Selasa, 29 Jun 2010

Kenduri

Assalamualaikum...
sabtu ahad lepas kawan en somi akad nikah + sanding... Zambri ngan pasangannya. dengan sekali akad saja dah sah jadi somi isteri.. teringat masa akad nikah saya dulu (mcm la lama dah kawen) seronok... dok kat dalam masjid jawi ni sampai lengok kaki dok bertimpuh tak begarak... siap ada kak2 mai tanya lagi "ok ka dik? kak tengok mcm sakit ja. takut nanti jadi apa2." saya cakap tak da apa. padahal dok tahan sakit kebas kaki yang melampau... kak tu takut saya teberanak nanti.. hehehehe...

blog saya ni tak berseri & tak bermakna tanpa gambar kan.. so layan gambar mak buyung nih...
mula2 boleh nak kenyeh...
habis tu cari tempat menyandar la...
ni dia pengantinnya... masa ni kat rumah dah
hehehehe...
time kenuri.. saya tak pegi.. huhuhu... en somi n de skul geng...

Jumaat, 25 Jun 2010

Pesanan tuk ibu mengandung...












Selendang

last week ayu oder selendang Radiusite ika, nak matchkan dengan baju ciffon kat kak qis... masuk tak???


Dah 7 bulan!!!


Assalamualaikum wth...
Alhamdulillah ayu dah masuk 7 bulan = 28 weeks dok bawa my baby ke hulu ke hilir... ayu sihat, baby pun bertambah sihat.

apa yang ayu rasa sekarang??

  1. hari-hari gatai kat bawah perut kat line stretch mark (--")
  2. sakit belakang
  3. naik tangga pun slow sangat, baru 7 bulan no...
  4. jalan lambat
  5. makan lambat
  6. cepat ngantok
  7. kuat minum teh ais/teh panas
  8. sakit ulu hati
  9. tiap-tiap malam betis kejang

Perkembangan minggu ke-28, bermakna puan hanya tinggal lagi 3 bulan sebelum saat kelahiran yang ditunggu-tunggu tiba. Puan mungkin akan menjadi sedikit pelupa, kekok dan agak janggal. sepanjang bulan-bulan terakhir ini, bayi kita juga telah mula menyimpan bekalan lemak dalam badan. Selain itu puan juga mungkin akan mengalami sakit ulu hati, senak dan kadang-kadang kejang pada bahagian betis. Jangan terkejut jika kita akan berhadapan dengan kontraksi. Ia bukan kontraksi untuk melahirkan tetapi ia sebalik adalah kontaksi kecil yang dipanggil iBraxton Hiksi. Sepanjang kehamilan kita cuba elakkan daripada berfikir perkara-perkara buruk atau negetif. Banyakkan membaca majalah-majalah atau menonton rancangan tv yang berfaedah untuk minda dan perkembangan kehamilan kita.



Rabu, 23 Jun 2010

Rumah...

cerita tentang rumah, teringin macam2.. nak buh macam2 kat dalam rumah kecik kami, tapi kena la cermin dengan bajet.. lagi pun bajet ciput, harga kena la ciput kan... insyaAllah kunci rumah akan dapat dalam bulan depan... so sekarang dok beli barang2 asas untuk rumah buat kami bertiga gunakan nanti... hanya alakadar dan termampu aje la yer...masa tengok kat web deko eric, terpaut dengan warna ni.. sweet kan.. biru+hijau... campuran warna yang cantik...




cerita ibu mengandung...

assalamualaikum...
nak cita sikit tentang ibu mengandung nih (sayer ler)... kebelakangan ni ramai yang tegur+kata+cakap "ila, idung hang meqelit no." "weh idung hang besaq no" ish ish ish... tak patut tak patut... tapi memang ayu sendiri pun nampak pembesarannya... tak cayo tengok la gambaq kat bawah nih... nak tau kenapa? masa kakak ayu peknen dulu ayu temankan dia ke klinik ayu ada tegur kat kakak "kak, idung kak tu kembang no.." nah ambik!!! la ni dapat kat ayu... sebenonyer sepanjang pi check pewut kat klinik sekarang ni pun ayu suka tengok idong orang peknen... hehehe...


