orangnya cute...
Selasa, 26 Jun 2012
Tok Non kawin???
MMM
Makanmanyakmanyak... hehehehe.. korang jangan kata aku makan benda ni dalam 1 hari k. ni stok 2-3 minggu... hajat makan macam-macam jugak..
petang tu aku tringin makan pancake, so buat dengan pisang, orang yang paling banyak makan adalah Adam la.. dia suka, minggu depan tu plak aku buat dengan jem stbry, suka dia.. en papa jugak tak sempat nak makan banyak...
ha, ni la bugernya, balit dengan roti popia pas tu goreng.. agak kolestrol buger ni, tapi sekali sekala makan tak pa kan....
hasil gigitan ke 2.. yum yum... (kakak aku kata dia diet tak mau makan, ok fine)
sos dia memang special, tak tau nak sita macam mana, intinya daging kisar tau... sangat sedap... sesiapa nak cuba boleh la pi pasar malam parit buntar pada haru jumaat sahaja...
ni plak made in Puncak Mutiara. baru-baru ni pejabat aku buat bengkel, so selitkan kambing golek ni seko. 2 pinggan aku makan, pada hal pagi tu senamrobic bersungguh-sungguh...
Terlepas Fathers day???
Assalamualaikum...
Tak terlepas lagi aku nak ucapkan selamat hati abah, papa, dady, ayah, bapak buat semua 'suparman' kat dunia ni, tak lupa juga buat 2 insan kesayangan aku Dato Abah dan Tuan Papa... i lov u olls.... so sempat jugak aku beli kek... celebrate wit my love familia....
incik cake
Tuan papa & Dato Abah
pasangan yang tak pernah berenggang.. kikikiki...
we olls sangat sayangkan abah tau...
n Adam juga amat sayangkan papa... kan kan????
Selasa, 19 Jun 2012
Helah syaitan membuka aurat wanita
1. Menghilangkan hijab (penutup)
Perubahan zaman dan budaya manusia menyebabkan pakaian lebih berfesyen dan semakin banyak baju yang merendahkan aurat. Pada tahap ini syaitan berbisik kepada wanita dengan berkata bahawa pakaian hanyalah sekadar hiasan dan tiada berpengaruh dengan agama. Justeru itu, tidak mengapa sekiranya memakai pakaian yang membuka aurat. Namun, teknik ini tidak semestinya berkesan terutama kepada wanita yang berpendirian dan percaya bahwa memakai pakaian syar’i ialah satu ibadah dan bukan sekadar berfesyen. Jika hasutan ini gagal, syaitan akan beralih kepada strategi yang lebih licik seperti di bawah.
2. Membuka bahagian tangan
Aurat wanita meliputi seluruhnya kecuali muka dan tapak tangan. Seharusnya menjadi kebiasaan tapak tangan tidak ditutup. Jadi, syaitan mengambil kesempatan ini untuk menghasut wanita dengan berkata, "Tak mengapa jika memakai baju lengan pendek. Kamu masih pakai tudung." Di pasaran pula banyak pakaian berlengan pendek terutamanya fesyen baru. Wanita yang terpedaya pun memakai baju lengan pendek dan ternyata ia kelihatan biasa pada pandangannya maupun pandangan seorang lelaki, lalu syaitan berbisik lagi, "Tidak mengapa kan..?"
3. Membuka leher dan dada
Setelah menjadi kebiasaan merendahkan sebagian lengan, datang lagi syaitan dan berbisik, "Tak mengapa kan membuka lengan. Sekarang ada fesyen baru yang merendahkan bahagian dada. Baju ini terbuka sedikit saja agar kamu tidak terasa panas. Orang pasti berkata biasa saja." Wanita itupun memakailah baju tersebut, daripada merendahkan sedikit, sehingga yang nampak lagi bahagian dadanya.
