Isnin, 28 Februari 2011

Baby Fever


peace be upon u
Adam Amsyar dah deman untuk pertamakalinya setelah umurnya 5 bulan... sabtu rumah aku ada buat kenuri sikit, seharian orang dok ambik pi mai pi mai, pas tu ahad jejalan rodwalk, mau tak panas badan, petang tu balik, semacam ja panas badan dia. aku bagi mandi, petang pi rumah mak tok panas suam lagi, balik malam dia tido, bagun ja, merengek dah. letak dalam wolker pun kalih belakang tengok aku lalang, sambil sebek + tiyak terus... tak pernah2 dia macam tu, nak dukung ja, hemmm memang sah dah demam. semalam bagi pakai coolfever, pagi ni ok, tapi panas tu ada gak sikit...
buat anak mama tershayang "mama doakan ayang cepat sembuh ya..." Kepada Yang Maha Penyayang "Kau sembuhkanlah penyakit anakku ini... amin..." Kepada en somi tershayang "terima kasih kerana berjaga malam, walopun keadaan papa yang teramat laaaaa letih dengan kenuri + kemas rumah" Kepada mak tok "terima kasih banyak2 mak menjaga budak musyuk dengan baik sekali, maklah segala-galanya buat cek..." i luv u ols....

Khamis, 24 Februari 2011

Move

dengan rasminya aku nak bagi tau korang
bahawanya
aku, en somi & en mushuk
telahpun berpindah
di Sungai Jawi, (bukan masuk jawi hokeh)
sok coti, sabtu buat kenuri sikit + baca yasin.
minta maap kepada kengkawan yang aku tak jemput,
sebab aku buat kecik la sangat2...
^_^

Selasa, 22 Februari 2011

Breastfeeding

peace be upon u..
-
susu ibu adalah yang terbaik kan... sampai sekarang aku tak berenti 'mengepam' susu aku tuk mudah musyuk sorang ni PAKAI TANGAN, ya aku pakai tangan, dah 3 bulan lebih sepanjang aku bekerja. akhir2 ni aku dah rasa kelenguhan kat pangkal ibu jari.
-
sebelum ni kalo aku pam dapat 2 oz je, mai bulan ni dapat 4 oz, sukanya aku, minggu lepas plak dapat 5 oz, lagi lagi sangat suka la... banyak... tapi bila pakai tangan ni paham2 ja la kan.
-
aku ada sembang dengan kak sidah (malaysia breastfeeding peer counselor, buka kedai MLO (mom litter one kat penang) ada cakap, sebenarnya susuah pam pakai tangan ni, hanya orang yang pandai (macam aku) pandai pam pakai tangan, dia pun tak pandai pam pakai tangan.. hihihihi.. bangga jugak aku, khas buat mudak keshayangan aku nih...


dalam planing, aku nak beli spectra3, bukan keta spectra hokeh, breastpump RM388. hemmm boleh tahan jugak harga dia. tengah kompol duit ni, mempermudahkan keja mengepam aku.. amin...

Isnin, 21 Februari 2011

PhotoGeDiks Contest..

salam...

aku dah di TAG oleh mama cira join contest ni... maca, syok nih... mana tau kot2 ada rezeki en Adam Amsyar khen...


jenuh weh nak pilih gambar en Adam Amsyar yang 'gediks'.. ngeh ngeh ngeh.. anak aku macam2 qupa dia kalo ambik gambaq..

so, aku pertaruhkan gambar anak kesayangan aku yang nih...

"gambar ni diambil time dia baru bangun tido, celek mata ja teqenyah tengok aku... pasan tak pose ni memang cara gediks sangat nak ambik gambaq... hahaha, Adam Amsyar turun macam mama dia la..."
.
dan orang yang aku tau suka bloging :

Nail

semalam kelebek kuku mudak musyuk sorang ni,
check tengok kuku ikut sapa,
tengok tengok tengok


ikot mama.. yeh yeh...

Jumaat, 18 Februari 2011

pinky

sape kata boy tok leh pakai kaler pink, ni ha, anak aku pakai, masih nampak KELAKIAN dia yer... yang penting ADAM AMSYAR somel sokmo...
eeeee air liuq ya meleh....

suka kebam bila tak da putin dalam mulut... somel sangat shayang mama..

en, teserlah lobang idongmu... tapi totap pujaan hatiku...

