Khamis, 27 Jun 2013

Teachers Day

Assalamualaikum...
 
Wow tajuk lapuk dah.. kejadian sebulan yang lepas baru teringat tak update lagi tentang ni.. ari tu Taska Adam Amsyar ada buat majlis makan sikit untuk hari ibu n hari guru... masa ni la nak jumpa teacher khen...
 
Nak cita sikit tentang Amsyar sekarang... disebabkan Amsyar agak 'buas' sekarang so dia terpaksa pergi ke Taska seminggu sekali je iaitu hari Jumaat but tetap halfday.. hemm nak buat macam mana kan.. Adam Amsyar ni suka tak takut benda bahaya. dia suka panjat merata, main suis plug, buka tutup peti ais... aceli kat rumah pun macam tu.. tapi kat taska ada ramai budak, so teacher pun tak larat la nak tumpu kat dia sorang ja kan... sebagai Ibu, saya sangat memahami dan boleh terima...
teacher kesayangan Adam Amsyar.. semua baik2 belaka.. kanan sekali, inilah insan yang bertanggungjawab diatas Adam Amsyar, teacher aisyah.. selalu update kat saya tentang Amsyar...
 
tambar bawah n atas ni Adam Amsyar ambil senditi.. teacher dok panggil tak mau pi sebab nak pegang kemera...

tengok la muka.... muka orang lapar k masa ni.. kesian dia.. balik rumah hantam makan nasi sepinggan.. hahaha...
so pagi tu dah hari cuti, gi market beli ros 5 kuntum n sarung plastik ni... last minit punya idea... untuk 4cikgu n 1 pembantu cikdah, juga menjaga Adam Amsyar...
tqvm teachers... Adam Amsyar luv u all so much...

Ahad, 23 Jun 2013

Kotex Fresh Liners

 
-entry melekat-
 
Kotex® Fresh Plus Ultra V-Care

Ultra V-Care telah diuji dan berjaya menghalang pembiakan yis dan bakteria jahat, sambil memberikan perlindungan semasa penggunaan.

#Tidak terbukti secara klinikal untuk menghalang jangkitan



 
 ini gambar asal dari tangan saya sendiri.. so soft.......
 


datang dengan 3 jenis

 pax untuk try, memang super 'A' nanti boleh beli yang pax besar pulak...

sayangi V anda dari mak tembun.. hahaha..
 

Selasa, 18 Jun 2013

Lakaran anak melambangkan emosinya


Lukisan indah dari anak tercinta

Baru saja minggu lepas saya becerita tentang contengan Adam Amsyar kat rumah.. terus jumpa 1 blog ni dimana menceritakkan tentang lukisan anak.. bacalah wahai ibu bapa... anda akan tersenyum seperti saya... :D

Luahan emosi anak

ADAKAH anda sering memarahi anak jika mereka menconteng dinding? Jika ya, fikirkan semula tindakan itu kerana lukisan atau contengan si kecil itu lebih daripada sekadar kreativiti, sebaliknya itulah luahan isi hati mereka.

Menurut pakar psikologi, lukisan bukan hanya sekadar menjadi saluran kanak-kanak meluahkan perasaan tetapi pintu masuk kehidupan mereka. Malah, sejak sekian lamanya, lukisan dijadikan alat oleh pakar psikologi untuk mendekati kanak-kanak bermasalah seperti mangsa dera, mangsa rogol atau kanak-kanak yang berdepan masalah autisme dan Sindrom Asperger.

Menerusi lukisan, pakar psikologi mengenal pasti masalah dan isu yang melingkari kehidupan kanak-kanak. Setiap hasil seni kanak-kanak itu bercerita, menjadikan seni lukis dan kanak-kanak sangat intim.

Lukisan juga menjadi medium si kecil membina personaliti, memerhati persekitaran, penanda aras pembangunan intelektualnya, kemahiran komunikasi, selain boleh membantu diagnosis ketidakupayaan dirinya dalam pembelajaran. Seni lukis juga cara mereka menterjemah apa yang dirasa dan dilihat.

Justeru, seni lukis sebagai terapi adalah cara efektif untuk kanak-kanak membentuk dan menjelaskan emosi. Ia juga alat paling berkuasa memberi kanak-kanak kebolehan untuk meluahkan pendapat, emosi, ketakutan dalam persekitaran yang selamat. Setiap hasil seni kanak-kanak itu bercerita.

Semua kanak-kanak lahir dengan kecenderungan menconteng. Justeru, kanak- kanak adakalanya melukis apa yang mereka lihat di sekeliling persekitaran. Ada kanak-kanak yang memerhati persekitaran dengan lebih kritikal.

Apabila mendalami hasil lukisan kanak-kanak, perhatikan warna yang dipilihnya. Pakar psikologi percaya, pemilihan warna dalam lukisan juga menjadi pengukur emosinya.

Pada 1975, seorang profesor pendidikan seni di Universiti Pennsylvania State, Viktor Lowenfeld, memperkenalkan teori pembangunan artistik berdasarkan tahap kreativiti dan kognitif yang sistematik.