4. Berpakaian tetapi bertelanjang
Tidak cukup dengan itu, syaitan membawa lagi idea baru. Kali ini syaitan berbisik, "Baju kamu itu dah biasa dah ramai orang yang pakai. Sekarang ini ada fesyen baru lagi. Baju ini tipis dan ketat saja. Boleh kamu tunjukkan bentuk badan kamu yang cantik itu. Tidak mengapa, sebab potongan baju ini masih panjang." Maka wanita ini pun memakai baju berfesyen sebegitu sehingga menjadi kebiasaan malah baju yang dipakai semakin ketat dan jarang. Jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai kasiyat ‘ariyat (berpakaian tetapi telanjang).
5. Membuka sedikit
Setelah memakai pakaian ketat dan jarang, datang lagi syaitan dan berbisik, "Susah la kalau kamu pakaian ketat semacam ini. Bergerak pun terasa terbatasi. Apa kata kamu cuba kain yang telah dibelah sampai ke lutut. Nanti lebih senang kamu untuk duduk. Tidak mengapa kamu rendahkan sedikit saja yang penting kamu selesa." Maka dipakailah pakaian wanita yang terbelah. Ternyata ia memberi keluasan dan memudahkan dalam bergerak.
6. Membuka telapak kaki dan tumit
Syaitan berbisik lagi, "Sudah tak sesuai lagi kamu berpakaian begini. Kain ini masih bagus walaupun dibelah hingga lutut. Kamu potong saja lagi hingga di atas tumit. Kamu pendekkan kain ini sehingga atas tumit untuk memudahkan kamu berjalan." Wanita terus mengikuti godaan syaitan ini dan memakai kain singkat serta ditambah pula dengan kasut tumit tinggi.
7. Membuka separuh betis
Sekarang, wanita ini sudah biasa memakai kain singkat dan ternyata masih kelihatan biasa pada pandangan orang. Syaitan berbisik lagi, "Fesyen kamu ni masih biasa saja. Orang macam tak kisahkan. Apa kata kamu cuba fesyen lain yang lebih menonjol. Di pasaran banyak kain skirt. Tak perlu beli yang sangat pendek. Yang separuh betis saja." Sekarang ni syaitan sudah menjadi seperti penasihat peribadinya. Maka dituruti hasutan tersebut. Pada tahap ini tudung sudah tidak dipakai.
8. Membuka seluruh betis
Wanita ada terfikir, "Betulkah tindakan aku ni? Apakah tidak berselisih dengan wanita zaman nabi dulu?" Syaitan pula menggunakan muslihat dengan mengaitkan zaman dahulu dengan sekarang. Syaitan berkata, "Ahh!! Tidak.. Sekarang zaman dah berubah. Dulu lelaki tak suka kalau perempuan menampakkan auratnya, tetapi lelaki sekarang banyak yang suka. Yang seksi-seksi terutama, mesti tidak terlalu seksi tapi terbuka sedikit. Di pasaran banyak pakaian zaman sekarang yang menampakkan seluruh betis. Kalau kamu tidak ikut kamu akan ketinggalan zaman." Maka pakailah wanita tersebut pakaian yang menampakkan seluruh betis.
9. Serba mini
Setelah pakaian menampakkan seluruh betis menjadi kebiasaan, datang lagi syaitan menghasut, "Pakaian kamu perlu ada variasi. Jangan pakai yang seperti itu saja. Kamu perlu pakai skirt mini. Kamu akan nampak lebih seksi dan menawan." Maka pakailah wanita ini skirt mini malahan bukan skirt saja yang mini, bajunya, skirtnya, semuanya dah menjadi kecil dan seksi. Bajunya juga sudah bervariasi seperti berlengan pendek, merendahkan sebagian dada dan sebagian pehanya. Ada yang dikhaskan untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam dan sebagainya.
