Rabu, 25 November 2009

projek kemarin

peace be upon u... tqvm untuk anda kerana sudi masuk blog ayu... :D ayu nak kepo sikit tentang projek semalam... lepas balik keja dalam 17:30 ayu n encek tunang je `SERAMBI MEMPELAI` untuk test baju nikah warna PUTIH... masuk2 je kedai zam ni, alamakkkkkk cantiknya baju depan mata ayu ni. sesuai untuk bertunang & nikah sebab simple sangat.. earna SILVER... wahhh macam mana nih... zam dok perati je ayu dok kelebek baju tu. pas tu dia terus cakap, cantik baju ni buat nikah. lagi pun baju ni besar.. emmmmm bila tanya encek tunang dia pun cakap OK jek. cuma takut tak masuk dengan kulit dia. so ayu suh dia try baju laki dulu... zam siap bagi pakai sampin lagik... baju tu agak sendat sikit sbb encek tunang agak berbadan besar, pas tu ayu pulak tyr. memang besar baju perempuan. kain saja lebih 2 jegkai. besar sungguh.. ayu kapit dengan pin beso tu sampai bengkok la.. sambil pakai pun dok terlondeh... ekekek... cantik jugak... so ayu ambil keputusan untuk ambil baju silver tu buat nikah. putih cabcel, lagi pun desing baju putih ayu tak berapa berkenan sebab cekak lengan. tak pe kan... lagi pun nanti sanding ayu pakai putih...

malam lepas mandi n solat projek lekat gambar2 kat frame baru beli nih... emmm saja ayu buat hitam putih.. nak dijadikan cerita belakang frame ni ketat nak buka. hanya line kanan sekali tu saja yang mampu ayu buka, tengah n kiri tak boleh. nanti2 la kena minta pertolongan abah n mak jugak. so ayu malas nak kacau diorang malam-malam ayu letak dibahagian luar sahaja... nampak sweet la...



masa ayu dok bz kira kad dengan mak sambil menerap, sempat lagi ayu conteng KAKI MAK yang tembam tuh dalam masa 2 saat... hehehehe.. sory mak..

Selasa, 24 November 2009

PUASA SUNAT

wahhhh... banyak betul ayu post ari ni.. disebabkan esok n lusa nak posa (8 & 9 Zulhijjah), meh kita kongsi sikit cita2 posa sunat nih...

Diantara hari-hari yang disunatkan untuk berpuasa dalam Islam adalah seperti berikut:
1. Puasa enam iaitu puasa yang dijalankan selama enam hari dalam bulan Syawal. Puasa ini dilakukan sehari selepas 1 Syawal sama ada secara berturut-turut atau tidak.
2. Puasa awal bulan Zulhijjah dari 1 haribulan hingga 8 haribulan Zulhijjah.
3. Puasa pada hari Arafah iaitu pada 9 haribulan Zulhijjah.
4. Puasa pada 9 haribulan Muharram.
5. Puasa pada Hari Asyura iaitu pada 10 haribulan Muharram.
6. Puasa dalam bulan Rejab mengikut kemampuan berpuasa.
7. Puasa dalam bulan Sya'ban kecuali pada hari syak iaitu 30 haribulan Sya'ban.8. Puasa pada tiap-tiap hari isnin dan khamis.
9. Puasa tiga hari pada tiap-tiap hari bulan Qamariah.

Puasa enam hari pada Syawal - Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang berpuasa Ramadan dan kemudian meneruskannya dengan enam hari pada bulan Syawal, akan mendapat ganjaran seolah-olah dia berpuasa setahun. (Riwayat Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Ibn Majah).

Ibnu Qudamah menyebut dalam kitabnya, Mughni riwayat Said dari Sauban r.a, berkata sabda Rasul SAW: “Sesiapa berpuasa Ramadan sebulan bersamaan sepuluh bulan dan puasa enam hari pada Syawal, maka sempurnalah setahun”. Ini bermakna satu kebajikan digandakan sepuluh dan enam hari dengan ganjaran enam puluh hari, Demikianlah dua belas bulan, iaitu setahun. (Mughni 3/173).

Imam Nawawi ketika mengulas hadis di atas berkata, “Ini adalah bukti jelas bagi Imam Syafie, Imam Ahmad dan Daud menjadi alasan menggalakkan kita berpuasa enam hari dalam bulan Syawal”. (Syarah Muslim 8/56).

Ulama berbeza pendapat mengenai puasa berturut-turut atau sebaliknya. Pengarang kitab Al Hidayah dan lain-lain menyarankan supaya dilakukan berturut-turut. Namun, Imam Abu Hanifah dan sebahagian daripada ulama mazhab Syafie antaranya Abu Yusuf dan lain-lain mengatakan bahawa dipisahkan adalah lebih baik dan disunatkan kerana dapat membezakan dengan puasa penganut Kristian dan juga dapat meraikan kaum keluarga. (Maarif Sunan Syarah Tarmizi 6/121).

