Khamis, 22 Oktober 2015

Gulai Lemak Ketam

Hari ni nak berkongsi resepi turun menurun dari arwah nenek kesayangan... kebetulan hari tu en papa pegi econsave nampak ketam besarrrrr.... terus nak makan gulai masak lemak ni. resepi ni jugak boleh buat dengan udang.

Bahan-bahannya
3-4 ekor ketam
1 biji nanas yang dah masak (cincang)
1 biji bawang besar (kisar + air)
1 paket kecil rempah ikan
Separuh kotak kecil santan
Gula (secukup rasa ya)
Garam (secukup rasa ya)
1 biji telur ayam

Caranya
-Panaskan periuk, masukkan bawang kisar + nanas + rempah ke dalam periuk
-bila mendidih masukan gula & garam. biar 2-4 minit
-masukan ketam biar seminit masukkan santan
-masukan telur dan kacau

Siap boleh dimakan.

Kalo nak kuah bayak tambahkan air masa letak rempah tu. Boleh jugak kalo nak tambah benda2 lain ikut citarasa masing-masing...






selamat mencuba...