Assalamualaikum korang...
Bz la sangat minggu ni, keja tak berenti datang dan mencari ai, nak larik pun tak boleh. minggu ni deret dok rumah mak aku sebab en papa nak tengok bola sambil berinternet (rumah mak aku ada wifi). Adam plak 2 hari ni selsema+batuk+demam. emmm lama dah dia tak sakit, cuaca sekarang ni tak menentu kan... doakan Adam cepat baik ye korang..
Kembali kecerita sebenar, 28hb ni aku kena kursus kat Pangkor 4 hari, khamis sampai ahad wes.... 4 hari la aku tak tengok muka anak aku, 3 malam jugak la anak aku tak hadap susu aku yang sedap ni... memula memang aku nak bawa dia, tapi aku kompom kena bawa mak aku, mak aku untuk satel bab tido (siang) makan Adam tapi tak larat nak dukung plak time Adam mai merap dia tu nak didukung (12kg eh...) kena bawa en papa plak untuk orang kuat mak aku, sekali abah aku plak bersuara "abah nak makan macam mana?" pulakkkk.... sebenarnya abah aku tu tak boleh berenggang dengan mak aku hokeh.. rela ikut aku 4 hari sebab tak mo berenggang dengan mak aku... ayo yo.. macam mana ni. kos 4 malam makan, tido... boleh bengkok aku...
Sebenarnya tujuan aku bawa Adam sebeb aku masih BF dan tak pernah berenggang dengan Adam waktu malam TAK PERNAH! (sayu jab) Ada juga aku buat keputusan untuk makan ubat yang bagi susu kurang/stop terus. emmmmm sekali teringat kak shidah yang kaunselor BF tu. so tadi aku dah kol memang dapat dah jawapannya. kesimpulan dari kak shidah 'aku perlu mengapam susu kerap tapi tak banyak. jangan waktu terlalu cekang, akan menyakitkan aku balik. (sapa yang bf tentu tau kan sakitnya macam mana... aduuuhhhh) so tengahari buang sikit petang buang sikit malam buang n sebelum tido pun buang. kata kak shidah lagi dari ini la Adam akan belajar berenggang dengan susu (untuk putus susu)' jadi aku tak yah bawa sesiapa pun, n kos pun tak larik sangat aku nak sapot....
So jawapan dah dapat... Alhamdulillah... so Coral Bay Pngkor, tunggu ai n de geng ok...