleh menyebabkan ketagihan.

  • Corticosteroid untuk migraine yang lama (sehingga 24 jam) kerana ia boleh mengurangkan inflamasi.

Rawatan menggunakan ubat-ubatan - mencegah migrain

  • Sesuai untuk yang menghadapi migrain dua kali atau lebih setiap bulan atau migrain yang terlalu teruk sehingga menganggu perjalanan hidup seharian.

  • Betablocker terutamanya propranolol melancarkan perjalanan darah.

  • Calcium channel blocker melancarkan perjalanan darah.

  • Non-steroidalanti-inflammatory drugs (NSAIDs), aspirin. Aspirin mengurangkan sakit dan juga mengurangkan pengumpulan platlet.

  • Ubat anti-depressant seperti amitryptyline boleh mengawal kandungan serotonin.

  • Riboflavin atau vitamin B2 dalam lingkungan 400mg sehari.

Rawatan menggunakan herba-herba

  • Antara rawatan herba yang digunakan untuk melegakan sakit migrain ialah St. John’s wort (hypericum), feverfew dan gastrodia. Kelebihan rawatan jenis ini ialah ia tidak melibatkan ubat-ubatan yang selalunya mempunyai kesan-kesan sampingan yang tidak baik. Bagaimanapun, rawatan herba mengambil masa yang lebih lama dan memerlukan pesakit mengambil herba tersebut untuk jangkamasa lama sebelum kesannya dapat dilihat.

TEORI MENGENAI MIGRAIN

Teori tentang migrain disebabkan oleh pengembangan saluran darah sahaja tidak boleh dibuktikan sepenuhnya. Ada yang menyangkalnya dengan bertanya sekiranya teori di atas betul, kenapa migrain berlaku di sebelah kepala sahaja.

Saraf (nervous system) bertindak balas terhadap perkara-perkara yang menyebabkan migrain seperti stress. Ini menyebabkan spasm disaluran darah yang kaya dengan saraf seperti arteri di tapak otak kepala. Spasm ini menutup atau mengecilkan beberapa saluran arteri yang membekalkan darah ke otak.

Apabila ini berlaku, pengaliran darah ke otak berkurangan. Pada masa yang sama, platlet (partikel yang berfungsi mengawal pembekuan darah) melekat antara satu sama lain dan ini menyebabkan bahan kimia serotonin dikeluarkan oleh badan. Serotonin ini mengecilkan lagi saluran darah arteri – jadi mengurangkan lagi bekalan darah ke otak.

Pengurangan pengaliran darah ke otak ini menyebabkan bekalan oksigen ke otak berkurangan. Itulah sebabnya tanda-tandanya seperti pendengaran dan percakapan yang terganggu sama seperti tanda-tanda orang yang kena strok (angin ahmar).

Bila bekalan oksigen berkurangan, ada saluran darah arteri yang membuka lebih luas untuk memenuhi permintaan tenaga daripada otak. Pembesaran saluran darah arteri ini mengeluarkan bahan yang menyebabkan kesakitan iaitu prostaglandins daripada tisu-tisu dan sel-sel darah. Bahan-bahan yang menyebabkan inflamasi (pembengkakan) seperti neuropeptides dan yang menyebabkan meningkatnya sensitiviti kepada rasa sakit juga dikeluarkan. Bahan-bahan ini dan juga menyebabkan pengembangan saluran darah arteri menyebabkan terjadinya migrain.

Jenis-jenis migrain yang lain

  • Hemiplegicmigraine – rasa lemah sebelah badan. Gene yang berkaitan dengan familial hemiplegic migraine ini boleh dikenalpasti.

  • Ophtalmoplegicmigraine – sekeliling mata.

  • Basilarartery migraine – berlaku gangguan di saluran darah arteri ke otak yang utama.

  • Benign exertional headache – disebabkan aktivit-aktiviti seperti berlari, batuk, bersin.

  • Status migraine – berlaku sehingga 72 jam atau lebih. Kesakitan yang dirasa sangat teruk.
  • Headache-free migraine – tidak sakit kepala, tetapi pening, masalah penglihatan, sembelit, cirit-birit.