Jumaat, 19 Disember 2014

Pre End of 2014

Assalamualaikum....

Lamanyaaaaaaa tak update blog ni. en so,i pun tanya "mama lama tak update blog." yaaa memang pun. ni pun kebizian nak close acc. n ni curik2 update. 

sebenarnya nak up pic adik baru Ammar Rifqi.... nanti takda la yang terlupa macam mana muka si kecik ni... cerita si abam (Adam Amsyar) plak macam biasa dan lebih luar biasa. my love autis boy ni makin macam2 perangai dia sekarang. macam2 yang keluar sejak ada adik. tapi dengan adik memang dia tak pernah endahkan macam abang or kakak yang dapt adik baru. dia tetap dengan dunianya... apa pun mama papa tetap sayang kamu berdua ok....

tuan blog & Ammar Rifqi

Papa & kids

Lovely Abam, Adam Amsyar

syuk Adik, Ammar Rifqi

Kami sekeluarga...

Selasa, 18 November 2014

I'm backkkk!

Assalamualaikum...

Saya kembali ke opis...huhuhu... atas pemintaan bos. tapi bukan full day. half je.. seminggu 2 kali untuk habiskan kerja sikit supaya tak tertangguh. ok saya pekerja yang baik hati ye dengan rela hati saya datang.... so boleh la up date my blog.

peace

Isnin, 13 Oktober 2014

Saya dah bersalin!!!!

Asslamamualaikum...

Hai... besiaran langsung dari rumah mak.. hari ni hari ke 27 saya berpantang... alhamdulillah.... saya selamat melahirkan baby boy pada 17/09/2014 (sehari sebelum hari lahir Adam Amsyar) di Hospital Seberang Jaya secara normal. berat baby 3.2kg yang diberi nama Ammar RifqiNanti saya cerita panjang lagi ye tentang kelahiran zuriat ke2 saya ini.. memang panjang ceritanya..


18/09/2014 hari lahir Adam Amsyar ke 4 tahun... beliau membesar dengan penuh kasih sayang dari kami....


we love you so much abang...

Selasa, 9 September 2014

4days to go!!!!

~39weeks 3days~
 
Alhamdulillah.. due date sabtu ni 13/09/2014, tapi baby tak tau la nak keluar bila... sekarang pun tak da sakit apa2.. huhuhu dan saya masih sedang bekerja memanjat tangga pejabat ke tingkat 3 tiap2 hari turun 4-6 kali... naik masuk keja kul 8, turun makan kul 10, naik pas tu turun kul 12 ambil adam amsyat, pas tu naik, balik kul 5 tak 6 kali tu... tapi tak pe, orang kata jalan banyak senang bersalin... aminnnn harap macam tu la hendaknya....
 

sebelum besalin dok atoq kat en papa nak makan macam2..hihihi... my fev nasi kandaqqqq...

Demam Rindu

Assalamualaikum...

2 hari sebelum aku masuk wad ari tu si abang adam amsyar ni demam... demam yang panas tak turun2 3hari. pelik.. selalunya dia ni kalau demam 2 hari dah kebah. kali ni memang lama.. tup2 mama masuk hospital, lagi dok demam. ahad tu plak en papa tak dak.. memang 100% maktok yang jagakan.

ahad malam...

esok pagi tu bawa dia ke klinik kesihatan. muka merah n panas ja. kat telinga, pp tu lagi merah tebakar.

mata berair ja. masa ni check suhu 38. tak kena tahan wad. terfikir jugak kalau kena tahan memang la bagus untuk dia, tapi aku ni dah la sarat, dengan aktif dia lagi la buat aku letih. memang susah la nak jaga. silap2 cucuk ubat kat tangan boleh dia cabut sendiri. huuuiiii tak mauuu....

singgah beli barang kat dia sikit. dia tak lalu makan langsung. habis kuat nasi 1-2 mulut. asyik minum air cap badak je...

malam selasa aku jaga dia... esok tu aku kena tahan wad dah....

ni pic masa aku balik dari wad hari tu. dah sihat sikit. panas pun kurang...
 
tup2 malam panas balik... makin pelik aku... ubat makan jugak sampai kena beli lain. dalam masa yang sama mulut dia kering. pas tu suka tarik bagi bedarah... (autis ni ada kurang rasa deria sakit tau.. so si adam ni tau tarik ja, aku rentua pun boleh meraung) pagi2 bagun tengok kat kuku dia kompom ada darah bekas dia tarik...

ni ok lagi, ada 1 pagi tu kiri kanan jari dia ada darah, kat mulut lagi lah...
 
so pegi farmasi cari lip ice. kurang la sikit kering mulut dia...
 

