Rabu, 25 Januari 2012

Cita cuti

Assalamulaikum... dah semangat nak update blog (tak sangat sebab kebizian) tapi aku mencelah jugak. Akhirnya aku jadi jugak masak tempoyak ikan tenggiri. en papa planing nak makan 3 rasa, aku yang memandai tukar plan. untuk percubaan pertama tidak menghampakan. maskakan sama (lebih kurang) macam kat kantin tempat aku keja. Alhamdulillah menjadi. cuma kompleh dari en abah "kurangkan masam" pada hal aku rasa terlebih manis. adik aku kema suka dia kata "sedap kak" nanti leh cuba lagi.

Tapi tak sama rasa yang aku makan masak tempoyak ikan keli (semilai bak kata orang key el) masa kenuri adik ipar aku kat senawang. sangat la sedap masak tempoyak tu. nanti aku nak minta resepi walaupun kena buat muka tak malu.. kekekeke..

semalam (selasa) time ronda-ronda kat tam,an rumah aku, aku ajak dia singgah kedai, kunun nak beli telor (memang telor abis pun) aku sambar 1 magnum impian aku = balas dendam dari aku sakit gigi lagi nak makan.

Pilihan aku almond, sedap gak walopun RM3.90 rasanya macam tak berbalaoi! betul ke? vanila ja bagi aku sedap, coklatnya so n so jek. baik beli yang bekas beso tu, makan pun puas tak pun eskrim mcd je yang puas...

Cita jumaat, aku gi meting area juru, time keluar tol juru aku toleh tengok budak tol tu bagi duit apa la kat aku, rupanya duit baru. comey...

20sen ni beso sikit dari 10sen lama kecik sikit dari 20sen lama... my 1st syiling baru...

Khamis, 12 Januari 2012

Megi cup



Jemput makan korang.. panas lagi ni.. aku layan mage makan tengahari ni. tadi pagi makan nasik dah...

photog!

Assalamualalikum korang... heran tak? heran tak? kenapa aku letak pic photog kat atas ni? aku nak cita dari tahun lepas lagi. tapi sekarang baru free. aku rasa omputih kat atas ni tak marah aku pakai gambar dia letak kat blog aku, malah aku promot. bukan macam sesetengah photog, sentap bila orang copy gambar dari blog depa.

Macam ni, dulu aku pernah tempek pic zetty time mengandung (dengan izin) cuma ada 1 gambar tu dari photog mana tah (tak ingat) aku copy gambar dari google, dengan kebodohan sewaktu itu tentang gambar copy dari blog telah meletak irenedahayu kat gambar dia. aku pun tak tau kenapa aku buh nama kat gambar tu. acely gambar tu cantik, kunun nak buat rujukan tuk shoot time aku peknen ari tu. so dalam bebulan lepas aku telah di 'hantam' dengan tuan punya gambar.

Kawan-kawan dia pun mai masuk blog aku, jadi nasi tambah! untuk tindakkan, aku buang post tu untuk tidak lagi depa ni banyak dosa kat aku. so baru-baru ni aku jumpa jery time wedding adik ipar aku, bergosip la kami. rupanya kat fb pun depa ni meroyan jugak. siap tag lagi nama photog aku tu time depa bergosip.

Dah kes aku kenapa la depa ni nak kait dengan jery. tah hapa-hapa kan? 1 lagi siap ada nasi tambah lagi dok tambah dosa. kunun nak bodek la 'orang lama'. tu yang lagi sakan depa kat fb.

Helo!!! orang yang hampa kutuk tu lagi murah rezeki dia daripada hampa yang suka cari kesalahan orang!

Aku ni bukan nak meroyan, aku dah say sory kat depa, tapi makin menjadi-jadi, tu aku nak update gak kat blog aku ni. sekurang-kurangnya depa baca (aku tau depa ni dok masuk jugak blog aku). photog yang pro tak kan ambik kisah bab remeh temeh macam ni melaikan mereka yang tak da banyak job n cari publisiti murahan.

Isnin, 9 Januari 2012



Up date Adam Amsyar, Alhamdulillah tadi rehat aku balik kul 1 Adam dah tunggu siap kat luar rumah (beliau baru bagun titot) nampak ja aku sebut la"aish aish" dia tu. itu adalah perkataan yang sentiasa dimulut kalo nampak aku n en papa balik. Mak tok buat ayam masak kicap yang tak pedas, so aku nak try bagi dia rasa kot la dia mau makan. suapan pertama penuh paksaan dari aku, akhirnya dia buka mulut. suapan ke2 dia nga ngan, (dalam hati "yeh yeh adam makan") suapan ke3 dia mai sendiri kat aku. Alhamdulillah sangat sangat. dia dah mau makan. ada dalam 10 suapan. itu pun sudah mencukupi sayang... dah bagi nyot-nyot secukupnnya dia nak mandi, time tu la aku kena cabut pi keja, kalo dak, melalak la anak bujang aku sorang tu.

Nak Le tgo

PENGUMUMAN KEPADA YANG BERMINAT


Aku nak let go tudung kawin aku ni. aku pakai sekali tu je. boleh dipakai waktu nikah atau kawin. putih dan masih dalam keadaan baik.





