Langkau ke kandungan utama

Raya Day 1

Assalamualaikum....

Baru ada masa nak update blog ni... Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin kepada pembaca2 blog ayu yer...

Sepanjang puasa ni kelogram mentain 75kg... hahaha... dulu lepas bersalin dapat 71kg u... ni naik balik.. huhuhu serik jugak untuk menjejaki 80kg. hazab nak turun badan. nak naik cepat ja... tapi en suami turun mendadak sampai lepas raya mentain ja makan sikit.. katanya "iman kena kuat!!" hahaha... kekadang iman tak kuat mai abis semua deit... lepas raya kita diet sama2 eh...

Tahun ni raya pertama di rumah in law kat sungai bakap. tema tahun ni warna kelabu yer, Ammar Rifqi pakai balik baju abam Adam Amsyar masa umur setahun. elok je badan diorang. papa pun pakai baju lama yang masih nampak baru. mama dengan abam jugak dapat baju baru... yang bestnya 3 hari nak raya baru nak cari baju abam.. hihihi...

Ok mari kita layan cerita begambar....

bersama lil boy yang semam sehari sebelum raya, memang la mood tak elok. ni pun gagah bagi pai baju. kalo tak pakai pempers ja la nak bagi panas keluar. gambar di atas abam ambil, pandai dia... dia cakap "mama.. senyium...." mama pun apa lagi tujukkan la pipi pau itu...

bila kita nak ambil gambar dia, biasa la buat macam cek ta ambil gambar, tak mo tengok kemera. pas dah snap lari mai kat kita nak tengok gambar dia tadi.

budak ni sekarang suka main benda bertali, tengok ja tali tu begerak macam mana... sekarang ni dah merangkak merata dah. siap bediri lepas tangan lagi. orang kaki dah kuat. bertaktih sambil pegang kerusi pun boleh dah.. Alhamdulillah...


weols asben n wife... 

gambar pertama keluarga kami... 



bila kita minta dia smile macam ni la rupa dia... haha.. apa pun abam tetap cute sayang...

adik tak da mood la dah demam kan.... muka paksa...

raya kali ni SIL masak. sedap.. dia buat mee kari ngan lontong... ai makan lontong berpinggan lupa ada mee kari... sedap kak... minta maap tak tolong banyak, anak2 pun meragam... 

abam dengan kazennya... baju hijau tu sebaya tapi dia terlebih besor... sebab si baju hijau tu lahir pulak tak cukup bulan, lagi nampak kecik la.. baju biru pulak adik kepada en papa.

tu dia... suami tuan belog baru nampak... adik oiii cute la dok tengok orang macam tu... gigit pipi baru tau...

tengok pakcik sebelah rupanya.. ni atta kawan en papa dari kecik sampai sekarang...

tu ha...... comot baru lepas makan mee... bajet bulu mata panjang la tu terlupa kat lubang idong besar... saya ja letak pic abam banyak2... esok2 abam dah besar jadi kenangan...

sesi ambil gambar keluarga bermula... abam dok buat jadi tugu pulak kat sini...

tara.... inilah keluarga mertua saya....  tapi sorang tak da, adik perempuan bongsu, dia kerja... yang dudu dari kiri abang ipar no 2, abang ipar no 1, mak, ehem, biras. belakang tu dif2 kehormat la... hihihi...


masa ni dia kalut nak ambil kemera.... 

bersama ibu mertua ku... mak macam tak da mood, mungkin anak bongsu tak da, tak cukup syarat la.. apa pun terima kasih mak n seluruh ahli keluarga yang amat memahami kami semua...

Catatan popular daripada blog ini

Ekzos Bocor

Salam.. keta aku dah lama ekzos bocor. ada kot dlm 4-5 bulan lepas. macam mana boleh tau? kalo korang perasan, akan kedengaran bunyi semacam bila dok dalam keta or kat luar (ekzos) itu lah berlakunya kebocoran. aku ni beragak-agak nak pi. so kemarin my laling sudah ajak, ikut la sekali. kena RM80. layan cita bergambar ini ya...
keta baru diangkat
my laling, auw sexsi bang...

kebocoran . . .

tengok!! besaq kan? orang tu pun tekejut, laki aku pandang aku, aku? buat besaq mata... org tu cakap produa pakai besi nipis. memang nampak kenipisannya hokeh!

sudah dibugilkan

tara!! dah psang yang baru (standat) tak mo la buh macam2, habis duit ja. kan???

tup-tup aku jalan depan sikit, perasan plak yang tong besar ekzos ni berpotensi untuk bocor jugak. so minta org tu welding sikit. hemmmmm.. keta ok keta...

Berhati-hati dengan Minyak Angin

copy from my friend...
Ini untuk pengetahuan awak dan bolehlah awak sampaikan atau pesan kepada kawan-kawan tanpa mengira kaum agar apa yang berlaku kepada anak saya tidak berulang kepada anak kawan-kawan kita dan juga umat manusia seluruhnya.
Ahmad Tarmizi Ahmad Basri (anak kesayangan saya yang kelima) 3 tahun
17/08/04 - Deman biasa dan dibawa ke klinik untuk perubatan
18/08/04 - Masih deman dan perut kembong akibat tak selera makan kerana sakit tekak
19/08/04 - Saya kurang senang dengan kesihatan anak saya dan bawa dia berjumpa doktor pakar.
Setalah diperiksa soalan pertama yang doktor tanya kepada saya serta isteri saya ialah...'ada sapu apa-apa minyak di perut' bererti sebagai doktor dengan ilmu kedoktorannya dia tahu bahawa puncanya adalah disebabkan minyak angin.Anak saya dimasukan ke wad. Dia dalam keadaan koma tanpa membuka mata, berkata-kata, bergerak dan pernafasan pun dibantu dengan alat penafasan oksigen. Darah,kencing diambil bagi tujuan pemeriksaan.
Keputusan pemeriksaa…

mata memangdang matalah puncanya

wahhh.. belagu nurkumalasari aku pagik2...

salam korang...

aku besiaran dari opis. (sambil memandang pintu bos aku) kekekeke... ari tu pas aku check adam, aku ngan en somi pi klinik mata di hospital bukit mertajam. doc check mata aku (perempuan melayu, umo 30+, kurus, baik :D)

doc : emmm ada selaput kat belah idong, 2 belah no.
aku : a ah dokte
doc : dari bila?
aku : dari peknen lagi. dulu masa saya peknen 5 bulan ada mai jugak, doc cina pompuan cakap tak boleh opret n bagi ubat yang kuat sbb saya tengah peknen. doc tu cakap lagi mei pulak lepas bersalin kalo tak hilang. tu yang saya mai ni.
doc : boleh opret dik, tapi kalo opret kompom naik balik dalam masa 3 tahun lepas tu. so ketua kami dah bincang bila orang muda yang ada selaput mata ni tak yah buang, selagi tak da risiko apa2. contoh macam selaput dah sampai kat anak mata hitam, yang tu memang kena buang.
aku : sebab apa yang jadi selaput ni ek dokte?
doc : sebab kena habuk, tengok moniter komputer, ekon, mata kering, bekas makeup &…