Selasa, 17 November 2009

Movie 2012

sabtu lepas saya gi tengok wayang cerita hampir 3jam ni.. memula ingatkan ½jam ajer :P... best juga cita ni.. walaupun sesetengah pihak mengatakan kita yang orang `islam` tak patut tengok, saya tengok juga. hanya sekadar hiburan mari cuti...

Synopsis
Filem 2012 berkisarkan tentang kemusnahan dunia pada 21 disember 2012 akibat pelbagai bencana alam seperti letusan gunung berapi , tsunami dan taufan yang berlaku serentak. Dunia dikatakan telah kiamat seperti ramalan dalam kalendar kuno kaum Mayan. Filem arahan Roland Emmerich ini mengisahkan Jackson Curtis (lakonan John Cusack) seorang penulis berusaha untuk menyelamatkan keluarganya dan orang sekelilingnya daripada malapetaka. Adrian Helmsley (Chiwetel Ejiofor) seorang saintis turut sama berusaha untuk menyelamatkan dunia. Untuk itu kerajaan telah membina kapal untuk menyelamatkan manusia namun usaha ini masih membayangkan jiwa tamak yang ada dalam diri sesetengah manusia apabila wang masih menjadi syarat untuk diselamatkan. Sementara Curtis menggunakan pengetahuannya tentang ramalan kuno ini bagi memastikan dia dapat membantu menyelamatkan manusia.

Plot
Berlaku bencana seluruh dunia yang menuju kepada hujung dunia dan mempunyai orang yang mungkin terselamat berusaha sedaya upaya untuk meneruskan kehidupan mereka. filem itu mendapat inspirasi oleh beberapa hipotesis menyatakan yang bahawa kaum mayans purba meramalkan peristiwa kiamat akan berlaku di sekeliling musim sejuk solstis 2012





i like this gul... soooooo cute... Morgan Lily..


*4 star