Khamis, 26 April 2012

Cameron Highlands trip

Assalamualaikum...

Ok, hari ni aku nak up date trip aku ke CH ari tu. bertolak dari penang dalam 4.30am, (target sampai awal pagi leh pekena nasi lemak panas kat atas) dari rumah mak aku ke rumah mertua aku terus masuk tol jawi. walo pon pakai myvi ruangan tetap tak cukup, Adam kena meriba la, belakang mertua aku dengan adik ipar, tengah ada bantal beso, tokleh la nak bagi Adam mencelah, naik sakit peha aku meriba.

Sampai sana dalam 9.00am, alhamdulillah sampai dengan selamatnya, tapi keluar TAPAH!! betui2 menggugat keimanan aku, tobat dah tak lalu kot sana. jalan kalah ular weh... en papa ni saja la nak kuar tapah kot sebab adik ipar aku sorang lagi yang dok senawang kuar tapah. perh.... jangan nak suruh dah aku pi tapak, walopon dari KL aku sanggup masuk CH lagi...

Adam yang nyenyak sambil BF...
we....
sekali mertua aku bawa nasi, so makan nasi goreng la, sejuk betul pagi tu, tak sanggup aku nak buang baju sejuk. Adam pun nasib la bawa baju gap bulu burung tu.
nampak? nampak? tepong gomak baru lepas siap kat masjid... aku mandi wes kat situ, tak smapi 2 minit sebab air sangat sejuk, kebas 1 badan.
we ols kat mardi CH
sila muntah hijo hokeh... muka bajet persis nak dares sekarang...
en papa bajet hensem...
awesome!!!!!
wit my mominlaw
riaksi 2 beranak bersama spek mata sambil naik tempat BOH
konyang makan tengahari.. boleh cam tu? kali ni tak best minum kat atas tu, sebelum ni aku pi oder teh tarik, memang best buat aku ketagih, tapi kalu ni bab bancuh sendiri memang tak best. tapi aku bagi gak ada rasa best sebab aku seorang pengemar teh tarik...
we...
n my luv familia

oh my darling....
main aci lingan dengan papa masa turun BOH
aku wit sistainlaw yang kawin last year kat pasar malam.
madus
n madus
yang ni ai buy, rm2

en Adam dapat payung wes... walopun beliau seorang lelaki tulin, suka main payong taw...
n last aku beli nasi ayam potong 4 ni, rm5. Adam makan nak abis jugak nasi, ayam beso sangat. memang bebaloi untuk yang tido sana nak buat makan malam.

Khamis, 19 April 2012

Mee Rebus Ramli

Semalam en papa otw balik dari KL singgah Ipoh makan Mee Rebus Ramli... tapau bawa balik 3 bungkus, 1 sebungkus kongsi dengan Adam. Adam makan mee banyak sangat separuh jugak la.. mee ramli ni memang sedap, rasa kuah ketam+udang dia, pedas tu lagi mengancam la, telur sebijik.... nanti kalo pi area ipoh boleh la pi cari mee rebus ramli ni...


aku dah, korang bila lagik....

Taman Mainan

Assalamualaikum... aku mulakan dengan cita Adam Amsyar hari ni.. sejak minggu lepas, tiap-tiap petang aku bawa dia ke taman mainan kat rumah mak aku tu kecuali hari hujan turun... hari 1st bila nak papan longsor nak naik kot situ jugak, tak reti naik tangga. tapi dah hari ke 2 ke 3 Adam dah pandai naik melalui tangga dulu.
Alhamdulillah, sekarang dia cepat belajar, dah pandai tunduk kepala bila kena marah, pas tu mai peluk aku.. sangat comel...

memulai kita naik tangga dulu ye unty2 sekalian


Pastu masuk kot dalam ni tau, best
pastu kita turuuunnnn
"naik kot sini boleh tak mama?"

Isnin, 16 April 2012

SAYA HANYA ADA RM36 DALAM AKAUN SIMPANAN - BOB KUMAN (EKSKLUSIF)

 Dari blog Bersama Mazidul...

 
Mungkin ramai pembaca mengenali wajah di atas manakala sebilangan lagi barangkali terkeliru. Namun bagi penonton filem tempatan dan televisyen, personaliti di atas tentunya tidak asing kepada mereka.

Cuma wajahnya berbeza berbanding ketika dia menghiburkan ramai peminat sewaktu berkarya di pentas seni.

"Bang, tolong datang ke rumah saya sekejap, boleh? " soal Bob Kuman.

"Ada apa Bob?," soal saya.

"Abang tolong datang sahaja," pintanya.

Pada awalnya saya berasa agak hairan dan menjangkakan Bob hanya sekadar bergurau. Terfikir, jika dia berhadapan masalah, tentunya sebagai artis terkenal, dia mempunyai ramai kenalan bersedia untuk membantu.

Apapun, hati kecil mendesak saya memenuhi permintaannya lalu mengajak kru 666, Razali Harun untuk menemankan saya bertemu Bob.