 
Jumaat tu tak mau bagi dia boring aku ajak dia mewarna. suka la dia... memang suka sangat dengan kaler air... sementara nak tunggu papa balik boleh la lepak2 dengan dia...


 
papa sampai rumah dah nak malam alhamdulillah... semiggu tak jumpa papa dia. bukan main punya malu la, pas tu peluk rapat. papa balik pun punya la lalu makan.. alhamdulillah sangatttt.. rupanya demam rindu kat papa dia. papa p kl ahad, malam ahad la dia demam, papa balik terus kebah.. syukur sangat...

Rabu, 3 September 2014

Bermalam di hospitalll

Assalamualaikum....

Lamanya tak update blog. 2 mingu yang sebok....

18/08/2014
Pagi dalam 4 lebih terasa macam ada air cair keluar tapi bila campur dengan keputihan aku blur sikit. so pagi tu ke klinik kesihatan ibu dan anak di tempat selalu aku checking. cerita la sebab tak pasti itu air apa. doc scan air ketuban tak da apa suma ok. so doc pun tak pasti. dalam masa check bawah diorang ambil sample lagi untuk buat ujian. masa doc tu call sembang dengan pakar di hosp seberang jaya ayat yang aku paling clear dengan "so kena admit la??" uihhh betui ka apa aku dengar ni.. yes kena tahan... ayo yo... so ke seberang jaya la aku hari ni.... call en papa suh datang ambil kereta sebab aku kena naik van ambulance.


tengok, siap2 kena cocok. sampai kat HSJ kena check macam biasa la... dapat pulak dok melayu lelaki.. so kena redha ok...redha...


kenapa aku nampak begitu besar??? sila salahkan baju itewww. dalam jam 4 lebih dapat dok wad. so kena tahan 1 malam... punya la lapar time ni sebab aku dah ke klinik pagi tadi tampa makan apa2, last en papa beli air kotak DL 2 roti bun sardin gardenia 2. boleh la tampung makan nak tunggu makan malam kul 7.
 
my makan malam... ada yang cakap nampak tak menyelerakan/tak sedap. tapi bagi aku yang tak banyak songeh ni ok jek.. tapi time nak besalin tengok apa pun dah tak lalu dah kan. ni dah tak sakit aku makan la.. masa bersalin kat adam dulu ada 1 menu masak ayam tu sedap sangat. tapi kali ni tak dapat rasa masakkan tu.
 
nak bukti aku ni tak banyakk songeh......
 
.
 
.
 
.
 
.
 
.
 
.
 
.
 
.

linchen baq hang.... kannnn aku tak banyak songeh kan kan kan...
 
so dah dalam pemeriksaan pakar 24 jam aku dah boleh keluar tu pun petang... Alhamdulillah tak ada apa. mungkin aku letih sebab tu keputihan banyak keluar...
 
 lepas tu terus aku ajak en papa beli shusi kat eon n makan sizling nih... kat hosp dok banyang ja dalam kepala otak...

 


26/08/2014
Aku masuk hospital lagi, kali ni sebab aku sesak nafas sakit kat ulu hati... selasa tu ada jamuan raya opis aku, so pagi tu aku bawa roti bun sadin gardinea tu dengan air kotak DL stbery. dalam kul 9 lebuh aku rasa tulang2 aku 1 badan sakit+sengal. tak pasti kenapa. pas tu rasa macam nak demam. pelikkk... lama sikit terus aku ingat, adam demam hari ahad, so isnin aku beli kelapa 2 biji. minta abah aku kupaskan, en papa tak da seminggu ke KL bawa bos dia. malam tu aku la minum 1 biji sebab orang demam tak mau.

