Jumaat, 19 November 2010

Big day

17-09-2010

Detik sakit!!! lingkungan jam 3pagi tengah tidur bawah perut aku sakit, macam nak cirit (senak), sebab petang tu aku sakit cam ni jugak+cirit teruk dengan muntah 3 kali (kat luar rumah tok wan). pi toilet tak membuang pun, tapi aku ambil tisu lap sebab rasa macam kuar keputihan, tengok2 ada darah, tapi warnanya ceroi jek (aku dah cuak <--mak metua aku suka sebut). sakit 15minit sekali. tapi sakit yang boleh tahan lagi. mai kul 4am bertambah sakit, so aku, mak, somi siap2 & terus ke hospital sungai bakap. nurse check tengok dah terbuka 3cm, so kena tahan wad la.







Petang dalam kul 4.30pm nurse mai masa aku dok nyembang ngan somi suh aku mandi+basahkan kepala (katanya senang tebuka mandi basah kepala) tah napa petang tu aku rasa sejuk sangat, mengeletaq jugak aku dalam toilet.

dah siap mandi, pakai baju, aku bagi tau kat somi (mak, kakak (tunggu hari jugak), adik2 suma ada) terus cakap kena masuk LR. aku dah mengelisah "nak beranak dah ka aku nih?" masa tu aku minta sangat2 cepatkan perjalanan bersalin aku nanti. aku dihantar ke LR lepas check dah 5cm. mula2 tu ok la, pas tu semacam ja rasa 5minit sekali sakit bawah perut macam nak pecah. jam tepi mata ja, kul 6, kul 7, kul 8, kul 9. Ya Allah bila la aku nak beranak nih, makin lama aku rasa macam nak bagun berjalan ja, bacaan kat jantung baby pun dok lari sebab aku mengiring sat kiri sat kanan sat rasa nak mengamok la.. misi kat situ sampai tak tau nak buat apa dah kat aku sebab aku 'macam' jerit "misi tolong misi..." (--") sambila aku baca "lailah hailla anta subha nakain ni kuntum minaz zolimin" beratus kali rasanya.. seluk tu rasa berkali2 dah sampai aku suh depa tengok lagi kot dah 10, tapi tak pon...

tetiba dalam LR jadi kalut semacam, tirai aku kena tarik, aku ingatkan aku nak beranak dah, rupanya ada orang nak beranak, aku dengar kak tu tak sakit pun, yang aku dengar uh uh ja (teran anak) Ya Allah 10minit pas tu ja kak tu beranak baby girl, jait pun tak uh eh.. pastu ada nurse yang aku suka tengok muka dia (siap tolong ikat rambut aku yang serugum tu) dia kata "adik dengar dia senang beranak kan? tak pa la adik, adik anak sulung dia anak yang ke 10 dah ni.." dalam sakit aku tekejut+tergelak, patut la no...

sakit aku mai balik. dah kul 10 baru 8cm. aku dah tak keruan, misi tanya aku ada air tak? aku cakap ada, tapi kat somi. budak pelatih gi ambilkan. ada 1 misi tu pakai anak tudung itam, muka garang nak mampos+menyombong mai tanya (macam marah) "awak minum air akar tu awal ka?" aku pun ya la. tak boleh!!! jangan!!! jangan minum sebelum bersalin. misi2 tu semua kata "yang sebenarnya air selusuh, akar siti fatimah atau apa2 air penawar jangan minum awai2. kena minum dah nak bernak ja. sesetengah hospital tak boleh bawa masuk kan... aku pun tak tau.. aku minum dari perut 8 bulan. sebab tu depa kata aku sakit awai. aku pun tak tau yang mana satu betui... pas tu budak pelatih ambil air tu sapu perut aku. sapu lah...aku dok sakit macam tu jagk...

