Assalamualaikum.... lama tak update tengtang Adam Amsyar mengenai autismenya.... banyak nak dikongsikan.. tapi tak sempat nak buat n3 baru... nanti free ai updatekan yer....
Nak kongsi sikit gambar dibawah ni... ini adalah sifat2 autisme ya.... dekat Adam Amsyar
no 1, tak berapa juga. dia dok main juga kalau ada rakan disekeliling dia...
no 2, Adam masih belum boleh buat ayat, tapi sekarang suka pot pet sambil tengok tv.
no 3, Adam tak suka dengar bunyi mesin belender mesin kelapa n mercun. kalau tengah mesin cili ja dia mai terus kat dapur suh berenti (dengan isyarat)
no 4, mainan pun dia tengok jugak. tak semua dia suka main.
no 5, tak pernah lagi la memilih baju.
no 6, emmmm tak pun
no 7, yes memang tak takut bahaya... contoh terjadi kemarin lepat kat rumah mak. (Jalan kampung) dia ada dengan abah dia dok kat jalan, ada motor pakcik tu mai kat dia dia tak kemana tapi bila dia perasan pakcik tu ada belakang dia baru dia lari pegi kat tok wan.
no 8, YES... kesian kat en papa selalu kena lari ikut dia.... tak takut orang pulak tu.. lagi kita kejar lagi tu dia lari....
no 9, emmmm tak pasti...
no 10, suka objek.. tampah gambar no 10 tu lagi la.. kalau en papa pakai tali pinggang, suka sangat tolong pakaikan kat papa... apa2 objek yang dia suka dia akan pegang sampai ke tido. contoh ari tu plastesing sampai pg esok ada kat genggaman dia...
no 11, yes, panggil pun suka buat tak dengar, tapi kalau panggil mcm ni "Adam jom!!!" laju ja dia datang kat kita...
Mitos tentang anak autisme
KETIKA memerhatikan anak-anak bermain, ada ketikanya kita mendapati sesetengah kanak-kanak berada di dalam dunianya sendiri.
Mereka gagal bercampur dan bermain riang seperti anak-anak lain.
Bahkan, ada antara anak-anak ini sangat cepat mengamuk. Mereka juga
mempunyai masalah pertuturan, walaupun secara logiknya pada usia
tertentu mereka sudah boleh bercakap.
Apabila berbual, mata mereka akan menoleh ke arah lain dan bukannya kepada si penutur.
Sekiranya anda mempunyai anak-anak yang bersikap seperti ini jangan
mengandaikan ia perkara normal. Ada kemungkinannya anak-anak ini
menghidap autisme.
Sebenarnya, ada banyak tanda lain yang boleh diperhatikan pada
anak-anak austisme ini. Mereka juga bermain dengan cara yang janggal dan
suka menyusun mainannya.
Mereka seolah-olah sedang bermain dalam dunianya sendiri dan tidak
menghiraukan orang lain, walaupun mereka sedang bermain dengan anak-anak
lain.
Ada ketikanya, mereka ini sangat hiperaktif dan cenderung bermain
dengan benda yang tidak dianggap barang mainan seperti barang-barang di
dapur dan sebagainya.
Sebab itulah, ibu bapa seharusnya memerhatikan sindrom autisme ini
sepatutnya diperhatikan. Adakalanya tanpa rawatan awal, sindrom ini akan
dibawa sehingga dewasa yang menyebabkan tindakan yang diambil pada
waktu itu mungkin sudah terlambat.
Inilah hakikat yang perlu diperhatikan oleh ibu bapa apabila
kanak-kanak ini membesar. Sehingga kini, punca autisme masih
samar-samar.
Bagaimanapun, autisme bukanlah penyakit yang berjangkit. Walaupun
belum ada penawar, tetapi pengetahuan ibu bapa mampu memberikan mereka
harapan. Mereka patut didedahkan dengan spesifikasi keupayaan tertentu.