Masa jamuan raya tengari tu memang rasa sengai abih tulang2 nih... aku diam jer.. makan kambing panggang sikit pas tu car kue teow 1.tengok kawan2 makan macam2 syok je, aku ni tak beselera. sesekali rasa macam pakai bra ketat sangat. masuk lepas dalam rumah rehat kat situ la, do atas kerusi tak kena dok bawah pun tak kena... petang balik rumah sesak nafas menjadi2 sakit. dalam kul 6 lebih abah mak aku tengok tak sedap hati. abah offer nak bawa gi hospital sg bakap. aku kata ok lepas maghrib kita p.

so sampai kat kecemasan memang diaorang suruh pegi wad orang mengandung terus la sebab masa tu aku dah 37w. pegi situ apa lagi macam mana pun kena tahan la jawabnya... nak moniter takut jadi apa2 kat baby. baju2 aku n baby memang siap bawa letak dalam keta abah tadi. mana nak tau kan. so sebab aku tak berpotensi nak beranak baju baby aku minta abah aku bawa balik...

 

Memula check jantung baby tinggi sikit 167. normal 120-150, selalunya baby aku dalam 140 macam tu je. nurse tanyak makan tak? aku cakap hari ni tak lalu makan. so disebabkan si ibu tak lalu makan anak dalam perut dah stress... sebab tu denyutan jantung laju... diorang bagi air coklat panas 2 gelas. nahhh lega kena air panas... lepas tu check sekali lagi denyutan jantung dah ok... alhamdulillah sayang... so kali ni bermalam sambil teriak...huhuhu... sebab adam demam panas sangat, en papa plak dok jauh...huhuhu sangat sensitip.


 
2nd class... macam bilik cuma tirai ja la.. selesa ok... kipas aku minta perlahankan sebab sejuk sampai ketulang kan.... doc mai tengah pagi tu tanya ok ke tak... dah ok sikit lepas diorang bagi ubat air putih MMT tu... rupanya ulu hati sakit sebab angin dah masuk banyak... sebab tu rasa sesak nafas. pas tu minum plak air kepala kan.. tapi masa perut aku 7 bulan ri tu ok je aku minum tiap2 hari.. kali ni tak boleh plak dan aku jadi macam serik....huhuhuh...
 
Sempat makan tengahari... pagi tadi abah siap hantar nasi lemak 70sen 2bungkus..hihihi almaklumlah tempat keja abah aku sebelah opis dia ja lagi mudah la nak manja... menu tengahari... aku makan dengan jayanya... hihihihi.. aku w.aaps kat kak aku makan ni, dia ni dasar mengada2 sikit kata x sedap. aku ni jenis apa pun tak pa, tapi ada juga yang memilih. ayam tu masak kurma merah. aku ni kurma putih ok la, tapi kurma merah tak berapa. kalo mak aku buat pun aku tak berapa makan, tapi hosp punya ni aku boleh makan sampai abis...hihihih...

 
petang jugak dalam jam 5 dah boleh keluar dapat mc 3 hari...wihoooooo... nak balik jumpa abam bufuk....

sampai rumah ja cari budak ni...rindunya nak bau anak mama....

Jumaat, 22 Ogos 2014

37weeks

Assalamualaikum....

Hari ni sepagi sedih.... nak kongsi sikit yer...

Pagi tadi dalam jam 6 terjaga rasa baby tak gerak. terus teringat selalunya aku akan bagun 2-3 kali untuk gi toilet. tapi semalam tak langsung. terus risau. bila alih badan banyak kali pun tak da respon. mula dah gelisah berpeluh padahal ekon dok on ja. lepas tu aku gi toilet buang air kecil dengan harapan baby bagun. tapi tak jugak. so aku kembali baring, tepuk2 perut juga dengan harapan dia bagun. hampir 15 minit aku gerak dia tak bagun.... risaunya hanya Allah saja yang tahu... jantung mula degup kencang.s si papa dalam bilik mandi dan tak tahu apa yang terjadi. aku diam ja dalam bilik. dalam kepala fikir nak ke hospital terus ja. lepas 5 minit dari tu ahkirnya dia begerak jugak selepas aku tepuk perut kuat sikit. dengan sendirinya air mata jatuh.... air mata kerisaun.. air mata besyukur....

Memang tak dapat nak cerita macam mana perasaan time baby tak gerak tu, risau yang amat sangat. betapa deritanya sepanjang dia tak bagi respon tu. mungkin dia bari tido, tengah nyenyak, memang tak sedar, tapi aku ni risau tak tau nak cakap.