Puasa Muharam
Dari Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda: “Sebaik-baik puasa selepas Ramadan ialah puasa bulan Muharam dan sebaik-baik solat selepas solat lima waktu ialah solat malam. (Muslim 1/474). Waktu yang terbaik ialah pada 9 dan 10 hari bulan. Ia berlaku sepanjang Muharam dan 10 Muharam mempunyai hak khusus tersendiri.

Puasa Hari-Hari Putih
Iaitu pada 13,14 dan 15 setiap bulan Islam. Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW pernah berpesan dengan tiga perkara: Puasa tiga hari setiap bulan, dua rakaat solat Duha dan solat witir sebelum tidur (Hadis Bukhari).

Syekh Ruyani berpendapat bahawa berpuasa tiga hari setiap bulan adalah sunat dan lebih afdal jika bertepatan dengan hari-hari putih (13,14 dan 15 setiap bulan Islam). Ia dinamakan hari-hari putih kerana keceriaan malamnya dengan pancaran bulan penuh. (AlMughni 3/177)

Dari Abdullah Bin Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Berpuasalah pada setiap bulan, tiga hari kerana satu kebajikan digandakan sepuluh kali ganda. Yang demikian itu seumpama kita berpuasa setahun. (Hadis Bukhari, Muslim).

Dalam riwayat lain sabda Rasulullah SAW bermaksud, “Sesiapa berpuasa Ramadan bersama tiga hari setiap bulan akan mendapat pertolongan pada hari yang sangat dahaga ia hari Mahsyar.

Puasa hari Arafah pada 9 Zulhijjah
Dari Abu Qatadah bahawa Rasulullah SAW pernah ditanya mengenai puasa hari Arafah. Jawab Baginda: “Pengampunan dosa bagi tahun lalu dan tahun akan datang. (Hadis Muslim 1/473). Bagi berwukuf di Arafah pula kebanyakan ulama sepakat mengatakan bahawa mereka sunat berbuka puasa.

Imam Hanafi dan Maliki berpendapat adalah makruh bagi jemaah haji yang berpuasa pada hari wukuf dan hari tarwiyah (8 Zulhijjah).

Imam Hambali pula berpendapat bahawa sunat berpuasa bagi jemaah haji jika mereka berwukuf pada waktu malam dan makruh bagi mereka yang wukuf siang hari.

Bagi Mazhab Syafie pula bagi penduduk Makkah yang berwukuf pada siang hari, berpuasa adalah tidak digalakkan dan harus bagi yang berwukuf di sebelah malam. (Fiqh 4 Mazhab 1/505). Adapun puasa Arafah sudah diketahui umum bagi semua yang mengerjakan haji atau sebaliknya. (Fath 4/237).

Puasa hari Asyura (10 Muharam)
Dari Abdullah Bin Abbas ra bahawa ketika Rasulullah SAW sampai ke Madinah, beliau mendapati orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Nabi bertanya, “Apakah gerangan hari ini sehingga kamu berpuasa?“. Maka mereka menjawab: “Hari ini adalah hari yang besar di mana Musa diselamatkan dari kaumnya, tenggelamnya Firaun dan kaumnya. Musa berpuasa kerana mensyukuri dan kami berpuasa”. Selepas mendengar itu Nabi SAW pun bersabda, “Kami lebih utama berpuasa dari kamu dan Nabi SAW berpuasa dan menganjurkan kita berpuasa”.

Dalam riwayat Abu Qatadah ra bahawa apabila Nabi SAW ditanya mengenai puasa Asyura beliau menjawab, “Mendapat keampunan setahun yang lampau”. (Hadis Muslim 1/459). Dalam riwayat lain sabda Nabi SAW, “Puasalah hari kesembilan dan kesepuluh, janganlah kamu samakan dengan kaum Yahudi.

Ada yang berkata, berpuasa 9 Zulhijah sudah memadai kerana dosa dua tahun sudah terhapus. Sheikh Abd Hamid berpendapat bahawa dosa adalah seperti ‘air sungai yang mengalir’. Oleh itu, puasa dan taubat adalah ubat mujarab untuk dosa berkenaan. Ada dosa yang tidak diampun kecuali dengan puasa Asyura. Begitulah sebaliknya dan tiada yang mengetahuinya melainkan Allah SWT.

Puasa Isnin dan Khamis
Dari Abu Qatadah r.a bahawa Rasulullah SAW ditanya mengenai puasa Isnin dan Khamis. Baginda menjawab: “Padanya aku dilahirkan dan padanya mula-mula diturunkan wahyu padaku. (HR Muslim 1/474). Dalam riwayat Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda: “Diangkat amalan seseorang pada Isnin dan Khamis, maka aku lebih suka amalanku diangkat dalam keadaan aku berpuasa”. (Hadis Tarmizi).

