Annual Year End Concert And Graduantion Day, Ilmi Orchard Montessori
12 November 2016
UniKL, Kulim
Alhamdulillah, walaupun setahun ja abam kat sini sangat memberi kesan. pandai sembahyang Dhuha, membaca lebih baik, menulis lebih baik n lebih berani bercakap depan orang ramai. konvo kali ni buat dekat kulim, so dari rumah bertolak kul 7 sebab nak beli sarapan lagi kat si abam ni, kalo tak makan sat ni boleh dengar dia minta sampai kita letih dengar.
Sepanjang separuh hari dok kat IOM ni cikgu2 semua selesa dengan dia, ada yang cakap nanti Amsyar tak da mesti sunyi. cikgu faten cikgu utama abam, sayang sangat dia kat abam.... terima kasih ya madam faten, miss diana n miss nurul mengajar dan menjaga anak kak dengan baik sekali. tak lupa juga kawan2 yang selalu dekat mulut abam iaitu taufik, nurul, auni. yang adik2 baru pun dia ingat jugak iman, danish, izz dengan sapa lagi mama lupa, maaf ya.
so mari kita layan cerita begambar ya.
ingatkan ramai dah, rupanya antara yang paling awal juga mama sampai.. hihihi...
selfie dengan abam dulu, mata tu seronok tengok keadaan sekaliling...
dengan papa pulak
ni la danish, danish sampai awal mai dok sebelah abam, abam senyum ja malu2...
dok sat miss nurul panggil p belakang
masa ni dah penuh, tapi kebanyakan pakat buat hal masing (jaga anak hihihi.. ammar kena tinggal dengan maktok, bukan apa sat ni ammar lari2 mama papa tak boleh nak tupu kat abam, kesian abam...)
persembahan pertama, kiri abam taufik, nurul, danish, iman
depa tengah menari n menyayi lagu 'happy'. ni semua anak2 IOM dari semua cawangan.
tuptup bunga api keluar pakat terkejut semua atas tu... hihihi... seronok tengok gelagat depa, pakat diam sambil gelak...
ustazah bagi ceramah sikit tentang 8 sifat anak2.
setiap sebelum persembahan, akan ada montaj depa traning kat school masing2...
abam menari lagu cina, comel ja tak banyak pegerakan...
tunduk bagun tunduk bangun, tapi hebatnya anak2 kecil ni tak lupa step!!
masa habis tu siap lambai lagi dedua orang tu...
ni lagu arab
ni best lagu kinabalu
ni semua 6 tahun, buat poem
si nurul tak jalan lagi dia panggil, kami kat bawah pun dengar. takut kawan dia kena tinggal.. hihihi...
ni lagu apa tah mama tak ingat, tapi abam memang penuh perasan menumbuk...
miss diana dok depan pun nampak cute ja ajar...
kan mama kata semangat...
yang ni menari lagu memori daun pisang...
sementara nak tunggu anak2 nak naik, mama papa tumpang ambil gambar sebelum ustazah kena serbu... lepas2 ambil gambar ja ramai yang nak ambil gambar dengan ustazah... fuh nasib ma p dulu... ustazah sangat friendly...
abam dengan miss diana.... kesian miss d mama tengok letih hari tu. madam faten rehat hari ni sebab tengah tunggu hari.... masa ni cikgu cakap tadi abam nagis nak mai kat mama. letih kot bayak sangat buat persembahan.. ni last ya sayang...
tu nampak tu, qenyeh la dia nampak papa lambai...
6 tahun yang grad...
cey wah senyum kunun....
mai trun dia cakap apa pun tak clear, sambung ja ayat tu... mama papa senyum ja, tengok miss d kat belakang pun senyum ja...
masa ni depa nyanyi lagu 'i have a dream' sambil buat bahasa isyarat
tara!!!!!! tahniah sayang mama...
tekejut lagi depa tengok belon turun...
tahniah sayang mama... banyak kenangan dengan IOM kan...
mama, miss d & madam faten
tak banyak pic dengan papa...
terima kasih ambil gambar kami ya papa... hihihi
peace abam Adam Amsyar.. tahniah sekali lagi dari mama n papa... we love you...