Isnin, 25 Julai 2016

Raya di Kedah

Minggu lepas ke rumah kakak di Pokok Sena Aloq Staq. lama tak pi rumah kakak, dia pun dok bunyi jugak "lama hang tak mai tidoq rumah kak". so kali ni pi rumah dia siap book bilik hat ada ekon... hahaha... bertolak pagi, tengahari ke rumah kawan kakak makan kenduri dalam kuarters penjara pokok sena.

#kazrulsfamily , si abam ni kalo ada danish kompom nak ikut danish pi mana, so kena la dia mai naik dengan mummy...

dengan budak manja ngados...

kat rumah kenduri si abam ni la paling 'buat-buat bz' kalah tuan rumah... ambil air 5x, ambil nasi sendiri, basuh tangan (pada hal makan dengan camca) mama papa tengok ja sebab sekarang ni dia ok sikit dari dulu. dula ka, pantang bagun dari kerusi lari p pelamin la pi jalan la....

sekarang abam ok sangat. kalao minta tolong apa2 tak pernah bantah, baik sangat, cuma bila apa yang dia nak kita tak bagi bebai la. pas tu kata uh ish...

Lepas balik kenduri, relex kat rumah kak, lepas asar pegi rumah makndak (adik mak) kat jitra. makndak ni bisnen roti ok, memang tak sabar la si 'hantu roti' ni nak makan roti panaih2..

sampai ja rumah makndak serbu kilang kecil dia, best woooo tengok roti sedang mengemokan diri...



makndak kata roti jagan tekan kalo dia tengah naik, nanti roti merajuk dia turun. lepas tu makndak kata lagi roti ni tak boleh kasar2 kena lembut2 ja...


bun ni memang geram tengok masa kembang.


dah masak...

makndah suh makan panas2. memang best gilos.

makndak jamu lagi tomyam ngan laksa...

tomyam iolls belasah 2 pinggan... memang sedap...

makndak kanan sekali, pakndak tak balik kerja lagi masa ni, anak2 belajar kat luar. mekasih banyak2 makndak....

esok tu lepas makan tengahari betolak balik penang.. cam jauh ja bunyi penang tu... hahaha..