Dalam riwayat lain daripada sebahagian isteri Baginda ada mengatakan bahawa Rasulullah SAW berpuasa 9 dan 10 Zulhijjah, tiga hari setiap bulan Islam serta Isnin dan Khamis pada setiap minggu. (Hadis Abu Daud)

Puasa Nabi Daud AS
Rasulullah SAW bersabda: “ Tidak ada puasa yang lebih baik selain puasa Nabi Daud AS. Beliau berpuasa sehari dan berbuka sehari. (Hadis Bukhari). Dalam hadis lain, Rasul SAW bersabda: “Puasa yang paling disukai Allah ialah puasa Nabi Daud AS. Beliau berpuasa sehari dan berbuka sehari. Dia juga tidur dan menggunakan satu pertiga malamnya saja untuk berqiamullail. (Hadis Nasai, Abu Daud).

Untuk makluman, semua puasa sunat berkenaan dilarang bagi yang bergelar isteri kecuali mendapat keizinan suami masing-masing kerana menunaikan hajat suami adalah wajib. Maka hukum syarak mengatakan hendaklah didahului yang wajib.

Phobia 2 (thai seram!!!!)

sabtu lepas jugak selepas gi barang2 kat Ato z & NONA, tegok cita ni.. sebenonyer encek tunang nak tengok last week masa tengok 2012, tapi ayu bekeras jugak, so ayu menang.. kat poster cita phobia ni siap tulis SERAM 18PL. Memang seram, (tengah menaip ni pun bulu roma terangkat dok ingat cita tu). best tapi nak muntah (sebab tengah makan big mac)... ada 5 cerita dalam 1 filem... penat jugak n terjerit-jerit sebab dok tekejut. siap tutup mata lagik.. :p

Titles of each part.
1. Backpackers
2. Used Car
3. People on Set
4. Thorny Palm tree
5. Shared Room



`toey` baby boy ni yang berlakon dalam iklan DUMEX.. cute sangat...
part depa ni yang buat ayu gelak gila2.. lawak siot...
THORNY PLAM TREE
seorang remaha yang bernama Pey, 14 tahun, yang dihantai oleh ibunya untuk menjadi sami di pedalaman Thailand karana kenakalan remajanya yang menyebabkan orang lain menjadi terbunuh. Pada suatu malam ketika dia merasa lapar dan tidak jumpa makanan, akhirnya dia memutuskan untuk mengambil makanan disembah yang dipercaya oleh masyarakat sekitar untuk persembahan Hantu Lapar. Pey sudah diperingatkan bahawa karma (hantu lapar) itu ada. Walaupun tidak jadi makan, banyak sekali kejadian yang selepas itu. Banyak kejadian aneh yang akhirnya menunjukkan bahwa karma itu ada.
SHARED ROOM
tentang seorang lelaki yang dirawat dihospital akibat kemalangan yang mengakibatkan kedua kakinya patah. Sebenarnya dia nak masuk bilik VIP, tapi sayangnya semua bilik penuh. Akhirnya dia kena duduk di dalam bilik bersama seorang orang tua (lelaki) dan sebelah lagi katil kosong. Tetapi, orang tua tu otaknya sudah tidak dapat berfungsi dan badanya langsung tak dapat bergerak, tapi masih boleh bernapas. Itu pun sebab dibantu oleh alat pernafasan. Pada malam terakhir bagi laki tersebut di hospital itu menjadi malam yang mengerunkan apabila orang tua itu bagun mencekeknya.
BACKPACKERS
Ada dua orang remaja dari Jepun yang mencari kendaraan dari Samui Island ke Bangkok. Dari beberapa kendaraan yang lewat, akhirnya ada satu lori ais yang memberi mereka tumpang. Di tengah perjalanan, lori ais itu berbelok ke jalanan yang sepi sebab dari dalam lori itu terdengar suara yang menakutkan. Masalah pun mulai timbul. Setelah diperiksa, di dalam lori tersebut terdapat banyak mayat. mereka mati akibat dipaksa menelan bungkusan kecil dadah dan kepanasan. Dan anehnya mayat tersebut hidup kembali dan berubah menjadi.... zombie!!
USED CAR
Seorang wanita yang mempunyai use cars. Dia memperbaiki kembali kereta yang sudah rosak akibat kemalangan untuk dijual kembali. pada malam hari selepas use cars tutp, dia melihat kamera CCTV dan mencari anaknya menghilang di antara kereta-kereta itu. Ketika dia mencari anaknya, tetiba muncul makhluk-makhluk aneh yang akhirnya membawa dia pada kenyataan tentang anaknya yang terperangkad didalam enjin kereta dan mati.
PEOPLE ON SET
Part ni yang ayu suka... hehe. ada satu set tempat syuting, seorang artis pembantu, yang dimake up macam hantu dan kena belakon sebagai hantu, tiba-tiba sakit dan kena bawa ke hospital. Padahal masa tu adalah pengambaran scene terakhir. Selang beberapa jam, salah satu kru call kru di tempat syuting bahwa pelakon pembantu itu meninggal di hospital. Tiba-tiba, entah kenapa pelakon pembantu tadi datang ke lokasi syuting dan meminta agar scene terakhir harus tetap dilakukan.



