Kanak-kanak autisme merupakan kanak-kanak yang kelihatan normal dari fizikalnya, tetapi mereka mempunyai masalah tingkah-laku.
Mereka tidak suka dengan sentuhan, hubungan mata dengan orang lain, tidak suka bercampur dengan orang lain, sering melakukan sesuatu yang pelik dan berbahaya, ketawa dan menangis tanpa sebab, sukar menggunakan kemahiran pergerakan menggunakan jari serta berkelakuan seolah-olah tidak mendengar apabila dipanggil.
Sindrom ini merupakan sindrom yang dialami oleh seseorang semenjak lahir sehingga akhir hayat dan sekiranya kita tidak memahami penyakit autisme ini sudah tentu kita menganggap mereka sebagai tidak waras.
Antara ciri utama kanak-kanak autisme ialah:
A) TIDAK MAMPU BERSOSIAL
Tidak menghiraukan orang lain.Kelihatan tidak sensitif pada keperluaan, perasaan dan pemikiran orang lain.Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap.Tidak suka sentuhan (tidak mahu dipeluk atau dipegang).Susah bekerjasama, berkongsi atau menunggu giliran.Lebih suka bermain sendiri.Tidak berminat dalam permainan yang perlu menggunakan imaginasi.
B) TIDAK BOLEH BERTUTUR DAN BERKOMUNIKASI
Lambat bercakap. (maksudnya macam Adam tak pandai buat ayat)Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang.Tidak boleh berkomunikasi dengan baik.Bercakap dalam nada pelik seperti menyanyi atau bercakap macam robot.Sukar memulakan percakapan. Jika berbual hanya satu pihak yang bercakap.Mungkin mengulangi perkataan sama, tetapi tidak faham maksudnya.
C) MEMPUNYAI MASALAH DALAM PEMIKIRAN DAN PERLAKUAN
Suka melakukan perkara sama(berulang) dan tidak mahu menerima perubahan. Mereka mudah tersinggung jika disuruh melakukan perubahan.Menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik atau roda kereta mainan berpusing dan memutar objek.Sangat sensitif terhadap rasa, bau dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan perlakuan di luar kawalan.Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang.Tidak boleh duduk diam.Menunjukkan keinginannya dengan menarik tangan orang dewasa sehingga hajatnya tercapai.
D) MASALAH TINGKAH LAKU
Yang diwarnakan hijau adalah tingkah laku Adam Amsyar... yang lain ada jugak sikit2... Tapi anak autisme ni ada yang bijak yer (tidak mempunyai masalah pembelajaran). dan itu yang saya nampak dekan Adam Amsyar. meh cerita sikit tentang sikapnya...Suka mengasingkan diri.Bersikap pasif.Tidak tahu bersosial.Aktif tetapi berperangai pelik.
- Adam Amsyar mudah mengingati apa yang dia belajar secara langsung dan tidak langsung. Pada usianya 2 tahun dia sedah mengenali bentuk dan sebutan A to Z, 1-10 (BM & BI).
- Pada usia 3 tahun (2013) masuk Taska dia pad pandai tulis, kenal, sebut A to Z, 1-20 (BM & BI), alif sampai ya.
- Pandai minta susu dengan sebutan "susu". sebelum ni kami penjaga yang kena fikir untuk dia adakah dia mahu susu atau tidak.
- Pada akhir tahun lepas bila bagi tab samsung yang hidup 50/50 tu dia lukis, kenal, sebut bentuk2 seperti segi 3, segi 4, bulan, bulat, bujur dalam Bahasa Inggeris (BI).
mama dia pun tak berapa tau dalam BI bentuk2 ni...hehehe.. - Masa duduk kat rumah mak tok, kalau dia popo abis ja terus masuk bilik air. (Adam masih pakai pempers lagi)
- Tahap sekarang ni tak tau nak kata dia hyperaktif ka x, sebab nampak ok, cuma bila di luar contoh macam supemarket, pasar malam dia nak bebas, tak mau pegang2. tambah la pulak kalau dia nampak tangga lif tu.. nak main p balik p balik. tapi kami terutamanya papa dia akan jaga tanpa lekang mata dok dengan dia. so sekarang ni kami kurangkan pegi tempat macam tu.
- Dari usia dia pandai pakai kasut, dia tak pernah pakai kasut terbalik walaupun sekali. kalau dia salah dia tetap pebetulkan dan tak pernah pakai sebelah lain.
- Kadang2 dia kurang sabar, so sekarang saya sedang ajar dia main dengan ada giliran, contoh paling ringkat tepuk belon. sekarang nampak ok sikit.
- suka main belon n tiup belon air. ini salah satu terapi kat mulut.
- Pandai pujuk kalau mama buat2 menagis dan kiss kat dahi.. wahhh sangat teruja.. tapi bila papa buat2 nagis dia buat dek ja..
Pernah juga si mama ni tempit (marah) dengan nada yang sangat marah, dia mai dekat, tapi buat tak tau ja. terus p kat papa dia, tapi dalam masa yang sama mata sedang tengok kat mama supaya mama pujuk... hai la sayang.... mama sedang mengis ni tegah menaip.... kami sangat menyayangimu....
Kami sekeluarga mengharapkan orang disekeliling dapat memahaminya... Semoga Adam Amsyar terus bersemangat dan berjaya dalam hidup.... Allah kan ada..amin...