"Itu gambar saya, sewaktu dirawat di Hospital Tawakal Kuala Lumpur. Malam tahun 2011 semasa sesi penggambaran 'Jangan Pandang Belakang Congkak', siri televisyen, saya terjatuh di Hulu Langat, Selangor. Wahid Senario dan Lan Pet Pet antara saksi kejadian itu. Dalam keadaan pening, semput dan sakit, saya terpaksa memandu kereta sendiri  ke hospital dan dibiarkan begitu sahaja. Masa keluar dari pusat rawatan itu, saya diberitahu, berhutang lebih kurang 7 ribu ringgit dengan hospital dan saya kena bayar sendiri. Itu saya tidak boleh terima. Penerbit tidak membantu sebab itu saya berasa kecil hati. Mujur selepas itu, dapat rezeki sikit dan saya menjelaskan sebahagian daripada caj hospital itu. Kini ada berbaki lebih tiga ribu enam ratus ringgit lagi," ujar Bob.

Tambah Bob, dia dirawat di hospital terbabit dalam tempoh lebih 2 minggu.

Sambil berbual, saya perhatikan mesin oksigen dan wayar dimasukkan ke dalam hidungnya bertujuan untuk membantu pernafasan.
 "Orang tidak cukup oksigen bang, tidak ubah seperti sayur layu. Kulit saya pun telah berubah warna," celah Bob.

"Saya sudah tidak boleh bergerak sejak 8 April lalu dan kemudian memakai mesin oksigen ini. Sebenarnya saya bukan ingin menagih simpati masyarakat," katanya biarpun kelihatan dalam kesakitan dan sukar menarik nafas.

"Kongsikan fakta, itu tidak salah," celah saya.

"Setakat ini beberapa kawan membantu saya. Antara mereka, Adlin Aman Ramli. Dia bagi saya pinjam duit RM2,000 bang masa saya tengah susah, sewaktu dirawat di Putrajaya. Itu sahabat saya bang. Dalam keadaan begini, saya pun tidak boleh berkarya, tidak ada pendapatan. Mujurlah gerai Bawal Power saya kongsikan bersama rakan mendapat sambutan dan boleh membantu sedikit dari segi kewangan," jelas Bob.

"Timbalan Presiden SENIMAN, Zed Zaidi, pernah menghubungi saya untuk menghulurkan bantuan. Saya memaklumkan wakil dia, bila simpati, dapat benda lain, dapat beras, dapat biskut. Siapakah hendak membantu menjelaskan bil hospital saya? Saya rasa macam malu," kata Bob lagi.

Bob memaklumkan saya, dia kini amat memerlukan mesin dilengkapi tangki oksigen namun setakat ini tidak mampu untuk menyewa keperluan itu.

"Bang, sekarang ini saya hanya ada RM36 dalam akaun simpanan," bisiknya.

Saya kemudian menghubungi Zed menggunakan telefon bimbit. Mujur dalam kesibukan dengan kegiatan seharian, dia masih berpeluang untuk mengangkat panggilan dari nombor tidak dikenali.

"Melalui SENIMAN, saya telah mengeluarkan surat sokongan kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan di bawah Tabung Kebajikan Penggiat Seni tetapi setakat ini belum mendapat sebarang keputusan dan berapakah jumlah bakal diterima oleh Bob. Sebelum ini, beberapa artis seperti Nasir P. Ramlee dan Kamal Pendek telah menerima sumbangan dari tabung terbabit," jelas Zed.

Selepas berhubung dengan Zed, saya kemudian memaklumkan kejadian menimpa Bob kepada Penerbit program Melodi, TV3. 

Untuk pengetahuan semua rakan artis dan peminat, Bob sedang berada dalam keadaan lemah, tidak mampu bergerak, apatah lagi untuk keluar dari rumah di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Kepada pembaca ingin membantu Bob, sila hubungi Razali di talian 016 231 5812. Manakala berikut nombor akaun Bob (HUSNI MOHD RAWI) Maybank 1123-7100-7047.

Jika akaun dilaporkan disekat, bersabar dan sila rujuk entri Akaun Maybank Bob Kuman disekat. Ketahuilah, sesungguhnya kekadang berbuat kebaikan itu mempunyai cabaran tersendiri.

'Bantulah, semoga Allah sentiasa membantu sewaktu kita ditimpa musibah'

HEBAHKAN

Sabtu, 14 April 2012

April Birthday

Assalamualaikum uols...
Lamanya haku tak hapdate blog.. bersawang kena pakai penyapu nak buang ni.. jenuh kena minta tolong adam buangkan... Sori la yer kepada yang menunggu aku update blog (sila muntah hijo hokeh).
Last week aku ngan family mertua aku ke Cameron nanti aku update gambo yang dah basik itewww... ni aku cita dulu besday bulan April my abah n my luv sista pada awal bulan aritu..
Sila layan picca bergambar ok...
 anak-anak aku yang tengah menunggu nak makan satey...
ni cheese cake (dalaman, patut gambar ni dok bawah, tapi dah tok leh nak ubah)
ni dia... cantek tak? kek ni sangat sedap (kat cheese je, kek span dia tak sodap sangat) tapi kepada yang dok area sungai jawi sungai bakap, kalo lahap sangat teringin cheese cake leh try la kat Kedai Vanila Coklat  kat area Ecoseb jawi.


ini s'bery + coklat cabery yer...

 my laling kakak my luv abah
4 beranak mak abah yang ada... all gul..

mudak musyuk yang sangat suka makan satey. korang tau tak, sebenarnya aku tak pernah bagi dia makan macam ni, dah anak kak aku boleh makan, dia lagi boleh makan. perhhhh 5 cucuk gak dia makan rasanya..
ni mama dia plak yang lahap... wakakaka...
 last picca, mudak yang happy...