*5 STAR

sabtu, isnin, selasa...

layan pic terbaru... hehehehe :D

kanan baju keja kemarin, kiri baju keja ari ni.. rasa macam dah susut sikitttttt.. hehehe.. sekarang taget tiap minggu 1kg kena turun... alham dulillah. kemarin timbang dengan jiji turun jugak aku 1 kg...
semalam posa. nak cari popia basah kat parit buntar, sekali tutup, so encik tunang belikan kfc set xmeal ni kau aye... buger tak abis makan sbb kenyang sangat2, nanti balik leh makan...
kad kawin dari dya (borak forum cari) yang akan melangsungkan perkahwinannya pada 12.12.2009, (tarikh ayu nikah :D )... tq dya.. so sweet kad dya..
hari tu gi last shopping tuk persiapan kawin, sekali sakittttttt kaki... cari pesen ni jek yang boleh sebab kaki aye tembam, so kena cari peten terbukak... sebenonye lama nak kasut warna merah, sekali yang tengok ari tu dah tak da... masa encik tunang bz kat mc`d sempat sambar kasut yang beharga 19 hengget... hahaha... tak penah dapat harga ni kat vincci :))
bunga gantung, beli kat NONA. cute, nak gantung kat katil masa nikah nanti, sbb pelamin tak da. so, bilik nanti sakan la aye memproses..
lepas masuk Ato Z, majuk sikit kat encek tunang, cari dia tak jumpa, tengok2 masuk 7E kat sebelah, apa lagi, aye sambaq eskerin murah, sekali encek tunang letak yang murah dia ambil cornetto la...hehehe..

deZahra tipu!!!!???

hi... hemmmm last 2week ayu ada pesan tudung dezahra ni. disebebkan warna BIRU yang boleh masuk dengan suar jin, ayu beli. tapi bila sampai, @#$%&*?! gerammmm la... warna HIJAU??? kenapa diaorang tak bagi tau tak sama dengan warna asal tu? walaupun kesalahan tu dari kemera, bagi la tau or buat note sikit bagi tau warna tak sama.. sekurang-kurangnya ayu buat pilihan lain. tapi nak menyesal pun tak guna. yang ayu marah sangat warna hijau tu, tak da langsung baju-baju ayu warna tu..... hemmmm so lepas ni kena ambik iktibar la yer... tanya betul-betul warna dia...

tudung dezahra ni memang sedap pakai, seebab tu ayu ada banyak tudung dia... walau pun frust, jumpa camera tetap control cung.... :p

warna di web dezahra

Ahad, 22 November 2009

20 hari lagi....

peace be upon u... 20day??? OMG... dah nak jadi binik orang dah... pssstt my fiance tak sabar nak jadi my husband tapi gementar bila fikir "apakah pertanyaan tok kadi masa akad nikah nanti?" InsyaAllah, semoga semua berjalan dengan lancar. amin... saya pun sebenornye tak sabor :P





setelah `bertahun` tak pernah ambil gambar berukuran pasport, akhirnya hari ni kena jugak ambil tuk isi borang.. muka macam baru lepas mandi sbb mata merah!! lately ni mata cepat merah la.. menciiiiiii... lawak je tengok pic ni.. lagi kaya dengan pipi! tapi bila dicomper dengan pic lama, amat la berbeza... dulu muka comey keremajaan, lagi berumur, makin tak comey je aku tengok!!!!



Rabu, 18 November 2009

hari ni.....


bosan+boring+sedih malas nak mem`blog`kan diri.. tapi nak post jugak :-(

Selasa, 17 November 2009

Movie 2012

sabtu lepas saya gi tengok wayang cerita hampir 3jam ni.. memula ingatkan ½jam ajer :P... best juga cita ni.. walaupun sesetengah pihak mengatakan kita yang orang `islam` tak patut tengok, saya tengok juga. hanya sekadar hiburan mari cuti...

Synopsis
Filem 2012 berkisarkan tentang kemusnahan dunia pada 21 disember 2012 akibat pelbagai bencana alam seperti letusan gunung berapi , tsunami dan taufan yang berlaku serentak. Dunia dikatakan telah kiamat seperti ramalan dalam kalendar kuno kaum Mayan. Filem arahan Roland Emmerich ini mengisahkan Jackson Curtis (lakonan John Cusack) seorang penulis berusaha untuk menyelamatkan keluarganya dan orang sekelilingnya daripada malapetaka. Adrian Helmsley (Chiwetel Ejiofor) seorang saintis turut sama berusaha untuk menyelamatkan dunia. Untuk itu kerajaan telah membina kapal untuk menyelamatkan manusia namun usaha ini masih membayangkan jiwa tamak yang ada dalam diri sesetengah manusia apabila wang masih menjadi syarat untuk diselamatkan. Sementara Curtis menggunakan pengetahuannya tentang ramalan kuno ini bagi memastikan dia dapat membantu menyelamatkan manusia.