^_____^
model lama.. kekeke..


kepada sesiapa yang berminat nak beli, sms or call me at 012-411 5214.
Assalamualaikum.... selamat hari senin yang ngantoks sesangat. (aku yang tak cukup tido) update tengtang Adam Amsyar... Alhamdulillah Adam dan baik dari demam SAHAJA batuk selsema masih ada. pagi tadi dia cirit plak. sepanjang sabtu ahad beliau sangat manja dengan aku, almaklum lah tak sihat la katakan. khamis aku cuti khen, aku bawakan adam ke Hospital Sungai Bakap kul 8am (orang ramai nak mampos). disebabkan rabu Adam tak berenti muntah+cirit, dah la makan pun tak lalu. kesian dia. doc nak tahan Adam masuk wad, tapi aku buat muka 'cuak'. pas tu nasib doc suh makan ubat dulu kalo tak ok jugak kena datang balik n kena gak tahan wad. Alhamdulillah Adam dah tak muntah n cirit lagi. cuma pagi tadi dia cirit balik. masuk hari ni dah 2 minggu Adam selsema n batuk. hingus hijau ja seminggu, sampai aku kena gak bawa dia pi sedut. dah 2 hari jenih dah.


Maktok cadangkan aku bagi Adam ubat cacing, so semalam aku gi carik ubat cacing kat farmasi dalam ekosave. tu kot yang sebab dia cirit (agaknya). lagi pun adam dah nak masuk 1 tahun 4 bulan jadi dia dah boleh makan ubat cirit la kan?? anak korang kalo makan ubat cirit jadik cam ni ker? sukatan untuk ada 5ml je. dia kata suku botol kecik ni. aku bagi dalam camca kecil (untuk sup punya) tu puh jenuh aku dengan en papa memujuk.


Ini gambar Adam Amsyar pagi tadi, dia terjaga sebab nyot-nyot dia tak ada kat sebelah nak pegang. (tabiat anak aku yang tak dapat dibendung).

Aku harap sangat Adam cepat sembuh, susah hati aku tengok dia tak lalu makan. sehari 5 suap je makan, pas tu susu je. Adam seorang yang suka makan, so bila jadi macam ni susah hati mama.. bila dukung dia pun dah berasa ringan. minggu depan timbang mestu berat Adam turun lagi... Doakan Adam cepat sembuh ye kawan-kawan....





Jumaat, 6 Januari 2012

OR vs TD


Tajuk apakah ini??? aku baru pas layan cita Ombak Rindu tadi. sangat best. last aku khatam novel ni time tu aku keja kat klinik. masa tu 'hantu' novel gak aku. bila tengok balik buku-buku aku, 1 kotak penuh. sekarang ni giliran adik-adik aku plak yang layan. aku tak da dah beli buku baru lepas ada Adam ni. baca dia lagi bagus khen...

Cita Ombak Rindu yang dibawa oleh aron memang sangat sangat terbaik!!! taoi maya macam kaku sikit. cara pakai tudung mu ok tak ok je.. lisa plak nak belakon garang, tapi tak 'ser' sangat. tapi allmost sangat puas hati. sebenarnya ada gak niat aku nak ajak en papa tengok wayang cita ni, tapi main dengan en Adam yang tak sihat, layan dwld jek.. kekeke...



Lebih kurang dengan cerita Tentang Dhia je. almaklum lah, TD aku tak pernah tinggal tau. nasib time last episod aku sempat gak tengok. cita ni lebih kurang OR kan. mertua hajat @#$%&*. ada jugak manusia macam ni sebenarnya tau... bila kita dapat mertua yang baik, bersyukurlah.. todia!!! pendangan cerita bawa kehidupan seharian plak.... tapi cerita-cerita yang kat tv memang terjadi kat kehidupn manusia kan...
lepas ni nak layan cita apa plak eh.. hehehehe... jumpa senin (kalo rajin update blog.. kekekeke)...

Rabu, 4 Januari 2012

Rambot Adam

Tanggal 1-1-2012 aku ngan en papa bawa Adam futung rambot a.k.a botakkan kepalanya, tapi tak da la sampai linchen. rambut dia lebat betul. aku beragak-agak nak futung rambot dia. bukan apa, dia selsema, sat ni time potong lagi banyak hingus tu. tapi aku tekad juga nak botakan dia. last potong hari tu sebelum besday dia, maknanya 3 bulan lepas la.

sebelum


selepas


Sebenarnya Adam dah selsema nak masuk 2 minggu dah. makan ubat dah tapi tak kering jugak hingus dia. siap berkahak lagi. pagi tai dalam 6.30 dia muntah kuar nasi. nasi dia makan semalam tak hadam ke ek? pas tu sebelum aku mandi sekali lagi dia muntah susu. kesian dia. tadi dalam kil 9 mak aku kol cakap Adam dok muntah lagi. sambil tido pun dia bagun nak muntah.

so last, aku dengan en papa bawa dia ke klinik rafi tu je la. tujuan untama memang nak seduk kahak dia. aku sedut manual tak mau nak keluar sangat. Alhamdullilah pas sedut dengan mesin tu ok dah. masuk keta, nyusu, terus tido. kesian dia. cepat sembuh ya sayang. mama papa risau, susah hati tengok Adam tak sihat.

Selasa, 3 Januari 2012

Buah Kampong

Assalamualaikum korang...

rasa lamanya aku tak update blog nih. nak update sikit2 la yer. last week kakak aku dari aloq staq balik kampung. musim buah kat rumah mak aku. alhamdulillah tak menang makan buah kali ni. rumah mak aku ada pokok durian, rambutan, manggis, dokong, langsat n cempedak. cempedak belum masak sepenuhnya lagi. balik rumah mak petik jer.. best sangat. untuk aku mak ada pokok kampung ni.

de rem-both-than


sangat sedap



de dokong

my peberet yum yum...


en papa sedang kait manggis




de kakak n bil.... banyak kan... untuk diaorang bawa balik aloq staq..



sementara tu, boboy aku ni seronok dok menyapu. pntang jumpa penyapu. like papa like adam...