10. Hampir semua terbuka
Muncul pula keinginan untuk mandi di kolam renang terbuka dan pantai. Syaitan berbisik, "Pakailah kamu bikini.. Semua orang di sana pakai baju itu. Kamu tak perlu malu." Wanita ini pun tanpa segan lagi memakai bikini yang hanya menutup sebahagian dada dan pahanya. Dia pun bersuka ria terutama apabila semua lelaki memandangnya. Pada tahap ini auratnya sudah tidak diendahkan lagi.
*Saya cuba untuk menjadikan diri saya lebih baik dari sekarang...
xoxo
~dahayu~

Jumaat, 15 Jun 2012
NeeLofa VS Anzalna
Eh eh tibe2 tangan ni gatai nak menaip pasal Neelofa & Anzalna la pulak.. Bukan apa semalam terbaca twitter Lofa yang mengatakan :
"Dalam masa 7 hari bermula hari ini, Anzalna perlu memberi penjelasan kpd pihak Neelofa tentang isu ini. Jika tak, tindakan lanjut akan diambil"
"Neelofa telah menghantar surat guaman melalui peguamnya kpd Anzalna utk memberikan penjelasan lanjut tentang kenyataan yang memburukkan dirinya"
"Neelofa telah menghantar surat guaman melalui peguamnya kpd Anzalna utk memberikan penjelasan lanjut tentang kenyataan yang memburukkan dirinya"
Hello hello hello femes sangat ker ko sampai nak berlawyer-lawyer ni.. Ok la ok la tau la ko femes dari Anzalna tu tapi takpayah sampai nak buat sidang media lawyer berbagai.. Kalo ko tu DIVA macam Siti Nurhaliza ker ok la boley la aku terima.. Ni tak baru berlakon brape berapa drama dah berlagak Diva.. Bak kata Hans Isaac (perasan hot).. Eh jangan cakap macam tu tak baik nanti peminat die marah ai.. Eh ada aku kisah!
Dulu suke Neelofa ni skang macam kureng pulak.. Ke sebab Hans Isaac cakap die ni seorang yang psiko.. (sumber yang boley dipercayai) Eh tercakap lagik..
Lagi satu kan elok face to face.. Bincang dengan elok tanpa saman2 ni.. Industri kite ni bukan kecik pon.. Pusing2 kat situ jugak korang jumpe.. Eh tak paham la aku.. Lagi satu kalo ko betul baik tak kan la ada orang cakap yang buruk pasal ko kan..
Si Anzalna ni pulak satu kenape baru sekarang nak cerita pasal Neelofa ni.. Kan elok dari dulu cite kisah ni peminat tahu skit Si Lofa ni macam mane..
Okla taknak lah cite panjang pasal dieorang.. Banyak lagi kerja aku nak kena buat pikirkan.. Daaa~~

kredit : kathyjem
Khamis, 14 Jun 2012
Tinggal Adam???
Assalamualaikum korang...
Bz la sangat minggu ni, keja tak berenti datang dan mencari ai, nak larik pun tak boleh. minggu ni deret dok rumah mak aku sebab en papa nak tengok bola sambil berinternet (rumah mak aku ada wifi). Adam plak 2 hari ni selsema+batuk+demam. emmm lama dah dia tak sakit, cuaca sekarang ni tak menentu kan... doakan Adam cepat baik ye korang..
Kembali kecerita sebenar, 28hb ni aku kena kursus kat Pangkor 4 hari, khamis sampai ahad wes.... 4 hari la aku tak tengok muka anak aku, 3 malam jugak la anak aku tak hadap susu aku yang sedap ni... memula memang aku nak bawa dia, tapi aku kompom kena bawa mak aku, mak aku untuk satel bab tido (siang) makan Adam tapi tak larat nak dukung plak time Adam mai merap dia tu nak didukung (12kg eh...) kena bawa en papa plak untuk orang kuat mak aku, sekali abah aku plak bersuara "abah nak makan macam mana?" pulakkkk.... sebenarnya abah aku tu tak boleh berenggang dengan mak aku hokeh.. rela ikut aku 4 hari sebab tak mo berenggang dengan mak aku... ayo yo.. macam mana ni. kos 4 malam makan, tido... boleh bengkok aku...
