Rabu, 29 Ogos 2012

t o s e i

Salam korang... kenal tak apa gambar di atas? wahhh aku tanya macam kat budak-budak pulak yer... atas ni tosei/tosai adalah makanan tradisional orang inda dan menjadi peberet keturunan mak aku. kebetulan aku pula berkahwin dengan en papa yang keturunan mamak lagi la menjadi-jadi la kami.

So raya ke 2 kami (family mertua aku) ke rumah biras mertua aku mami (kaw mamak) pergi beraya. rumah mami ni kalo raya ja kompom ada gulai kambing & nasi dalca... tosei pun selalu ada dalam petiais dia... macam mana tah tersembang pasai tosei, terus dia tanya "nak resepi?" aku apa lagi la, kembang terus otak nak save apa yang dia nak cita... korang pun nak resepi?

-Bahan-bahan tosei, 2 cawan beras + 1 cawan uluthu = direndam semalaman
*aku rendam pagi

-Malam tu dalam kul 10 belender bahan rendaman + sikit garam + sikit yis
*Biar kat luar tutup sikit tak mau bagi apa-apa masuk. pastikan bekas besar sebab nanti dia anak naik, aku pakai bekas kecik abis melimpah keluar.

-Esok pagi-pagi nak sarapan boleh la masak. adunannya tak pekat tau, cair2 sikit.

Aku pakai kuali mcm buat buger tu, khas nak buat tosei tau... pas tu aku wakaf kat mak aku.
Buat la macam ni, kalo ada cawan/mug macam mamak tu lagi cantik. tapi aku pakai sendik pun ok dah.
Api sederhana, n pakai minyak sikit.
JANGAN LUPA! tutup dengan penutup periuk.
 Buat la seberapa banyak pun...makin lama makin best, macam sauna ja aku kat dapur.

aku buat dalam 20 biji kot, nasib abis, aku sorang pun 4 biji...kekeke...
Pastu aku buat sambai nyok pulak, yang ni memang peberet kami, kompom kena ada.

Bahan-bahan kelapa parut + cili kering goreng seperuh + daun kari, bawang, biji sawi goreng + belender kesemuanya... toup air sikit demi sedikit.

pastu gaul + separuh cili tadi.
 Jadi la macam ni.... lebih boleh simpan dalam petiais..
dah akhirnya...

.

.

.

dicampur dengan kari mak aku yang paling sedap didunia... idea aku cuma gorengkan ikan kembong tu dulu n tanpa santan.. baru la macam kari india.. selamat mencoba...