Lap air mata air idong, keluar bilik cari baju nak pakai pegi kerja. en papa tengok tanya "mama ok ka?" mungkin dia nampak mata aku lain. sambil aku pegang baju nak iron dia tengok ja aku. terus baru buka mula dah menagis tesedu2... risau tu dok ada lagi... nasib dia pun tak panik tapi mulut dia selalu " sakit tak? jom p hospital" setakat ni tak da langsung lagi rasa sakit yang satu macam. masih ok. ahad ni seminggu dia tak da kena gi KL bawa bos dia. harap2 jugak dalam seminggu ni tak ada apa masalah aku ngan baby.

Risau kan kalo jadi macam tu. dah la isnin lepas aku kena masuk hospital seberang jaya, kena dok 2 hari. alhamdulillah, nasib tak da masalah apa...

dok atas ambulans

Hai la sayang mama dalam perut....jangan la buat mama risau...

MH17

#22Aug2014 #Malaysia #Berkabung #MH17

Khamis, 14 Ogos 2014

#36weeks #9months

Assalamualaikum....

Besiaran kita lagi yer... minggu ni dah masuk 36 minggu perut aku... alhamdulillah dah 9 bulan. dulu masa bersalin kat Adam Amsyar 40 minggu 2 hari, sakit sebab keluar darah. adik no 2 ni tak tahu pulak nak keluar minggu ke berapa. orang2 tua cakap dah 9 bulan ni lagi kena jaga la kan...

Barang ke hospital
Barang2 adik dah siap letak dalam kereta, barang cik mama ja belum, bag dok kat ruang tamu je. yang dah ada kain batik, tshirt, pads, stokin, panties. bra belum..hihihi en papa kata nak carikan yang baru sebab hok lama nampak 'uzur' hihihihi.. yang elok pun hok moliform je 1.

sandel crocs kesayangan dah lekang, tapi masih boleh pakai walaupun aku beli tahun 2009, nak minta en papa bawa pegi jahit keliling. entah boleh ke tidak tak tahu la. tapi kasut tu memang sedap pakai. set ubatan bersalin tak beli, SIL aku ada bagi sebab dia tak pakai. dia makan shaklee je. so dia bagi kat aku. tak yah dah beli. dulu Adam Amsyar tak makan sangat ubat sebab jaudis dia tinggi n lama. takut ada kesan kat dia. 1 lagi napkin brest nak kena cari. yang pakai buang n boleh basuh. ini memang wajib beli. masa pantang pun susu asyik kuar jer sampai kena letak towel kecik.

Berat Badan
Bab berat badan hari tu macam biasa. timbang tak naik2. asyik 82kg jer. nurse siap pesan "miggu depan datang bagi berat naik noo" hihihi boleh plak cakap macam tu. raya ni memang gila2 aku makan. tapi gila2 jugak aku membuang...hahahaha... dah dekat 2 minggu raya ni dah tak boleh makan banyak. dah mula nak muntah ja... kalo dulu tak peknen tak jadi macam ni pun. kan bagus kalo tak lalu makan masa peknen. ni ha tak peknen badam macam tong drum...

Dah tak sedap badan
Lepas raya ni dah rasa susah nak tido. si adik asyik mengeras je. doc cakap dia mengeras sebab tengah traning nak keluar (sumber doc bff) huhuhu selalu dok traning la sekarang ni. nak bagun dari tilam pun makan masa, jenis plak aku ni malam nak tido kompom kena susu panas dulu, lepas tu jenuh bagun kencing. kalo toilet dalam bilik lain la, ni nun di dapor. 2 hari ni dah mula sakit pinggang. dulu masa peknen kat Adam Amsyar tak sakit pinggang langsung. tapi sakit lama masa buka 2 sebab kata nurse aku minum air akar siti fatimah tu awal. tu yang sakit lama. saya tak tahu.. ada yang kata minum perut 7, ada yang kata nak besalin. entah yang mana 1 tapi aku minum masa perut 8. memang awal kan. nurse cakap masa dah sakit baru minum. ni air apa pun tak buat lagi. jadi macam takut dah.

kaki pulak masa perut 7 memang dok sakit la ada yang panggil tarik mengkarung. memang kawa la. masa kat Adam Amsyar selalu jadi belakang lengan bawa ke bawah dada. kali ni selalu jagi kat kaki. 2 hari sekali mesti jadi. pas tu teringat SIL bg tau produk shaklee ostemetrik, kena makan 4 biji sekali. 4 hari aku makan memang tak jadi, tup2 hari ke 5 aku kena sekali sakit 5x ganda dari biasa. macam sakit tu disimpan2, sekali keluar nak hambik. hemmm macam tak berapa nak jalan je ubat ni. mungkin sebab aku tido ekon sama tu yang boleh tarik mengkarung.

