Jumaat, 15 Jun 2012

NeeLofa VS Anzalna

Eh eh tibe2 tangan ni gatai nak menaip pasal Neelofa & Anzalna la pulak.. Bukan apa semalam terbaca twitter Lofa yang mengatakan :
"Dalam masa 7 hari bermula hari ini, Anzalna perlu memberi penjelasan kpd pihak Neelofa tentang isu ini. Jika tak, tindakan lanjut akan diambil"

"Neelofa telah menghantar surat guaman melalui peguamnya kpd Anzalna utk memberikan penjelasan lanjut tentang kenyataan yang memburukkan dirinya"
Hello hello hello femes sangat ker ko sampai nak berlawyer-lawyer ni.. Ok la ok la tau la ko femes dari Anzalna tu tapi takpayah sampai nak buat sidang media lawyer berbagai.. Kalo ko tu DIVA macam Siti Nurhaliza ker ok la boley la aku terima.. Ni tak baru berlakon brape berapa drama dah berlagak Diva.. Bak kata Hans Isaac (perasan hot).. Eh jangan cakap macam tu tak baik nanti peminat die marah ai.. Eh ada aku kisah!
Dulu suke Neelofa ni skang macam kureng pulak.. Ke sebab Hans Isaac cakap die ni seorang yang psiko.. (sumber yang boley dipercayai) Eh tercakap lagik..

Lagi satu kan elok face to face.. Bincang dengan elok tanpa saman2 ni.. Industri kite ni bukan kecik pon.. Pusing2 kat situ jugak korang jumpe.. Eh tak paham la aku.. Lagi satu kalo ko betul baik tak kan la ada orang cakap yang buruk pasal ko kan..

Si Anzalna ni pulak satu kenape baru sekarang nak cerita pasal Neelofa ni.. Kan elok dari dulu cite kisah ni peminat tahu skit Si Lofa ni macam mane..

Okla taknak lah cite panjang pasal dieorang.. Banyak lagi kerja aku nak kena buat pikirkan.. Daaa~~
kredit : kathyjem