Khamis, 27 Februari 2014

My Doctor


Masa Adam Amsyar tak sihat hampir 2 minggu dengan selsema batuk makan ubat farmasi, mama papa pun bawa gi jumpa doctor yang lalu jumpa dari kecil. pegi2 doktor ganti plak... tak pa lah.. ubat diberi yang sama juga kan...

Masa doctor periksa dada dia, dia tengok mama tengok papa sambil malu2... hahaha tak pernah tengok dia semalu itu...
 
Bab makan ubat kalau ubat farmasi yang ada gambar lebah tu memang kesukaan dia la.. minta minum sendiri... kali ni ubat dari klinik ni ok jugak, memula kena paksa la, lelama muka redha ja. pas tu minta nak suapkan sendiri tak mau dipaksa2. Untuk bagi senang minum ubat kena pakai cup ubat tu senang. pas makan letak air dalam bekas tu jugak, so baki ubat tadi yang ada dalam cup masuk jugak la ke dalam perut dia...
 
Lepas balik tu pegi rumah mak tok dia ambil wayar usb sambung lepas tu mai kat dada mama.. hohoho Adam Amsyar nak jado doctor ya... so masa pegi econsave ada nampak mainan doctor ni beli terus. alah beri yang murah ke RM5. kalo dah ok, dia mau, boleh beli hok mahal sikit....

pas tu opret buku.. hahaha...