Assalamualaikum.... selamat hari senin yang ngantoks sesangat. (aku yang tak cukup tido) update tengtang Adam Amsyar... Alhamdulillah Adam dan baik dari demam SAHAJA batuk selsema masih ada. pagi tadi dia cirit plak. sepanjang sabtu ahad beliau sangat manja dengan aku, almaklum lah tak sihat la katakan. khamis aku cuti khen, aku bawakan adam ke Hospital Sungai Bakap kul 8am (orang ramai nak mampos). disebabkan rabu Adam tak berenti muntah+cirit, dah la makan pun tak lalu. kesian dia. doc nak tahan Adam masuk wad, tapi aku buat muka 'cuak'. pas tu nasib doc suh makan ubat dulu kalo tak ok jugak kena datang balik n kena gak tahan wad. Alhamdulillah Adam dah tak muntah n cirit lagi. cuma pagi tadi dia cirit balik. masuk hari ni dah 2 minggu Adam selsema n batuk. hingus hijau ja seminggu, sampai aku kena gak bawa dia pi sedut. dah 2 hari jenih dah.
Maktok cadangkan aku bagi Adam ubat cacing, so semalam aku gi carik ubat cacing kat farmasi dalam ekosave. tu kot yang sebab dia cirit (agaknya). lagi pun adam dah nak masuk 1 tahun 4 bulan jadi dia dah boleh makan ubat cirit la kan?? anak korang kalo makan ubat cirit jadik cam ni ker? sukatan untuk ada 5ml je. dia kata suku botol kecik ni. aku bagi dalam camca kecil (untuk sup punya) tu puh jenuh aku dengan en papa memujuk.
Ini gambar Adam Amsyar pagi tadi, dia terjaga sebab nyot-nyot dia tak ada kat sebelah nak pegang. (tabiat anak aku yang tak dapat dibendung).
Aku harap sangat Adam cepat sembuh, susah hati aku tengok dia tak lalu makan. sehari 5 suap je makan, pas tu susu je. Adam seorang yang suka makan, so bila jadi macam ni susah hati mama.. bila dukung dia pun dah berasa ringan. minggu depan timbang mestu berat Adam turun lagi... Doakan Adam cepat sembuh ye kawan-kawan....