Plot
Berlaku bencana seluruh dunia yang menuju kepada hujung dunia dan mempunyai orang yang mungkin terselamat berusaha sedaya upaya untuk meneruskan kehidupan mereka. filem itu mendapat inspirasi oleh beberapa hipotesis menyatakan yang bahawa kaum mayans purba meramalkan peristiwa kiamat akan berlaku di sekeliling musim sejuk solstis 2012





i like this gul... soooooo cute... Morgan Lily..


*4 star

Dah dekat!!!

wahhhhhhh dah dekat dengan tarikh kawin nih.... nikah lagi 25 hari jer.... pejam celik... majlis lagi 32, 1 bulan... kad tak adar lagi sbb kad ada kat KL lagi!!! cek bang ooiii cepat la balik.... tak sabo nak tengok kad nih.. thank`s to anum n hubby yang sudi menghabiskan masa malam sunday tuk send kad to my fiance... baju nikah tak tau lagi macam mana qupa, kemarin call zam, baru nak tengok, saiz saya ada kot, takut badan cik abe yang tegap tu tak da saiz jer :p .... sekarang dok servey kedai bunga nak buat tepak sireh.. hemmm apa lagi yek... hataran kak zira buat, simple je sebab bajet rendah sangat... pengantin bajet la katakan.. huhuhuhu... semoga semua berjalan dengan lancar amin...

*my fiance, I MISS U....

Jumaat, 13 November 2009

Nur Kasih Episod 22

~NUR KASIH~

Sarah semakin rancak meracuni fikiran Aliya supaya Aliya melihat sendiri keakraban Aidil
dan Nur. Sarah kata pada Nur, menurut Aliya, Aidil masih simpan perasaan terhadapnya.
Dan ini meretakkan hubungan mereka. Nur pinta berjumpa dengan Aidil untuk
penjelasannya. Aidil berkata dia hanya simpan perasaan terhadap Nur sebagai seorang
adik. Aidil mengiyakan dia pernah menyayangi Nur dahulu. Tanpa pengetahuan mereka,
Sarah dan Aliya mendengar perbualan mereka. Pucat lesi muka Aliya. Adam juga ada
mendengar perbualan itu. Sambung Aidil, Nur seorang wanita yang sempurna, dan
sangkanya dia akan dikahwinkan dengan Nur, sebaliknya yang berlaku. Dia rela
berkorban melepaskan wanita yang disayanginya untuk adiknya. Aliya tidak dapat
mendengar lagi, lalu pergi. Adam sebak mendengar pengakuan abangnya dan pergi juga.
Aidil berkata perkara yang lepas sudah dilupakannya. Jodoh Nur bersama Adam, dan dia
bersama Aliya itu sudah tertulis. Nur lega akan penjelasan Aidil, dan Sarah tersenyum
sendiri.

Khamis, 12 November 2009

30 hari lagi...


lagi 30 hari tuk ayu jadi wife kepada mohd kazrul kamal... emmmm dah nak jadi wife orang dah... mampukah saya jadi wife yang terbaik? InsyaAllah, sebaik boleh saya lakukan untuk menjaga nama baik suami saya dan menjadi wife yang terbaik (walau pun tak pandai masak :-( )... amin..

Isnin, 9 November 2009

sakit kepala sebab MIGRAINE!!!

Assalamualaikum... hemmmm penyakit lama saya dah datang setelah betahun tak sakit. mula2 saya dapat sakit ni masa saya kat PLP, n masuk wataniah, mungkin disebabkan dok tepacak kat matahari selalu & tido tak cukup. masa tu saya ingat sakit kepala macam biasa ja, tapi bila jumpa doc dia cakap migraine la.. hanya ditampung dengan ubat tahan sakit @ aktif fast ja... hari sabtu malam lepas, saya dah berasa lain, bila bagun dari katil rasa pusing n macam nak pitam, kepala bedenyut tak henti, hemmmm dah mula mengeluh.. saya seorang yang tak suka sakit, bila sakit je saya akan pastikan makan ubat sampai abis... tak suke tak suke... hari ahad lagi menjadi2, bila matahari terbit ja, mula dah bedenyut, kekadang belah kanan kekadang kiri.. pagi ahad tu masa cakar sampah kat laman rumah ok lagi, siap berpelu2, tapi bila mata terpandang matahari ja, kepala dah mula berdenyut, rasa macam nak pitam, tapi nasib baik ada nyanyiow teman.. :D petang tu saya keluar ngan tunang cari cincin, lagi menjadi2, belakang kepala rasa macam kena hantuk! bila turun tangga dah mula pening. hemmmm sakitnya Tuhan saja yang tau.. naik malam dok menjadi jugak... masa balik nasib bukan saya yang drive keta, bila buang spek mata ni rasa kurang sikit bedenyut.. tapi tak pi cari ubat pun.. sampai kehari ni, bangun pun kena slow, tak leh terus bangun, kot2 nanti pengsan sapa plak la nak angkat tong drum nih... Sebab sakit, hemmmm sebenornya makin hari, makin tension dengan keja yang banyak, wedding preparation, keta, bajet lagi n lagi la... semua saya kena pk.. letih+penat+tension=migraine la jawabnya... hemmmmmm letihkan nak kawin ni... tak semudah yang disangka, sbb saya yang buat sendiri semuanya... :_( Ok, kat bawah ni ada sikit cita tentang penyakit ni.. sama2 kota kongsi k...