sampailah pukul 10.30pm makin sakit baru 8cm, makin sakit, tekanan darah aku dah naik. misi2 kat situ dah macam susah hati, aku buat tak tau la, tapi aku tanya gak pelatih tu, kenapa? "kak kena pi hospital sebarang jaya sebab tekanan darah naik, takut jadi apa2 kat kak n baby.." ooo ok, cepat la sikit, aku dah tak tahan dok kat sini. hospital sini tak da pakar aku terpaksa dihantar ke hospital seberang jaya. masa kuar nak masuk ke van ambulan aku nampak mak, abah & somi aku. muka somi aku yang terkejut (baru mai sbb tadi balik mandi sembahyang) aku sempat lagi melemparkan senyuman +sakit kat dia... nak dijadikan cerita katil yang depa tu tolak aku tak muat naik van tu, sakit perut aku depa tolak, kena turun balik katil tu, tukar katil lain, dreba van+abah+somi ada 2 lagi angkat aku tukar katil. dalam hati aku tercakap "naik jugak aku van ambulan, sonok, merasa jugak.." kekekeke...

sepanjang perjalanan perut aku makin sakit, tapi apabila ditemani mak tercinta aku hanya mampu memegang tangannya. somi ikut dari belakang (en somi siap sempat merakamkan van aku naik kat hp dia) sampai je hospital, aku terus hantar ke LB. (laju ooo depa tolak) ooiii ramai gak yang nak beranak, aku dok katil ni 7 tepi dinding... dok, ceck perut semua, bukaan dah 9cm (semua doc laki cina hokeh!!!) dalam 15minit rasa macam nak terkeluar baby dah, masa tu aku mengiring, terus panggil Snurse tu "misi nak teberak dah!!" (--") dah 10cm, ada Snurse dok dengan aku suruh push. (nama dia liza tak silap aku) aku memang tak pandai meneran, tapi aku ingat ada pelatih bagi tau aku "kak berak tacam taik keras" dalam 8kali meneran (tak peran kepala baby dah kuar) dengan guntingan, Alhamdulillah baby aku dah kuar tepat 18/09/2010, 12.02am, 2.97kg. aku dengar suara dia tiyak comel.. Snurse letakkan baby atas dada aku jab dalam 30saat aku metatap wajah Muhammad Adam Amsyar, "comeynyaaaa macam muka aku!"aku kata dalam hati... pas tu Adam Amsyar misi lain ambil bawa bagi mandi, sementara tu aku kena jait (20minit ja kot) Snurse tu buat elok sambil sembang dengan aku, dia kata 'pandai teran' tak pandai mana pun sbb aku ni memang sembelit!

18-09-2010

Dah satel, aku minum milo panas, fuhhhh lega... baby pun mai, misi suh bagi susu, memang kekok, dengan bantuan misi bagi baby mengiring aku pun bagu susu. dalam hati "Ya Allah pandainya anak aku minum, wanginya dia, comelnya anak aku ni.. terima kasih Tuhanku..."

LR penuh, aku kena dok tepi dinding, bagi orang lain beranak plak, seronoknya dok kat baby, mak ngan somi tunngu kat luar, aku tak tau macam mana nak bagi tau kat depa, aku panggil misi yang lalu dalam kul 3am, "dah bagi tau somi saya ka?" misi tu kata "kami tik kat luar dik" ooo alhamdulillah.. qupanya pas aku tanya tu baru tik. lama sikit (banyak) kul 6am aku baru leh kuar dari LR. aku nampak mak, tapi mana papa? huhuhu... dia kata dia bari pi toilet, time dia tak pi aku tak mo kuar plak...

bila aku namak mak aku aku senyum, somi pun datang aku senyum dan semuanya senyum.. dengan azan yang sayu, kegembiraan teserlah diwajah suami aku... airmata kesyukuran berlenang dimata.. aku gembira, aku dah jadi MAMA macam korang....




pagi 18/09/2010, idog aku masih kembang!

Adam Amsyar, mama, papa



tima kasih kawankus...

rindu bau rambut asal Adam Amsyar
ribuan terima kasih & penghargaan buat;
  1. Allah SWT
  2. Suami tersayang
  3. mak, abah, kakak & Adik2 tercinta
  4. Snurse Liza @ L.Room
  5. kawan2 aku yang sentiasa mendoakan aku
  6. nurse hopital seberang jaya
  7. nurse hospital sungai bakap