Langkau ke kandungan utama

Cerita-cerita

Assalamualaikum.... hoho nak update jugak walaupun tak da banyak cerita...

Hari ni cukup 6 hari hantar Adam Amsyar ke PDK Harmoni... Alhamdulillah.. walaupun asyik menagis ja pepagi bila nak masuk pintu PDK akhirnya hari ni dia masuk dengan tenangnya dan dalam masa yang sama melegakan hati mama papa yang risau tengok asyik teriak ja....


Bab makan anak teruna ni susah sikit. memilih, tapi ada time tu dia makan ok ja. macam hari tu cikgu tu kata buat bubur nasi makan 2 kali. Ada time tak mau makan, so mama bekalkan roti sapu jem stbry, sebab tu fevret dia... waktu balik sebelum sampai rumah mak tok belikan air kotak dengan roti.

Sekarang ni kat rumah mak tok ka rumah mama ka, ada ja dia buat gaya tarian senyap.. maklumlah tak dengar suara tapi pergerakkan ja yang banyak. nanti mama tanya cikgu ye Adam menari lagu apa...

Dah masuk 2 minggu selsema + batuk. kahak pekat tak keluar. harap Adam cepat sembuh ya sebab Adam mudah dapat selsema batuk ni... so kena beli susu NAN balik. ari tu saya stop pakai lain, nampak macam tak ngam...

Sabtu lepas ajak en papa gi pasar malam. Lama sungguh tak jejak pasar malam sejak Adam Amsyar nak mau orang pegang time berjalan. so kena la salah sorang pegi. tapi sabtu lepas Adam baik je.. tq sayang mama.

Mama ni bila dok kat pasar malam mula la tamak, tau beli apa? yong tau fu, laksa, bihun goreng, mutabak (Adam+Papa je) sate. jenuh makan. tapi tak abis, simpan dalam peti esok sambung. Tengok2 ada orang jual udang ni. sekilo RM40, so beli setengah kilo, dapat dalam 18 ekor. Petai RM3, memula pelik kenapa murah, rupanya petai hutan sebab pahit, tapi tak pait sangat bila masak.


So berangkut la barang nak masak fi rumah mak. nak masak rumah mak sebab nak resepi sambal petai mak. pakai udang mak, aku buat keja sorang2 kat dapur sebab mak tolong abah buat keja kat stor.. Udang tu buat goreng kunyit.. en papa la orang paling makan lalu.. hehehe...

 
Balik rumah buat udang ni lagi sikit yang ada kat rumah untuk makan malam. Adam pun suka la kalu buat goreng kunyit nih...

Minggu lepas juga dalam jumaat kot, terima barang dari skynet. entah la barang apa, kotak beso tapi ringan...




 
!
 
 
 
 
 
 
!
 
 
 
 
 
 
!
 
 
 
 
 
 
!
 
 
 
 
 
 
!






Pempers dari DRPERS. ini hasil simpanan bar kod, kumpul pas tu tebus. diorang buat setahun 2 kali kot untuk tebus. sebelum tu kena jadi Family Club Drypers dulu ye... untuk jadi ahli dapat macam2. kalau time besday anak dapat hadiah lagi.... TQVM Drypers...

Catatan popular daripada blog ini

Ekzos Bocor

Salam.. keta aku dah lama ekzos bocor. ada kot dlm 4-5 bulan lepas. macam mana boleh tau? kalo korang perasan, akan kedengaran bunyi semacam bila dok dalam keta or kat luar (ekzos) itu lah berlakunya kebocoran. aku ni beragak-agak nak pi. so kemarin my laling sudah ajak, ikut la sekali. kena RM80. layan cita bergambar ini ya...
keta baru diangkat
my laling, auw sexsi bang...

kebocoran . . .

tengok!! besaq kan? orang tu pun tekejut, laki aku pandang aku, aku? buat besaq mata... org tu cakap produa pakai besi nipis. memang nampak kenipisannya hokeh!

sudah dibugilkan

tara!! dah psang yang baru (standat) tak mo la buh macam2, habis duit ja. kan???

tup-tup aku jalan depan sikit, perasan plak yang tong besar ekzos ni berpotensi untuk bocor jugak. so minta org tu welding sikit. hemmmmm.. keta ok keta...

Berhati-hati dengan Minyak Angin

copy from my friend...
Ini untuk pengetahuan awak dan bolehlah awak sampaikan atau pesan kepada kawan-kawan tanpa mengira kaum agar apa yang berlaku kepada anak saya tidak berulang kepada anak kawan-kawan kita dan juga umat manusia seluruhnya.
Ahmad Tarmizi Ahmad Basri (anak kesayangan saya yang kelima) 3 tahun
17/08/04 - Deman biasa dan dibawa ke klinik untuk perubatan
18/08/04 - Masih deman dan perut kembong akibat tak selera makan kerana sakit tekak
19/08/04 - Saya kurang senang dengan kesihatan anak saya dan bawa dia berjumpa doktor pakar.
Setalah diperiksa soalan pertama yang doktor tanya kepada saya serta isteri saya ialah...'ada sapu apa-apa minyak di perut' bererti sebagai doktor dengan ilmu kedoktorannya dia tahu bahawa puncanya adalah disebabkan minyak angin.Anak saya dimasukan ke wad. Dia dalam keadaan koma tanpa membuka mata, berkata-kata, bergerak dan pernafasan pun dibantu dengan alat penafasan oksigen. Darah,kencing diambil bagi tujuan pemeriksaan.
Keputusan pemeriksaa…

mata memangdang matalah puncanya

wahhh.. belagu nurkumalasari aku pagik2...

salam korang...

aku besiaran dari opis. (sambil memandang pintu bos aku) kekekeke... ari tu pas aku check adam, aku ngan en somi pi klinik mata di hospital bukit mertajam. doc check mata aku (perempuan melayu, umo 30+, kurus, baik :D)

doc : emmm ada selaput kat belah idong, 2 belah no.
aku : a ah dokte
doc : dari bila?
aku : dari peknen lagi. dulu masa saya peknen 5 bulan ada mai jugak, doc cina pompuan cakap tak boleh opret n bagi ubat yang kuat sbb saya tengah peknen. doc tu cakap lagi mei pulak lepas bersalin kalo tak hilang. tu yang saya mai ni.
doc : boleh opret dik, tapi kalo opret kompom naik balik dalam masa 3 tahun lepas tu. so ketua kami dah bincang bila orang muda yang ada selaput mata ni tak yah buang, selagi tak da risiko apa2. contoh macam selaput dah sampai kat anak mata hitam, yang tu memang kena buang.
aku : sebab apa yang jadi selaput ni ek dokte?
doc : sebab kena habuk, tengok moniter komputer, ekon, mata kering, bekas makeup &…