MIGRAINE
Migrain juga dikenali sebagai hemikrania, perkataan Greek yang membawa maksud sebelah tengkorak. Ia juga dikenali sebagai vascular headache.

Sakit kepala yang berlaku berulang, berdenyut-denyut selalunya terjadi sebelah kepala sahaja. Ada juga yang bermula di sebelah kepala sahaja dan kemudiannya melarat kedua-dua belah kepala. Dalam kes yang teruk, migrain menyebabkan pening (nausea), muntah, cirit-birit, pengekalan cecair badan (retention of fluid) dan sensitif kepada bunyi dan cahaya. (saya dah sakit kedua2 belah...)

Jenis-jenis migrain yang utama
1 - Classic migraine
Lebih kurang 10% hingga 15% pesakit migrain mengalami migrain jenis ini. 10 hingga 30 minit sebelum berlakunya migrain, tanda-tanda awal (warning) berlaku. Tanda-tanda ini dikenali sebagai aura atau prodrome dan ia berlaku selama 5 - 15 minit. Tanda-tanda aura ini adalah seperti berikut: terlihat cahaya terang (bright spots), garisan zigzag (zigzag lines), penglihatan berganda (double vision), buta sementara (temporary blindness), kebas (numbness), kepala terasa berpusing (dizziness), pening (drowsiness), sukar bercakap (slurred speech) dan keliru (confusion). Selepas tanda-tanda ini hilang, migrain mula menyerang.
Aura dikatakan disebabkan oleh saluran darah yang menghantar darah ke otak dan tisu sekelilingnya mengecil sementara, jadi menghad penghantaran darah ke bahagian tersebut. Ini menyebabkan gangguan pada saraf rasa dan pengawalan motor. Bagaimanapun ada juga yang mengatakan bahawa aura bermula di sistem saraf – satu fenomena yang dikenali sebagai “spreading depression of the cortex”. Ada kajian yang menunjukkan bahawa pengaliran darah hanya bertambah beberapa jam selepas aura terjadi dan sakit kepala bermula.
2 - Common migraine
Tanpa amaran awal terlebih dahulu seperti classic migrain. Lebih biasa terjadi.

Sebab-sebab terjadinya migrain
Ia berlaku bila saluran darah mengembang dan mengecut dengan cepat. Migrain juga dikaitkan dengan proses pembengkakan (inflammasi). Kenapa ia berlaku sedemikian masih belum dikenalpasti secara jelas. Bagaimanapun, beberapa perkara penting yang menyebabkan fenomena ini berlaku adalah seperti yang dinyatakan di bawah:

Keturunan
Saluran darah individu tertentu tidak begitu sensitif kepada kesan-kesan penyejukan (effect of cooling). Membran platlet pula tidak mampu mengekalkan serotonin dengan effektif (serotonin adalah bahan kimia dalaman yang boleh mengecutkan saluran darah).

Pemakanan

  1. Makanan yang mengandungi monosodium glutamate MSG (seperti Ajinomoto), cheese, nitrate, coklat, kekacang, alkohol dan aspartame boleh menyebabkan migrain. Ada antara makanan ini yang mengandungi tyramine atau phenylethylamin yang boleh bertindak mengembangkan saluran darah, jadi menyebabkan migrain.

  2. Kemungkinan juga makanan ini menyebabkan reaksi allergik yang akan menyebabkan migrain.

  3. Diet yang menurunkan kandungan gula dalam darah mungkin menyebabkan migrain.Ini kerana kandungan gula yang rendah menyebabkan saluran darah mengembang.

  4. Tidak makan atau lambat makan mengikut waktu juga boleh menyebabkan terjadinya migrain. [ betul... huhuhuhuhu :_( ]

  5. Orang yang kerap meminum minuman yang mengandungi kaffein seperti kopi, teh, nescafe, coca-cola dsb selalu menghadapi “caffeine withdrawal syndrom” bila mereka cuba menghentikan tabiat mereka secara mendadak. Sindrom ini sama dengan migrain. Ini adalah kerana kaffein menyempitkan saluran darah, dan pemberhentiannya akan menyebabkan saluran darah mengembang. (saya memang dah tak minum nescafe, cepat petul tangkat saraf otak nih!!!)