Umumnya, setiap kanak-kanak yang sihat dan normal akan melalui setiap satu daripada fasa perkembangan ini.

Fasa melukis kanak-kanak

* Menconteng pada usia dua tahun dan kekal hingga usia empat tahun. Ia bermula apabila kanak-kanak mula bijak memegang pensil warna atau krayon dan menconteng buku. Ada kala ia bermula pada usia 18 bulan. Kanak-kanak lebih berminat pada warna yang diconteng di kertas atau dinding. Ada juga kanak-kanak yang kagum pada hasil kerjanya sendiri.

* Pada peringkat ini mereka sudah punya imaginasi sendiri. Bulatan senget, bagi mereka adalah kucing. pada masa lain pula, bulatan senget mungkin mewakili `ayah' atau `ibu.'

Fasa prasimbol

* Bermula pada usia empat tahun atau lebih awal atau lewat bergantung pengalaman artistik dan budaya kanak-kanak itu. Lukisan `anak berudu' sudah berubah menjadi sedikit sempurna. Lukisan ayah atau ibu bertambah baik dengan wajah, tangan ada kala jari kaki tetapi tiada badan. Kadangkala wajah ayah tersenyum lebar. Kepala pula lebih besar daripada tangan atau kaki. Kanak-kanak pada usia ini biasanya belum mampu melukis badan kerana pada kanak-kanak, kepala itu penting kerana mereka makan, bercakap, mendengar menggunakan anggota di bahagian kepala. Mereka juga pada peringkat ini melukis apa yang mereka tahu.

Fasa berjadual


* Bermula usia tujuh tahun dan berterusan hingga usia sembilan tahun. Kanak-kanak membentuk skema spesifik atau simbol untuk orang dan objek dalam persekitarannya dan akan melukis secara konsisten berulang kali. Bentuk manusia dilukis dengan bahagian badan yang sempurna dan bukan lagi orang lidi. Pada usia lapan atau sembilan mereka sudah boleh melukis watak kartun kegemaran mereka atau adiwira kesukaan mereka. Pada fasa ini mereka melukis apa yang mereka lihat.

Fasa realistik

* Bermula pada usia sembilan tahun dan lukisan yang terhasil juga lebih teliti. Jika melukis orang, ia lebih terperinci dan mampu melukis dalam perspektif jauh dan dekat. Mereka lebih sensitif jika ada yang mengkritik lukisan itu.

Info

Maksud warna dilukis kanak-kanak
* Warna hitam dan merah mungkin menjelaskan isyarat dia berdepan masalah. Rona hitam selalunya menggambarkan tekanan, rasa tiada harapan atau tersekat.

* Merah merujuk kemarahan.

* Biru dan hijau adalah warna tenang.

* Warna kuning dan oren menandakan keceriaan.

* Apabila kanak-kanak melukis unsur menakutkan dan warna hitam, kanak- kanak itu sebenarnya berdepan masalah yang tidak mampu diluahkan dengan kata-kata.

Jumaat, 14 Jun 2013

Lukis lagi

Update lagi drawing atau contengan Adam Amsyar....
 
 ini, body keta mama.. adoiii la Adam.. mama ngan papa baik punya dok tengok tv dia baik dok buat keja kat luar... cari punya cari (tak sahut) rupanya diam2 dok conteng keta mama... adoi la anak... nasib la papa boleh polish...
 
ni plak almari kat ruang tamu rumah mak.. memula nak marah la kat dia, tapi bila tengok apa yang dia lukis, wow... anak mama lukis apa ni.. macam awan ada bulan bintang 123... pandainya.. apa la yang dia fikirkan agaknya...
 
 atas ni gambar fresh tadi kat taska (jumpa teacher tentang masalah Adam di taska) ni ha hambik... 1 almari dia lukis... tumpuan saya di bulatan tu. nampak macam muka orang... pandai anak mama, tapi kesian teacher taw...
 
ni pun di taska, macam marah je.. hehehe...

Apa pun mama n papa love you so much sayang...

Khamis, 13 Jun 2013

Adam Amsyar Lambat bercakap

Assalamualaikum...

Hari ni saya nak meluahkan apa yang terpendam setelah berminggu2 tidak diluahkan disini. anda sudah tengok tajuk n3 kali ni? pengakuan sebenar sememangnya anak sulung saya ni masih lagi belum bercakap atau membuat ayat dengan gabungan2 pekataan lain.

Yang saya dengar dari mulut dia sebut mama, papa, no, nyaw (kucing), wow, ball, ish (fish), syoh (ayam), car (bila nampak atau lukis kereta), sebut dan menulis one hingga ten, mengenali A hingga Z, menari dan mengingati lagu taska permata dengan baik (belajar di taska). sekali sekala dia mengajuk juga apa yang kita cakap.






Kalau dia nak apa2 dia hanya ketempat itu dan memanggil (hem hem) atau menjerit sambil tangannya mengamit ke arah saya atau papanya dan manunjukkan apa yang dia mahu.