Sebenarnya tujuan aku bawa Adam sebeb aku masih BF dan tak pernah berenggang dengan Adam waktu malam TAK PERNAH! (sayu jab) Ada juga aku buat keputusan untuk makan ubat yang bagi susu kurang/stop terus. emmmmm sekali teringat kak shidah yang kaunselor BF tu. so tadi aku dah kol memang dapat dah jawapannya. kesimpulan dari kak shidah 'aku perlu mengapam susu kerap tapi tak banyak. jangan waktu terlalu cekang, akan menyakitkan aku balik. (sapa yang bf tentu tau kan sakitnya macam mana... aduuuhhhh) so tengahari buang sikit petang buang sikit malam buang n sebelum tido pun buang. kata kak shidah lagi dari ini la Adam akan belajar berenggang dengan susu (untuk putus susu)' jadi aku tak yah bawa sesiapa pun, n kos pun tak larik sangat aku nak sapot....
So jawapan dah dapat... Alhamdulillah... so Coral Bay Pngkor, tunggu ai n de geng ok...
Khamis, 7 Jun 2012
Jubah for sale
ok, jubah di atas untuk di jual ya. aku oder kat Sulam Qistina melalui FBnya. sayangnya aku makin gemok, saiz XL ini tidak padan dengan aku di perut (perut aku moncet). aku pakai untuk cuba 1 kali je. n tidak menjejas apa pun. sangat cantik kain ini. aku beli RM138 termasuk pos. aku ada sembang dengan owner dia nak tukar tapi diorang tak kali.. hemmm dulu frust dah sekali dengan sulam qistina ni, aku beli kain chiffon tulis 4 meter, yang sampai 3meter je, aku bat baju ja la, kain tak dapat... so aku nak jual murah dari itu RM100... bahu saiz 42 inci.. kepada yang berminat boleh sms aku 012-4115214.
Rabu, 6 Jun 2012
Adam musyuk
Salam semua...
Adam sekarang ni masih sembelit, tapi makin ok.. aku memang bagi minum vitegen setiap hari. selalu bagi sebotol cepat je habis. sekarang ni separuh je. sembelit menjadi pulak. aku sulam dengan calciyum ni, memang dia suka la... patang buka peti ais ambik bagi kat aku minta bukakan...
memang sekali beli banyak habuan dia puas makan... aku pun merasa jugak, ada perisa manggo, grape, stbry, vanila & coklat.. aku suka manggo.. hehehehe...
Alhamdulillah Adam dah masuk 20 bulan 8 minggu.. sangat membesar dengan baik. 1 je, Adam ni mulut dia 'berat' sikit.. yang dia mahir sebut "mama, papa, nenen, nyenyow" tapi bab lain dia ok punya... bila jumpa kawan yang lebih kurang sebaya dengan dia, mesti dia seronok... di tak pukul orang dan tak pernah langsung ambik barang dari tangan orang, walopun barang tu dia punya... kalo orang ambik barang dari dia, dia akan tarik balik tapi melepaskan jua akhirnya... lembutnya hatimu wahai anak... harap ia akan berkekalan, tapi jangan kena buli hokeh....
Tengok la rabut dia. dah 2 minggu aku dok kata nak pi potong. tapi tak pi potong jugak. kalo pi kedai gunting rambut biasa tu, uncle tu macam tak berapa mau potong sebab Adam mesti nangis... nak buat macam mana lagi?? so aku bagi idea kat en papa beli ja mesin potong rambut, kita potong sendiri.. senang.. so tadi en papa dah sms aku dia dah beli mesin tu. petang ni kami laki binik kerjakan rambutnya itu...
