Isnin, 12 Disember 2011

2nd Year Annivesary

Assalamualaikum. hai suma kepada bloger yang rajin masuk bloh ai ni.. rasa macam lama jer tak update blog ai ni. dah besawang uuu.. ke'bz'an kerja memataskan ini semua. besa la hujung tahun ni keja banyak nak kena satel cepat. tahun depan keja baru plak nak mai. so untuk bagi bos nampak kita buat keja, kena la satel apa yang patut. Alhamdulillah keja aku sekarang ok, tak macam dulu. aku rasa sendiri la. dulu keja lambat siap, sekarang orang oder ja dah naks siap. bagus tak aku?

Hari ni 12/12/2011, monday. 2 tahun lepas 2009 hari sabtu, aku telah menjadi isteri kepada en papa yang sah. sangat best bila dah jadi bini orang ni tau. dapat masak kat somi kita, pakai dia kita urus (en papa iron baju sendiri lepas aku bersalin). untung tau ada somi ni, bila sakit demam kita leh la nak ngada-ngada sikit...

Dan sebagai seorang isteri, aku mencuba buat yang palingggg tern=baik untuk rumah tangga aku. bila kita ni berkahwin, maknanya 'tanggunagan' kita bertambah. bukan tanggung anak, tapi tugas sebagai isteri tu, berat bagi yang k.o, ringan bagi yang o.k. bagi aku 'ok la' kekeke.. masak tu tak sangat sebab keja 8-5, balik ambik adam kat rumah mak tok, dah dibekalkan lauk. so aku balik rumah masak nasi n sayur je. kekadang aku masak gak taw. en papa paling peberet sambal sotong la. bila kita masak, so kita pun natam sekali kan? jadi untuk pengetahuan korang berat aku hampir mencecah 80kg @#$%^&*. aku dalam pemprosesan berdiet hokeh.

Aku nak buat cam time nak kawin hari tu. harap-harap ok la. sampaikan kak aku yang balik sebulan sekali pun tegur "hang ni adik makin kak balik, makan 'sehat hang no..." aku? 'senyum' sambil menampakkan lemak dagu yang berlapis-lapis.. kekeke... so aku sekarang dah ke kelas arobic (kekadang tuang!) dengan opismet aku. rabu katanya nak join balik badminton. insyaAllah la... kalo bad ni memang kompom peluh banyak kelur. seronok main bad ni. ingat lagi time aku wakil daerah main dengan daerah lain kat Jabatan aku. dapat no. 1 tu....Alhamdulillah, kami telah dikurniakan seorang ADAM di dunia kami.. semoga dengan kedatangan adik-adiknya (kekekekeke) lepas ni lebih menceriakan hidup yang tersedia ceria ini.. amin...


i love u so much suk... ^___^