Sikap dia ada yang positif ada juga sebalikkan... Adam Amsyar ni kalo lepas ja ke supemarket atau pasar malam dia akan lari terus tanpa menoleh belakang. bagi dia, dia rasa bebas nak kemana pun. so yang penat tu papa dia la yang selalu kejar dia balik. 1 lagi yang paling saya geram dengan perangai dia, dia suka main barang elektrik..

Ya Allah plug rumah ni tak tau la jumpa kat mana2 pun dia nak petik/tekan, tapi dia tak masukkan jari la. kalau kat pejabat pun dia nampak ja plug nak je on off. pernah cikgu taska bagi tau dia ternampak adam amsyar main on off plug so automatik cikgu tertampar tangan.. saya tak marah sebab saya pun tampar jugak.. bila angkat tangan nak tampar je adam siap sua/halakan tangan dia untuk ditampar sebab selalu kena tampar.

Kalo nampak tangga lagi la tak senang duduk. kat rumah mak saya dan mertua memang ada tangga. cuma rumah mak saya abah dah buat pagar, kat rumah metua ja belum. masa kecik2 takut jugak, tapi sekarang dah besar ok la sikit. tapi paling dia suka tangga elektrik.. boleh megrin dibuatnya. naik 2 3 kali ok, kalo stop 1 supemarket boleh dengar dia menjerit.. hai la anak, kesian la kat mama dengan papa ni...

terapi demi teripi saya ikuti dari awal tahun 2013. alhamdulillah semua hospital memberi kerja sama dengan baik. so hari ni baru balik dari hosp sungai bakap kat carakerja. ada juga ckgu tu cakap "sepatutnya 3 tahun dah boleh cakap ni" ye la.. kalo ikut setahun lebih pun dah boleh cakap.. kalo tak, tak bawa la ikuti terapi ni.. adoiii kekadang bila dengar ayat2 mcm macam nak marah ja. saya juga berusaha nak bagi anak bercakap. sapa yang nak anak tak bercakap kan...

Salah satu amalah yang saya sedang buat baca doa ni,


Surah Taha Ayat 25-28 Untuk Penawar Anak Lambat Bercakap - SUMBER FB

1. Baca ayat tersebut dan hembus ke dalam mulut anak.

2. Boleh juga diamalkan dengan cara sebanyak 21 kali tiap2 kali lepas solat subuh, untuk otak cerdas, akal yg sempurna, dan menguatkan daya ingatan.

3. Doa dan ikhtiar yang terbaik adalah dari ibu bapanya sendiri. In Shaa ALLAH

ada juga saya mengikuti blog2 dimana ada juga anak mereka seperti adam amsyar.. seronok berkongsi apabila mempunyai masalah yang sama... contohnya seperti kak zarina ni, memang anak dia sorang sikap macam adam sebijik.. dia pun dah besar sekarang... nak baca kisah dia KLIK

kepada yang mempunyai anak lambat nercakap, berkongsilah dengan saya kerana saya memerlukan kekuatan dari anda...

Saya bukan merungut, sekadar berkongsi dengan anda diluar sana... dalam anak saya lambat bercakap ni dia jugak seorang yang sangat hormat orang tua. macam cikgi di taska beri tahu "saya bawa amsyar ke rumah, sampai je dia terus melulu salam kat mak saya. mak cakap baiknya nudak ni." memang pun, rumah sapa yang dia p suruh dia salam semua yang ada kat situ dia salam. tak banyak karenah bila kat rumah. tengok tv ja upah dia, tak kemana la dia...

Ahad, 9 Jun 2013

Nokia Asha 310 by Nuffnang Campaigns

-enty melekat-
 

Nokia just launched their 14th Asha phone, the Asha 310, which is the first Asha to feature both WiFi and Dual SIM capability, and it retails for only RM300.

The Nokia Asha 310 was announced just last month during the Mobile World Congress and is marketed towards consumers looking for their first full touchscreen smartphone from a tried and tested brand known for their chic design and durability.

Nokia-Asha-310-front

This handset features a 3-inch touchscreen with a scratch-resistant glass. Don’t expect a sharp display with its 240 x 400 resolution though. The screen is still big enough to do some web surfing using the data-friendly Nokia Xpress Browser, use it as a navigator with Nokia Maps, and enjoy streaming videos from YouTube. It’s going to be useful for gaming as well with the included 40 free premium game titles from Electronic Arts for you to download.

Nokia-Asha-310-easy-swap

The S40-based Asha 310 is also equipped with WiFi capability so you don’t have to rely on your data connection (2G only) to go online which you would want to do if you need to access Facebook, Twitter, or chat using messaging apps such as Nimbuzz, eBuddy, and Line (Viber and WhatsApp are still on the works). It also features Easy Swap Dual SIM which allows you to switch between SIMs depending on your needs.

Nokia-Asha-310-back

This phone is also equipped with a 2-megapixel camera and has microSD support of up to 32GB for storage (4GB microSD is included). Battery is rated at 1100mAh which gives the Asha 310 more than a week’s worth of standby time.

The Nokia Asha 310 will be available in Nokia stores and resellers starting this weekend with an SRP.

by love,