kenapa ada gambaq bag coach? hemmmmm MENGIDAM!!! oh tidak.. dari sebelum kawin dulu pun memang dok taram lama bag coach ni.. tapi mahal gila.. sekali beli boleh bayar duit keta tuk 2 bulan... tapi yang ayu bekenan bawah 1k jek... cumilkan bag bawah ni EN SOMI kannn.......


Selasa, 22 Jun 2010

Hepi 'Abah' Day

Khas buat abah tercinta kami anak-anak abah ingin mengucapkat RIBUAN terima kasih di atas JUTAAN kasih sayang yang abah berikan buat kami... abah terlalu bermakna buat kami, tanpa abah siapalah kami... hepi fathers day ABAH...

abah tengah potong kek, abah tanya "awat yang mcm keras ni?" memang keras pun abah, nama pun chees cake, sedap nak mampos.. walopun qupa mu tak comey, tapi rasa mu sedap la sangat2...
kitaorang kat C4 hokeh, baru pas balik rumah kakak... tengok muka mak yang tak larat+tak sihat=pucat, tapi demi abah singgah jugak... kalo perasan abah ngan mak nampak susut sikit.. depa dua tak sihat dah seminggu tak lalu makan.. kg pun dah turun...
en somi yang lapaq sangat2 ngan adik irah yang pantang tengok kemera... gambaq aku gak tak dok... huhuhu...

gambar selingan ini khas buat SUAMI tercinta, hepi 'papa' day walopun tak jadi papa lagi... we luv u...

Khamis, 17 Jun 2010

Selsema


salam... achuh!!!! beresin lagi sampai pening kepala.. selsema plak+batuk=fenin leh ana fenin...

huhuhuhu.. frust!!!!!!! kasut dah abis stok... banyak blog ayu masuk, kasut baby oren tu dah abis... kepada sesiapa ternampak kasut baby adidas kale oren kat bawah ni sila la bagi tau ayu yer....

tak banyak pun nak tulis, tapi nak gak update blog...

Rabu, 16 Jun 2010

Barang Baby

Salam..
wah pepagi dah masik blog, bukan nak mai buat kija :P pepagi lagi dah tengok barang baby kat online shopping... santek kan... bekenannya kasut kat bawah ni, 49 hengget.. mahal ke murah? tapi bukan ori la.. nampak cam APE kan, tapi adidas, kalo APE lagi la comey... yang tak tahan baju kat bawah tu, comelnyer... nak beli ke tak??? nak bodek en. somi plak la pas nih... harap2 dia bagi, amin...



Isnin, 14 Jun 2010

Sakit....


assalamualikum...
cita pasai sakit lagi... cuti2 orang nak beseronok, jalan2 sakit plak yang menimpa.. sama ngan huby & mak... huby batuk+selsema+demam, mak demam+batuk sampai tak leh bangun2.. saya batuk+badan rasa seram sejuk+selsema+pedih ulu hati+dz...


semalam yang betul2 saya sakit, sampai tiyak... sebab sakit perut, akibat dari meneran batuk, perut pun tarik (sakit)... pinggang plak buat hal, sakit betoi... ulu hati pedih+sesak nafas. minum geviscon tak jadi apa pun.. gi klinik doc jimy tu dia beranak plak, ganti doc gomen, dapat Cimulcer Tablets, alhamdulillah lega sikit.. memula tu takut gak ada darah tinggi, alhamdulillah tak ada...


tadi, saya gi klinik ambil surat refer kat klinik mata BM, doc cakap nak kena opret, tapi dah prenant tak boleh lagi, just pi buat checkout jek... kebetulan esok sepatutnya scan n tengok result minum air gula, semuanya dah tengok tadi. scan, my baby dok tak senyak, sesah doc nak ambil panjang tulang paha dia... n doc cakap baby semua ok, tak besar & normal.. darah tinggi pun tak da result dari minum air gula n check darah ari tu.. alhamdulillah.. lega sangat2, baby sihat saya pun sihat... cuma berat saya turun sikit, mybe sakit tak lalu makan kot...

