Rabu, 29 Ogos 2012

t o s e i

Salam korang... kenal tak apa gambar di atas? wahhh aku tanya macam kat budak-budak pulak yer... atas ni tosei/tosai adalah makanan tradisional orang inda dan menjadi peberet keturunan mak aku. kebetulan aku pula berkahwin dengan en papa yang keturunan mamak lagi la menjadi-jadi la kami.

So raya ke 2 kami (family mertua aku) ke rumah biras mertua aku mami (kaw mamak) pergi beraya. rumah mami ni kalo raya ja kompom ada gulai kambing & nasi dalca... tosei pun selalu ada dalam petiais dia... macam mana tah tersembang pasai tosei, terus dia tanya "nak resepi?" aku apa lagi la, kembang terus otak nak save apa yang dia nak cita... korang pun nak resepi?

-Bahan-bahan tosei, 2 cawan beras + 1 cawan uluthu = direndam semalaman
*aku rendam pagi

-Malam tu dalam kul 10 belender bahan rendaman + sikit garam + sikit yis
*Biar kat luar tutup sikit tak mau bagi apa-apa masuk. pastikan bekas besar sebab nanti dia anak naik, aku pakai bekas kecik abis melimpah keluar.

-Esok pagi-pagi nak sarapan boleh la masak. adunannya tak pekat tau, cair2 sikit.

Aku pakai kuali mcm buat buger tu, khas nak buat tosei tau... pas tu aku wakaf kat mak aku.
Buat la macam ni, kalo ada cawan/mug macam mamak tu lagi cantik. tapi aku pakai sendik pun ok dah.
Api sederhana, n pakai minyak sikit.
JANGAN LUPA! tutup dengan penutup periuk.
 Buat la seberapa banyak pun...makin lama makin best, macam sauna ja aku kat dapur.

aku buat dalam 20 biji kot, nasib abis, aku sorang pun 4 biji...kekeke...
Pastu aku buat sambai nyok pulak, yang ni memang peberet kami, kompom kena ada.

Bahan-bahan kelapa parut + cili kering goreng seperuh + daun kari, bawang, biji sawi goreng + belender kesemuanya... toup air sikit demi sedikit.

pastu gaul + separuh cili tadi.
 Jadi la macam ni.... lebih boleh simpan dalam petiais..
dah akhirnya...

.

.

.

dicampur dengan kari mak aku yang paling sedap didunia... idea aku cuma gorengkan ikan kembong tu dulu n tanpa santan.. baru la macam kari india.. selamat mencoba...

Das Auto 2.0

Salam korang... lamanya tak handate blog.. cerita raya nanti ai update kay.. sikalang nak promot iklan my luv Nuffnang!!! sebut Nuffnang, korang masuk tak web diaorang? berwajah baru, sangat menarik. so sekarang Nuffnang nak nak menambahkan tabung ai... Das Auto ni memang terbaik.. korang dah cuba? aku? dah... cuba la.. best...

Selasa, 28 Ogos 2012

Raya Day 1

Assalamualaikum korang.... Alhamdulillah... dah raya... bersiaran kembali.. ada sesiapa yang rindu ai tak??? ok tak rindu tak pe.. tapi ada jugak yang rindu khen... oh nak hapdate gambar2 raya ni... Tahun ni beraya sakan rumah mak.. mangah adik mak dari lumut pun balik.. sangat meriah, ditambahkan lagi kak kesayangan aku balik jugak walopun sekojab. Balik dari ziarah kubur arwah abang, arwah tok, arwah nenek n arwah pakteh, singgah kerumah tok2 sedara, balik rumah cepat2 begambar sebab si kecik namo dudok dah... ok namo cita panjang, layan depiccas...

 Dato Rahman Family-Aidilfitri 2012

 Dato Kazrul Family

 Dato n Datin bersama cucus

 Kiteworang bersama nenda zahara

 ok, diam!! ai legi budat dari kakak ai hokeh.. pendangan SD2.. aku pun nak minum jugak lah...

 aku yang mewah dengan pipi..

 ketara tang muka dia khen....sebab dia dok tepi muka yang lebar pinggan tambah nasik.. kui kui kui..

 bersama mudak yang susah nak ambil gambar sekarang ni...

at last kat rumah nenek cik kat sungai acheh, dok bawah meja makan kuih bauhulu 2 bijik...

Rabu, 15 Ogos 2012

S y a w a l

h e l o

Assalamualaikum.. Alhamdulillah, hari ni dah 26 Ramadhan.. aku tak tinggal pun posa lagi taw.. sangat hepi, tak gaduh nak bayar nanti... (but aim not peknen hokeh).. semalam gi beli lampu lip-lap untuk pasang kat rumah. walopun tak beraya di rumah sendiri, rumah ku harus ceria jugak kan...