Cita sabtu lepas, sangat kesian. petang tu aku kat rumah amk aku main kat luar rumah. (jalan tar) Adam dok pi mai pi mai sambil belari.. aku ni memang tak lekang mata tengok dia... Adam ni lari pun macam tak stabil je sekali sekala tengok...
Tup-tup dia jatuh lutut dulu sambil teseret... "Ya Allah anak aku!!" aku terus cempong dia masuk dalam rumah. en papa pun mengelisah la... (untuk pengetahuan korang Adam tak pernah seluka ini) dia nangis ada kot 3 saat, (mak pak mengelisah lebih). aku letak minyak gamat, dia siap sapu lagi.. ish ish anak aku, "kebalnya" siap dia yang sapu kat luka dia sendiri..
Kejadian esok pulak (ahad) aku dok siap belakang pintu nak pi kenduri, dia nak keluar, dia tarik pintu jari telunjuk dia ada kat pintu, "pap", dia senyap teriak terus. dalam masa tu cezen aku yang bertunang ari tu ada dalam bilik jagak, dia pun terkejut, aku lagi la... aku terus bawa dia kat tempat cerah.. hemmm jari tulunjuk Adam pecah darah dalam.. cezen aku terkejut sambil kata "weh satnya dia teriak? kalo budak lain aku rasa 5 minit jugak.." aku pun bagi tau dia Adam ni kuat n bukan seorang yang nangis lama...
Alhamdullah aku dapat anak yang tak menangis lama.. Ajaran dari mak sejak aku pantang lagi "Jangan bagi anak menangis lama, nanti sampai kebesar macam tu.." so ajaran itu aku bawa sampai kebesar.. tambahan Adam seorang yang tahan sakit pulakkan... aku pun dah pesan kat cezen aku n pada korang jugak ada anak kecik, jangan biar menangis lama-lama... tapi kalo 'taik' teriak/menangis tu tak boleh buat apa la kan...
Selasa, 5 Jun 2012
Carnival SP lagi
Assalamualaikum... cerita sabtu 2 minggu lepas, walopun dah lama dok dalam draf aku cita la juga untuk menambahkan cerita minggu ini...
kiterorang ke Caernival Sungai Petani untuk aku kali ke 3 la 1st time ari pi dengan geng VOC time mude mudi dolus... kali ke 2 dengan geng opis laki aku.. aku janji dengan adik bungsu aku lepas dia upsr ari tu nak bawa dia gi sini, pantu tunda punya tunda aku bawa semua sekali family mak aku pi... best... orang yang paling best dah tentu Adam. budak kecik ni memang suka air..
aku bajet kecik je tu yang ke Carnival, kalo banyak duit dah lama pi Sunway Lagon. Carnival ni kena gi hari ahad baru tiket murah. biasa RM12 kalo cuti sekolah RM18. hari biasa RM20+ kot.
en papa kena tiup pelampong yang kecut... jenoh la...
nampak mulut aku?? orang depan aku potong Q geram betul @#$%^&
nak masuk tpark dah, kena check bag, aku sebag bawa makan letak atas sroler, aku melulu masuk jugak sambil depa ralit... kui kui... jenuh x bawa makan dah la mahal kat dalam tu. nasib tak la ketat sangat undang2nya.. tq yer..
map, tapi tak seindah rupa... ok je... nama pun masuk 18hengget kan..
we....
my mak yang sakit lutut tapi mahu berjalan jugak...
mukes barus banguns tidos... teruga sunggung tengok air banyak depan mato...
gedek bak kata uncle..
my luv abah, lil sis n my luv mak
wahhhh nyaman je rase.. sejuk bang???
ok, memula aku bawa Adam main-main air, memula sejukkkk
ok sejuk lagi.... lama-lama sampai aku kena tinggai dia tak mau naik atas...
abah lambai mak (mak yang ambik gambo ini) "ai turun dulu darling.."
sampai tido pun dah tak sedar bukan main punya letih...
Langgan:
Catatan (Atom)