Hormon

Turun naik hormon wanita, oestrogen, dikaitkan dengan kejadian migrain. Migrain mungkin tidak disebabkan oleh oestrogen secaraterus, tetapi disebabkan oleh paras oestrogen yang tidak menentu naik dan turun:

  1. Mengandung. Selalunya kejadian menurun semasa mengandung.

  2. Haid. Ramai wanita yang mengalami migrain sebelum, semasa dan selepas datang haid. (betul la, saya datang hiad hari sabtu)

  3. Pil perancang. Ada pil perancang yang mengandungi oestrogen. Ini boleh menyebabkan migrain.

  4. Menopause (putus haid). HRT (hormone replacement therapy) yang menggunakan hormon termasuk oestrogen menyebabkan mereka yang mengambilnya mengalami migrain.

Cara hidup

  • Berlaku pertukaran dalam masa tidur dan jaga. Terlebih atau terkurang tidur juga menyebabkan migrain. (tido lambat, bangun awal...)

  • Pemakanan yang tidak teratur (lihat di atas).

  • Pengambilan ubat.
    - Ubat yang menyebabkan saluran darah mengembang boleh menyebabkan migrain. Begitu juga dengan beberapa persediaan herba seperti yang mengandungi ginkgo biloba.Penggunaan berlebihan ubat migrain juga boleh menyebabkan migrain. (ubat diet saya makan sekarang, mungkin ada kesan )

Penyebab-penyebab lain

  • Perubahan cuaca.

  • Cuaca terang matahari atau lampu. (betul.....)

  • Bunyi bising yang kuat. Bau yang kuat. (betul.....)

  • Menonton tv, memandang skrin komputer dengan lama. (betul.....)

  • Stress dan tekanan emosi. Sesetengah orang mengalami migrain selepas menghadapi tekanan emosi dan sesetengahnya semasa menghadapi tekanan emosi. (tensionnnnn)

  • Jantina. Perempuan lebih kerap (tiga hingga empat kali lebih kerap berbanding lelaki).

  • Merokok.

Rawatan
Rawatan tanpa ubat-ubatan

  • Menghadkan pemakanan dan makan secara teratur. Perempuan yang menghadapi migrain sebelum haid perlu mengurangkan pemgambilan garam kerana garam boleh menyebabkan fluid retention (lihat di atas).

  • Pengurangan stress seperti senaman yang kerap dan teratur dan mengamalkan teknik-teknik untuk mengurangkan tegangan badan.

  • Kenakan benda yang panas seperti menggunakan botol air panas ke tempat yang sakit.

  • Kenakan benda yang sejuk seperti beg yang mengandungi ais.

  • Cara hidup yang lebih teratur seperti makan secara teratur dan dapatkan tidur yang cukup.

  • Baring di tempat yang gelap dan senyap pada permulaan migrain.

  • Biofeedback. Pesakit diajar mengawal pengembangan dan pengecutan otot dan saluran darah. Teknik ini lebih berkesan jika diajar kepada pesakit kanak-kanak.

  • Rawatan lain yang mungkin boleh menolong anda ialah refleksologi (urut saraf kaki). Petua orang-orang tua seperti basahkan bahagian bawah (iaitu dari kaki ke badan dan ke kepala) dahulu semasa anda mandi mungkinjuga berkesan.(ini amalan saya dari dulu lagi, masa mula mandi tu anda pasti terasa panah keluar dari kepala & rasa tenang sedikit)


Rawatan menggunakan ubat-ubatan - ubat pemberhenti migrain

  • Vasocontrictors. Ergotamine dan dihydroergotamine mengecutkan saluran darah. Penting untuk mengambilnya pada permulaan migrain.

  • 5-HT agonist seperti Sumatriptan, Naratriptan, Zolmitriptan, Rizatriptan. Ia berfungsi dengan bertindak menggantikan fungsi serotonin.

  • Isometheptene.

  • Kombinasi aspirin + acetaminophan + caffeine.

Rawatan menggunakan ubat-ubatan - ubat melegakan migrain

  • Analgesic(ubat tahan sakit) termasuk narcotic analgesic tetapi ia boleh menyebabkan ketagihan.

  • Corticosteroid untuk migraine yang lama (sehingga 24 jam) kerana ia boleh mengurangkan inflamasi.

Rawatan menggunakan ubat-ubatan - mencegah migrain

  • Sesuai untuk yang menghadapi migrain dua kali atau lebih setiap bulan atau migrain yang terlalu teruk sehingga menganggu perjalanan hidup seharian.

  • Betablocker terutamanya propranolol melancarkan perjalanan darah.

  • Calcium channel blocker melancarkan perjalanan darah.

  • Non-steroidalanti-inflammatory drugs (NSAIDs), aspirin. Aspirin mengurangkan sakit dan juga mengurangkan pengumpulan platlet.

