Nasi Susu

Korang pernah makan nasi susu? sedap... kalo kenuri pun sedap.. ari tu time aku balik dari N9 ada lauk kenuri aku try la buat nasi susu. hasilnya memang best.. nanti nak buat lagi la.. nak resepi? ai ambik kat my resepi jugak n ada yang lebih n kurang..

Bahan-bahan

4 cawan beras
5-6 cawan air
2 inci halia (hiris nipis)
1-2 bawang besar (hiris)
4 ulas bawang putih (tumbuk)
1 cawan susu cair
sedikit minyak sapi untuk menumis (ai pakai 2-3 sudu besar)
sedikit garam
sedikit rempah tumis (ai tak pakai sbb x de)
sedikit pewarna kuning (ai pakai kunyit secubit)
2 helai daun pandan
sedikit kismis+gajus utk hiasan (ai pakai carot sbb yg tu je ada)

Cara-cara

  • mula-mula didihkan air.sambil tu,basuh beras dan toskan
  • dalam periuk lain, tumiskan rempah tumis,bawang besar,bwg putih dan halia sampai naik bau
  • masukkan bahan yg ditumis (dgn minyak skali) kedalam air yg dididih.kemudian masukkan beras ,garam dan daun pandan.
  • bila nasi kering dan hampir masak, masukkan pula susu cair.biar sampai masak
  • bila nasi dah masak, titiskan pewarna kuning ke 3-4 bhgn.kemudian gaulkan perlahan.
  • masukkan kismis dan gajus sebagai hiasan





  • sedappppp.. selamat mencoba