 Adam sedang layan cita meatball yang aku beli cd ni dari tahun 2009. hari2 kita orang laki binik terpaksa layan cerita ni demi Adam... (abaikan rumah aku yang berselerak iteww)

 dalam masa yang sama en papa sedang memasang lampu dibantu oleh pembantu yang malas (aku)

 ok, siap dah!!!! memula aku panggil Adam, dia jalan sambil tersenyum n dok tujuk2 yang menampak kan dia hepi.. emmm anak aku ni berat mulut sikit. masih tak padai bercakap. yang dia pandai mama papa nenen... tak pa la, mungkin dia lambat sikit kan...

ok, ni biskut raya yang aku pesan kat watie. all sodap, aku paling suka yang tengah, rasa stbery, Adam pun suka. tat nenes memang tak pernah aku tak oder sebab kat makcik ni dia buat memang sedap...

Persiapan raya? bab baju semua dah satel n siap. cuma baju aku kakak yang aku upah tu dia buat songsang! patut kat baju aku ada corak kaki, sekali dia buat kot melentang, aduhhhhh sakitnya mata memandang. 2 pasang plak yang macam tu. kak ni buat baju memang sadap pakai, tapi dia suka tak tanya dulu.. hemmmm tak pa la, nasib upah murah. bab tudung ja, aku teringin beli tudung fareeda lagi, tapi semua dah abis, tengok la sok lusa aku gi cari kat parit buntar ja sudah... korang macam mana?

Isnin, 13 Ogos 2012

Mek Salam Pantai Timur kahwin kali kedua

Mek (Nik Sayyidah Fatiha Yazib) yang terkenal sebagai pengacara dan pelakon Salam Pantai Timur mengaku sudah bercerai dengan suaminya awal tahun lalu dan kini hidup bermadu sebagai isteri kedua selepas berkahwin dengan seorang ahli perniagaan Mei lalu.

Nik Sayyidah yang mesra dengan panggilan Mek berkata, walaupun perkahwinan keduanya itu tidak dilangsungkan dengan meriah namun statusnya yang kembali bersuami, disifatkannya bukan perkara rahsia.

Katanya, perkenalan dengan suami barunya itu hanya bermula sekitar April lalu sehingga mereka membuat keputusan untuk bernikah sebulan kemudian.

"Saya akui saya sudah bercerai awal tahun lalu dan kini berumah tangga semula. Sebenarnya, saya mengenali suami ketika ingin membuat urusan membeli rumah dan selepas itu dia sering bertanya mengenai kedudukan saya, sama ada masih terbuka hati untuk berkahwin lagi.

"Ketika itu, saya tahu dia sudah berkahwin selama sembilan tahun, tetapi tidak dikurniakan sebarang zuriat. Saya juga tidak pernah terfikir akan hidup bermadu namun dia minta saya menganggapnya sebagai jodoh," katanya di sini, semalam.

Mek yang muncul dalam program bual bicara Salih Yaacob Show, I Follow, berkahwin dengan Mohd Hariff Ghazali yang ketika itu berusia 34 tahun pada 2009 dan dikurniakan seorang anak lelaki kini berusia setahun.

Menurutnya, majlis perkahwinan keduanya diadakan secara ringkas di rumahnya dan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat kedua-dua pihak.

Katanya, dia tetap merancang ingin mengadakan majlis kesyukuran selepas rumah dibelinya siap dibina nanti.

"Bagi saya, benda ini bukan rahsia dan saya langsung tidak menyembunyikan status diri. Malah, kami sering keluar bersama dan ada juga yang bertanya namun saya berterus terang saja," katanya.

Sementara itu, sumber mendakwa, perkahwinan mereka tidak diketahui isteri pertama lelaki terbabit disebabkan majlis itu dilakukan secara senyap-senyap pada 24 Mei lalu.

Mek bagaimanapun enggan mengulas lanjut perkara itu, tetapi hanya menjelaskan dia sedaya upaya melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri.

Katanya, perkahwinannya sudah diketahui isteri pertama namun ia sukar diterima.

"Suami seorang yang kuat agama dan berkali-kali dia menyatakan ingin berkahwin kerana zuriat. Saya menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan apa yang berlaku antara mereka (suami dan isteri pertama) saya tidak mahu tahu," katanya.

Ahad, 5 Ogos 2012

Nusmetro Arte

Arte at Kuchai Lama, Luxury Condominium for sale. Developed by Nusmetro Capital Corp Sdn Bhd.
Arte at Kuchai Lama, Luxury Condominium for sale. Developed by Nusmetro Capital Corp Sdn Bhd.
A Distinctive work of art.
Free Air-con and low kitchen cabinet / Prime location / 254 units/  Private lift lobby / Prime location / 5% and 10% discount upfront
Developer Nusmetro Capital Corp Sdn Bhd


- Arte, Kuchai Lama, Luxury Condominium for sale, Nusmetro Capital Corp Sdn Bhd, property for sale, property investment