  • Ubat anti-depressant seperti amitryptyline boleh mengawal kandungan serotonin.

  • Riboflavin atau vitamin B2 dalam lingkungan 400mg sehari.

Rawatan menggunakan herba-herba

  • Antara rawatan herba yang digunakan untuk melegakan sakit migrain ialah St. John’s wort (hypericum), feverfew dan gastrodia. Kelebihan rawatan jenis ini ialah ia tidak melibatkan ubat-ubatan yang selalunya mempunyai kesan-kesan sampingan yang tidak baik. Bagaimanapun, rawatan herba mengambil masa yang lebih lama dan memerlukan pesakit mengambil herba tersebut untuk jangkamasa lama sebelum kesannya dapat dilihat.

TEORI MENGENAI MIGRAIN

Teori tentang migrain disebabkan oleh pengembangan saluran darah sahaja tidak boleh dibuktikan sepenuhnya. Ada yang menyangkalnya dengan bertanya sekiranya teori di atas betul, kenapa migrain berlaku di sebelah kepala sahaja.

Saraf (nervous system) bertindak balas terhadap perkara-perkara yang menyebabkan migrain seperti stress. Ini menyebabkan spasm disaluran darah yang kaya dengan saraf seperti arteri di tapak otak kepala. Spasm ini menutup atau mengecilkan beberapa saluran arteri yang membekalkan darah ke otak.

Apabila ini berlaku, pengaliran darah ke otak berkurangan. Pada masa yang sama, platlet (partikel yang berfungsi mengawal pembekuan darah) melekat antara satu sama lain dan ini menyebabkan bahan kimia serotonin dikeluarkan oleh badan. Serotonin ini mengecilkan lagi saluran darah arteri – jadi mengurangkan lagi bekalan darah ke otak.

Pengurangan pengaliran darah ke otak ini menyebabkan bekalan oksigen ke otak berkurangan. Itulah sebabnya tanda-tandanya seperti pendengaran dan percakapan yang terganggu sama seperti tanda-tanda orang yang kena strok (angin ahmar).

Bila bekalan oksigen berkurangan, ada saluran darah arteri yang membuka lebih luas untuk memenuhi permintaan tenaga daripada otak. Pembesaran saluran darah arteri ini mengeluarkan bahan yang menyebabkan kesakitan iaitu prostaglandins daripada tisu-tisu dan sel-sel darah. Bahan-bahan yang menyebabkan inflamasi (pembengkakan) seperti neuropeptides dan yang menyebabkan meningkatnya sensitiviti kepada rasa sakit juga dikeluarkan. Bahan-bahan ini dan juga menyebabkan pengembangan saluran darah arteri menyebabkan terjadinya migrain.

Jenis-jenis migrain yang lain

  • Hemiplegicmigraine – rasa lemah sebelah badan. Gene yang berkaitan dengan familial hemiplegic migraine ini boleh dikenalpasti.

  • Ophtalmoplegicmigraine – sekeliling mata.

  • Basilarartery migraine – berlaku gangguan di saluran darah arteri ke otak yang utama.

  • Benign exertional headache – disebabkan aktivit-aktiviti seperti berlari, batuk, bersin.

  • Status migraine – berlaku sehingga 72 jam atau lebih. Kesakitan yang dirasa sangat teruk.
  • Headache-free migraine – tidak sakit kepala, tetapi pening, masalah penglihatan, sembelit, cirit-birit.

Jumaat, 6 November 2009

Nur Kasih Episod 21

~NUR KASIH~
Kata Aidil itu semua cerita lama tiada lagi wanita lain dihatinya selepas berjumpa dengan Aliya. Aliya masih belum pasti, Aidil cuba meyakinkan Aliya tapi hubungan mereka terus renggang. Adam memberitahu Nur dia akan melepaskan Katrina. Nur memujuknya supaya jangan, dan bersabar. Sewaktu menunaikan solat subuh bersamasama, Katrina pengsan, mereka cuba menyelamatkannya, tapi terlambat. Menurut doktor dia meninggal kerana brain aneurism. Semuanya terkejut, tiada. Adam, Nur dan keluarga di pusara Katrina. Seolah telah menjangkakan kematiannya, Katrina meninggalkan sepucuk surat kepada Adam dan Nur, supaya berbahagia dan supaya tidak lupa yang nur kasih sebenarnya, adalah Kasih kepada Nya..
*jangan lupa tengok malam nih..... :D

Khamis, 5 November 2009

Diet!!!


boleh ke turun berat badan dalam masa 44 hari!!! (macam orang berpantang beranak pulak). buat masa 2 minggu ni berat ayu hanya turun 1 kg ajer.... huhuhuhu... bila nak turun betul.. ayu kurangkan manan & ayu berpuasa, tapi masa bebuka ayu tak makan kaw2 pun... ada tips tak? kongsikan tuk ayu....