Secara umumnya, autisme wujud dalam semua budaya. Di Malaysia, pada
tahun 2000 dianggarkan terdapat 47,000 rakyat Malaysia yang menghidap
austisme. Di United Kingdom, dianggarkan setengah juta orang mengalami
autisme.
Sekiranya ada dalam kalangan ahli masyarakat yang mempunyai anak-anak autisme, ia tidak perlu berakhir dengan kekecewaan.
Keupayaan intelektual
Asalkan anak-anak ini ada keupayaan intelektual, mereka boleh menjadi
manusia yang berjaya. Keupayaan mereka sangat spesifik, selalunya dalam
bidang sains. Sebab itulah, ibu bapa perlu mengesan simptom ini lebih
awal, agar kanak-kanak ini dapat dihantar ke sekolah khas yang boleh
mengubah tingkah laku dan keupayaan mereka.
Kalau mereka dibiarkan bersekolah bersama anak-anak normal, ia akan
menyebabkan mereka ketinggalan dan tidak mampu mengikuti pembelajaran
seperti anak-anak lain.
Selalu terjadi, ada ibu bapa yang tidak mahu menerima hakikat bahawa
anak mereka sebenarnya menghidap autisme. Kesannya, mereka terus
menghantar anak-anak ini ke sekolah biasa. Hasilnya, ia hanya merosakkan
masa depan mereka.
Dalam mata pelajaran Matematik, kajian menunjukkan keupayaan mereka
umumnya pada tahap bawah purata. Bagi mereka yang hanya mempunyai
simptom autisme sederhana, mereka berupaya menguasai matematik.
Bagaimanapun, mereka sukar dalam banyak subjek lain. Mereka juga sukar
dalam hal temu duga.
Bagaimanapun, ada kes-kes terpencil. Kumpulan ini dikenali sebagai
mathematic gifted. Ia seperti watak Raymond yang dilakonkan oleh Dustin
Hoffman dalam filem Rain Man. Sungguhpun begitu, ia kes yang sangat
jarang.
Ia sebenarnya adalah salah tanggapan yang sering berlaku dalam
masyarakat. Orang selalu beranggapan bahawa anak-anak autisme ini ialah
manusia yang genius. Harus diingat, ia hanya kes terpencil.
Hakikat yang perlu diketahui, majoriti daripada anak-anak ini kalau
tidak dirawat lebih awal akan mengalami masalah ketika dewasa.
Sehubungan itu, ibu bapa perlu cenderung untuk memerhatikan anak-anak
mereka. Kalau dilihat anak-anak kita seperti dalam dunianya sendiri,
gagal berkomunikasi dan mempunyai tingkah laku di luar kelakuan normal
kanak-kanak, adalah lebih baik mereka dibawa berjumpa pakar.
Jangan anggap ia hal normal atau cuba menolak hakikat bahawa anak-anak kita sedang dilanda masalah.
Boleh dirawat
Walaupun tidak ada ubat khusus, sebenarnya autisme boleh dirawat
dengan pendidikan dan terapi khas. Asalkan kita menyedari hal ini
terlebih awal dan ia dilakukan ketika mereka masih di peringkat
kanak-anak.
Sebenarnya, tidak ada salahnya mempunyai anak-anak autisme, tetapi
yang salahnya ialah apabila kita melihat semua perkara sebagai normal
kerana kononnya hanya anak orang lain menghidap autisme dan bukan anak
kita.
Jangan anggap kerana tidak ada keturunan yang mengalami autisme atau
kerana kita mempunyai pendidikan yang baik, kita tidak mungkin mempunyai
anak autisme.
Autisme tidak ada kena mengena dengan keturunan, budaya atau sebab
yang lain. Tidak ada siapa yang tahu puncanya. Sekiranya kita diuji
dengan anak-anak autisme, maka menjadi tugas kita untuk memastikan masa
depan mereka terus terbela.
dari Kosmo