Meh kita kongsi sikit tips untuk pedih ulu hati ketika mengandung

Jika anda sedang hamil, mungkin anda akan mengalami pedih ulu hati. Untuk mengelakkan atau mengurangkan rasa tidak selesa ini, amalkan tips berikut :

  1. Makan dalam kadar yang sedikit tetapi kerap. Sentiasa bawa bersama anda bekalan biskut kering atau mungkin buah seperti kurma.
  2. Makan secara perlahan-lahan.
  3. Jangan minum sambil makan air. Minum selepas makan, dalam kuantiti yang sedikit.
  4. Elakkan makanan-makanan yang pedas.
  5. Elakkan makanan yang berasid seperti jeruk, tomato dan cuka.
  6. Elakkan minuman berkafein seperti kopi, teh dan air kola.
  7. Elakkan merokok dan minuman beralkohol. Ia juga tidak baik untuk bayi.
  8. Jangan baring sekurang-kurangnya sejam selepas makan.
  9. Jika berbaring, tinggikan kepala dan dada daripada kaki/perut.
  10. Jangan memakai baju yang ketat terutama di bahagian perut dan pinggang kerana ia meningkatkan tekanan pada perut anda.
  11. Minum minuman berhalia. Anda boleh buat sendiri dengan merebus halia dan letakkan gula secukup rasa jika suka.
  12. Makan chewing gum. Kandungan bicarbonate dalam chewing yang beralkali akan meneutralkan keasidan dalam perut.
  13. Jika ingin tunduk, jangan tunduk dengan membengkokkan pinggang. Cara yang sesuai, bengkokkan lutut.
  14. Jumpa doktor untuk preskripsi ubat untuk pedih ulu hati.

Khamis, 10 Jun 2010

Sakit Mata

Meh ayu cita sikit kejadian yang menimpa diri dah 1 minggu... memula tu memang tak perasan (sebab rabun+jarang nak tekap muka kat cermin dekat2) 1 pagi pas mandi nak mai kija ayu rasa sakit sangat kat dalam mata, pedih macam masuk air klorin yang banyak, tengok2 je kat cermin, nah hai, merahnya.. siap ada selaput dah besar...

selaput tu dari sebelum kawin lagi memang ada (macam pic no. 2), tapi nipis sangat2, masa check kat spital pun doc kata tak nampak pun, sebenarnya bukan tak nampak, dia dok nampak tang lain (--") so saya abaikan la ingatkan tak jadi apa...

tup-tup naik balik, siap dah besar pun. memang hari2 pedih, tambahan lagi kepala ni dok bawah ekon, lagi la terasa pedihnya... sekarang ni lagi sebelah plak naik sikit...

ayu memang nak p jumpa doc, tapi ayu rasa memang nak kena p kat doc yang sama ari tu. tak mauuuuuuuuuu!!! kenapa? doc indu+laki=GATAI.. ayu planing nak pi hari selasa nanti, kalo pi spital tu mintak2 la tak dapat kat doc tu... doc tu biat apa? macam ni, masa ayu pi tu pagi, petang dia suh mai balik, ayu tak pi n petang tu dia call terus tanya kenapa tak mai? (no tel dia ambik kat card rekod) ayu cakap ada meting urgent kena att. so dia suh mai esok. still ok lagi, tetiba ja malam kol kul 8 terkejut jugak, dia bagi tau saja nak sembang. ayu dah rasa semacam ja, bina tak da ka dia ni? umo dah nak dekat 40. pas tu kul 9 call, kul 10 call saya tak jawab. pas tu hari2 call, lagi la tak jawab.. tah hapa hapa.. memang ikut hari ayu nak report kat pengarah hospital BM tu, dah lama2 lupa.. sebab tu la ayu tak mau pi...


