Selasa, 24 November 2009

Phobia 2 (thai seram!!!!)

sabtu lepas jugak selepas gi barang2 kat Ato z & NONA, tegok cita ni.. sebenonyer encek tunang nak tengok last week masa tengok 2012, tapi ayu bekeras jugak, so ayu menang.. kat poster cita phobia ni siap tulis SERAM 18PL. Memang seram, (tengah menaip ni pun bulu roma terangkat dok ingat cita tu). best tapi nak muntah (sebab tengah makan big mac)... ada 5 cerita dalam 1 filem... penat jugak n terjerit-jerit sebab dok tekejut. siap tutup mata lagik.. :p

Titles of each part.
1. Backpackers
2. Used Car
3. People on Set
4. Thorny Palm tree
5. Shared Room



`toey` baby boy ni yang berlakon dalam iklan DUMEX.. cute sangat...
part depa ni yang buat ayu gelak gila2.. lawak siot...
THORNY PLAM TREE
seorang remaha yang bernama Pey, 14 tahun, yang dihantai oleh ibunya untuk menjadi sami di pedalaman Thailand karana kenakalan remajanya yang menyebabkan orang lain menjadi terbunuh. Pada suatu malam ketika dia merasa lapar dan tidak jumpa makanan, akhirnya dia memutuskan untuk mengambil makanan disembah yang dipercaya oleh masyarakat sekitar untuk persembahan Hantu Lapar. Pey sudah diperingatkan bahawa karma (hantu lapar) itu ada. Walaupun tidak jadi makan, banyak sekali kejadian yang selepas itu. Banyak kejadian aneh yang akhirnya menunjukkan bahwa karma itu ada.
SHARED ROOM
tentang seorang lelaki yang dirawat dihospital akibat kemalangan yang mengakibatkan kedua kakinya patah. Sebenarnya dia nak masuk bilik VIP, tapi sayangnya semua bilik penuh. Akhirnya dia kena duduk di dalam bilik bersama seorang orang tua (lelaki) dan sebelah lagi katil kosong. Tetapi, orang tua tu otaknya sudah tidak dapat berfungsi dan badanya langsung tak dapat bergerak, tapi masih boleh bernapas. Itu pun sebab dibantu oleh alat pernafasan. Pada malam terakhir bagi laki tersebut di hospital itu menjadi malam yang mengerunkan apabila orang tua itu bagun mencekeknya.
BACKPACKERS
Ada dua orang remaja dari Jepun yang mencari kendaraan dari Samui Island ke Bangkok. Dari beberapa kendaraan yang lewat, akhirnya ada satu lori ais yang memberi mereka tumpang. Di tengah perjalanan, lori ais itu berbelok ke jalanan yang sepi sebab dari dalam lori itu terdengar suara yang menakutkan. Masalah pun mulai timbul. Setelah diperiksa, di dalam lori tersebut terdapat banyak mayat. mereka mati akibat dipaksa menelan bungkusan kecil dadah dan kepanasan. Dan anehnya mayat tersebut hidup kembali dan berubah menjadi.... zombie!!
USED CAR
Seorang wanita yang mempunyai use cars. Dia memperbaiki kembali kereta yang sudah rosak akibat kemalangan untuk dijual kembali. pada malam hari selepas use cars tutp, dia melihat kamera CCTV dan mencari anaknya menghilang di antara kereta-kereta itu. Ketika dia mencari anaknya, tetiba muncul makhluk-makhluk aneh yang akhirnya membawa dia pada kenyataan tentang anaknya yang terperangkad didalam enjin kereta dan mati.
PEOPLE ON SET
Part ni yang ayu suka... hehe. ada satu set tempat syuting, seorang artis pembantu, yang dimake up macam hantu dan kena belakon sebagai hantu, tiba-tiba sakit dan kena bawa ke hospital. Padahal masa tu adalah pengambaran scene terakhir. Selang beberapa jam, salah satu kru call kru di tempat syuting bahwa pelakon pembantu itu meninggal di hospital. Tiba-tiba, entah kenapa pelakon pembantu tadi datang ke lokasi syuting dan meminta agar scene terakhir harus tetap dilakukan.



*5 STAR