Khamis, 12 Januari 2012

photog!

Assalamualalikum korang... heran tak? heran tak? kenapa aku letak pic photog kat atas ni? aku nak cita dari tahun lepas lagi. tapi sekarang baru free. aku rasa omputih kat atas ni tak marah aku pakai gambar dia letak kat blog aku, malah aku promot. bukan macam sesetengah photog, sentap bila orang copy gambar dari blog depa.

Macam ni, dulu aku pernah tempek pic zetty time mengandung (dengan izin) cuma ada 1 gambar tu dari photog mana tah (tak ingat) aku copy gambar dari google, dengan kebodohan sewaktu itu tentang gambar copy dari blog telah meletak irenedahayu kat gambar dia. aku pun tak tau kenapa aku buh nama kat gambar tu. acely gambar tu cantik, kunun nak buat rujukan tuk shoot time aku peknen ari tu. so dalam bebulan lepas aku telah di 'hantam' dengan tuan punya gambar.

Kawan-kawan dia pun mai masuk blog aku, jadi nasi tambah! untuk tindakkan, aku buang post tu untuk tidak lagi depa ni banyak dosa kat aku. so baru-baru ni aku jumpa jery time wedding adik ipar aku, bergosip la kami. rupanya kat fb pun depa ni meroyan jugak. siap tag lagi nama photog aku tu time depa bergosip.

Dah kes aku kenapa la depa ni nak kait dengan jery. tah hapa-hapa kan? 1 lagi siap ada nasi tambah lagi dok tambah dosa. kunun nak bodek la 'orang lama'. tu yang lagi sakan depa kat fb.

Helo!!! orang yang hampa kutuk tu lagi murah rezeki dia daripada hampa yang suka cari kesalahan orang!

Aku ni bukan nak meroyan, aku dah say sory kat depa, tapi makin menjadi-jadi, tu aku nak update gak kat blog aku ni. sekurang-kurangnya depa baca (aku tau depa ni dok masuk jugak blog aku). photog yang pro tak kan ambik kisah bab remeh temeh macam ni melaikan mereka yang tak da banyak job n cari publisiti murahan.