ha!!!! comey tak baby lembu ni.. masa gi ronda2 kat billion, ternampak patung baby lembu ni, comey la sangat2... cakap hat huby nakkkkkk.. nasib la permintaan lulus... ayat bodek huby "nak beli tuk baby nanti.." masa dani balik, dia nampak, dia usung merata... budak laki bawa anak patung??? bukan patung tuk baby girl, so laki pun ada sifat kemanjaan kan... so buy sekali lagi tuk dani... suka dia...
ada sapa2 merindui saya??? ada?? wahhhhhh seronoknye saya... ni pic kemarin.. tak basi kan. muka fresh mai opis... walaupun mataku sakit, tetap mem'pozing'kan untuk hampa.. :D

minggu ke 26....

assalamualaikum...
rasa macm lama tak mem'blog'kan diri, tapi baru ja seminggu khen... saya dah masuk 26weeks pregnant.. macam biasa my baby aktif la sangat2... makin ketara dia begerak, makin ketara perut saya... semakin sehat... nak check 15hb ni result darah keluar n nak scan baby nak tengok lagi beso ke tak...

2 3 hari ni saya mula berasa sakit kat belakang pinggang & bahagain tulang punggung belah kanan. yang kes punggung tu saya sorang je rasa, sebenarnya dulu saya pernah jatuh katil punggung jatuh dulu, katil 2 tingkat tu yer... sakit sangat... masa jatuh dulu sakit sat je, tapi time mengandung ni lagi bertambah kalo tido silap...

Fenomena yang sering berlaku pada minggu ke-25 dan minggu ke-26 ialah badan kita akan senantiasa berpeluh dan berasa panas. Bagi menghilangkan rasa panas tersebut, minumlah banyak air. Untuk mengelakkan dehidrasi semasa bekerja terutama ketika berada dalam penghawa dingin (aircond), basahkan tuala kecil dan lapkan pada bahagian muka, leher, dada, peha dan perut. Pakailah pakaian yang longgar untuk keselesaan. Pada minggu ini saiz bayi kita sudah mencapai 33 cm.

sori + frust sebab tak leh tempek gambar, entah apa jadi ngan tenet kat opis ni... (--")

Khamis, 3 Jun 2010

Kena minum air gula???



salam... buat pertama kalinya saya kena minum air gula kat klinik tadi...
semalamam kena berpuasa mula dari kul 10.00malam. apa pun tak leh makan & minum...
dah sampai klinik memula kena ambil darah 1 tiup tangan kiri, pastu minum air gula suma (rasa memang manis, tapi manis yang boleh minum ok, tak la teruk mana) balik rest 2 jam tanpa makan & minum jugak (lapaq Tuhan ja yang tau) kemudian mai klinik balik... ambil darah lagi tangan sebelah kanan pulak, susah plak nak cari urat tangan kanan, s.nurse tu kata "tembam sangat nih.." hehehe... alhamdulillah semua ok.. nanti jumpa doc scan baby & tengok result..

kenapa saya kena minum air gula??? hari isnin saya gi scan baby, nak tengok baby la sebab ari tu kat klinik gomen sat je, tak puas. kali ni en somi pun masuk sekali... memang puas, memang syok, siap baby genggam n buka tangan dia.. comey la sangat2... girl or boy? hehehehe.. nak bagi tau ker? nanti la no... ada 3 4 orang dah tau, tapi kat blog ni je saya rahsiakan sikit... lupa nak cita kes minum air gula, baby dah 6month & beratnya dah 1kg, my baby beso sikit dok cakap, tulang kaki panjang (ikut dady dia la tu) berat ni terlebih sepatutnya 24weeks baru dalam 800g, tapi dengan berat dia sekarang sama dengan baby 26weeks... sebab tu la kena minum...