 
 
Disini juga nak ucapkan selamat hari lahir untuk my bff yang dah kawan hampir 12 tahun kenal. kali ni peknen anak ke 2 pun sama, cuma beza dd dia 2 minggu dari aku. so perkembangan baby memang hari-hari berkongsi lah... masalah selalu sama... kemungkinan kami berdua akan lahir baby boy... hihihi..
 

3 untuk ko 3 untuk aku.... luv u watie...
 

Isnin, 4 Ogos 2014

R a y a ke d u a

Assalamualaikum....

sambung cita hari raya ke dua pulak yer... pagi dalam 10 macam tu kot dah keluar kami 1 rumah ke rumah adik beradik abah ngan mak. pagi kerumah abang abah. abah ni ada 3 beradik, sorang lagi makcik dok mengajar kat sabah, tapi dah pencen n terus dok kat sana dengan anak-anak dia...

Layan cerita begambar yer.... sebab tak banyak nak karang sangat..hihihi...

shawl ala2 siti ariani... jubah itam beli kat peace. masa ni baru sampai rumah pakngah.. selp dulu..

en papa yang sudah berisi sekarang..hihihi..dia kata perut aku ngan dia sama naik...
 
pic bawah ni suma abang adam amsyar yang ambil... kalo ambil balik kemera melalak la dia...
 
my luv kakak. cantik drees hijau kak aku ni... tapi ciffon, aku ni takut sikit dengan cifon. 1 takut cepat koyak 1 lagi aku ni jenis cepat peluh...no no no...

my luv abah aka tokwan

mak tok dengan 'anis' panggilan adam amsyar. nama dia danish.

ni la pakngah, abang abah aku... sama je cuma pakngah ni rendah n kulit sawo matang...tapi pandaiiiii sangat masak...

tu makngah dengan anak dia.. anak2 yang lain ada kat dapur ada yang dah balik rumah mertua.

ni muka kena paksa oleh abang sepupu dia dani disebabkan rampasan kemera berlaku.. hahaha...


masa ni mama bagi hp pun tak mau dah, nak kemera jg...takut kan jatuh nanti...
 
lepas ke Relau rumah pakngah, kami ke Sungai Acheh pulak ke rumah paksedara abah yang tips2 tahun tak pernah lupa singgah bila raya.. abah orang Sungai Acheh yer...

pic dari abang adam ambik lagi.. mama & 'mangah'

dia mai kat mama sebut "mama senyum..1 2 3..." pandai dia... sekarang ni banyak dok pot pet2 dah...seronok bila dengar suara dia keluar selalu. lepas tu aku ambik kemera dar dia...

ambik pic dua orang plak... senyum ja... bila tengok baju ni ingat lagi masa beli kat pacific, aku nak merah papa dia nak biru, akhirnya aku mengalah..huhuhu...

mamat sorang ni memang suka main tangga tau. tak kira dimana. pejabat aku 4 tingkat pun dia naik tak mengah...

dekat rumah tokndak ni anak menantu dia niaga bakso sebab menantu dia orang indon. kat sini memang orang kenal la bakso dia. hari raya buat bakso makan kat gerai tu... ha apa lagi bebola bakso ana yang punya la.. budak ni suka makan mee.


tengok, huduh ja nampak... aku lah hantu bebola bakso, mee ambik sikit bebola ambik 5 biji..hihihi kak aku lagi teruk, 7 biji dia ambik... lagi pun diorang memang tak kesah, nak ratah pun tak pa... mau bolat aku kalo lama2 dok situ.

muka baru sampai rumah tokcik tok sedara mak aku kat Sungai Acheh jugak... rumah ni pun wajib p. satu2nya adik perempuan nenek aku yang ada. dia ni comey sangat tapi x sempat nak begambar sebab pakat bc sembang tentang adam amsyar. makndak anak tokcik sorang cikgu sekolah, so dia cita pasai autisme kids kat sekolah dia...

muka sampai rumah... hihihi... mandi tukar baju, pengsan....