5 months


Alhamdulillah, Muhammad Adam Amsyar sudah 5 bulan. hepi beday shayang mama.. i lap u so much... sekarang makin macam2 perangai dia... dan makin tinggi anak aku sorang ni... suka lompat2 non stop (lengok tangan jugek), bila pangil "Adam Amsyar..." kaleh terus.. monday ni nak kena cocok 5month punya la... tak tau la macam mana dia nanati..
Perkembangan bayi berusia 5 bulan..
Duduk dengan sendiri
Pada waktu ini, perkembangan fizikal bayi anda meningkat semakin cepat dan pantas. Jika di ditiarapkan dia dengan mukanya memandangkan ke bawah, dia akan meregangkan tangan dan kakinya dan melengkungkan bahagian belakangnya, dan sekiranya bayi anda terlentang memandang ke atas, dia akan mengangkat kepala dan bahunya. Dia juga mungkin akan duduk seketika tanpa bantuan -- namun anda haruslah berada berdekatan untuk menyediakan sokongan dan mengelilingi bayi anda dengan bantal untuk menahannya jika terjatuh. Galakkan bayi anda bermain sambil meniarap: ini akan memaksanya mengangkat kepala dan dada untuk melihat alat mainan atau wajah anda, dan akan membantu untuk menguatkan otot lehernya dan meningkatkan kawalan kepala yang penting untuk membolehkan dia duduk dengan sendiri. Jika anda mengampu bayi anda dengan meletakkan tangan di bawah ketiaknya sambil membiarkannya mengimbangi kakinya atas peha anda, dia akan melompat ke atas dan ke bawah. Masa ini bayi anda dengan senangnya boleh juga membawa objek ke mulutnya untuk di periksa dengan menggunakan mulutnya.

Mengulangi bunyi yang disukainya
Bayi anda sedang menambah bunyi-bunyi baru ke dalam himpunan bahasanya, dan mungkin kegemarannya pada masa ini ialah meniup air liur berbentuk seperti raspberi, iaitu berbuih-buih. Pada usia ini, adalah merupakan tabiat biasa jika bayi-bayi mudah terpesona dengan salah satu kebolehan barunya yang mana mereka akan mengulanginya untuk masa yang agak panjang. Ini adalah proses perkembangan yang normal. Kebanyakan bayi akan memahirkan diri dengan sesuatu kebolehan terlebih dahulu sebelum beralih kepada kebolehan yang lebih susah. Oleh itu, mendengar bunyi yang sama yang diulang beberapa kali oleh bayi anda boleh membuatkan anda rasa tak sabar, tetapi eloklah jika anda bersabar buat masa ini sebab fasa ini akan menyediakan anda untuk menghadapi fasa di mana perkataan “tidak” dan “kenapa” akan disebutkan bertalu-talu apabila bayi anda sudah boleh berjalan.

Cukup kuat untuk makan sendiri
Walaupun bayi anda mungkin berupaya untuk memegang botol susu sendiri, jangan dudukkan bayi anda dan membiarkannya makan sendiri. Bayi anda akan berupaya duduk sendiri dengan lebih baik dan menggenggam objek kecil hanya selepas usia enam bulan. Pada bulan ini, anda perlu terus menggunakan waktu makan untuk mendakap, memegang dan memanjakan bayi anda – tidak lama lagi bayi anda akan menjadi sangat berdikari dan akan mengelak ciuman dan dakapan anda. Bayi anda mungkin telah menunjukkan tanda-tanda yang dia sudah bersedia untuk makanan pejal -- jika dilihat pengurangan refleks menjelir lidah secara automatik dan peningkatan minat terhadap makanan yang sedang dimakan oleh anda dan orang lain. Walau bagaimanapun, hanya susu ibu atau susu formula yang diperlukannya sehingga dia berusia enam bulan.

Belajar mengenai sebab dan akibat
Kebolehan bayi anda untuk berinteraksi dengan anda, orang lain dan persekitarannya meningkat setiap hari. Pada peringkat ini bayi anda mungkin akan mula bermain-main sebab dia telah mula memahami bahawa tindakan-tindakan kecilnya akan membawa kepada hasil tertentu. Dia mungkin akan menjatuhkan objek hanya untuk melihat anda mengutip objek tersebut atau untuk melihat bagaimana dan di mana objek itu jatuh. Walaupun ini terasa amat memenatkan, namun begitu, lebih baik anda cuba membiasakan diri dengan tabiat ini. Dalam masa beberapa minggu nanti, tindakan bayi tersebut akan dituruti dengan gelak ketawanya yang amat meriah.

Mampu melihat objek kecil dan perbezaan warna lembut
Bayi anda semakin mahir dalam mengesan objek yang sangat kecil dan menjejaki benda-benda bergerak. Pada peringkat ini, bayi anda mungkin boleh mengenali objek selepas melihat hanya sebahagian daripada objek tersebut – justeru membina asas untuk permainan sorok-sorok yang akan anda mainkan dengannya pada bulan-bulan berikutnya.
Sebelum ini bayi anda sudah belajar membezakan antara warna-warna terang yang sama. Sekarang dia akan mula dapat mengasingkan perbezaan-perbezaan yang kurang ketara antara warna-warna lembut.

Mempertajamkan deria terhadap bunyi
Bayi anda sekarang sudah sedar dari mana datangnya bunyi dan dia akan terus berpusing ke arah bunyi baru. Salah satu cara paling menarik untuk menarik perhatian bayi anda adalah dengan menggoyangkan satu set kunci. Peranggu angin juga adalah penarik perhatian yang bagus. Sekarang, bayi anda mungkin akan memerhatikan mulut anda dengan rapi apabila anda sedang bercakap, dan cuba untuk meniru pengubahan (fleksi) dalam nada suara dan mengungkap bunyi-bunyi konsonan seperti “m” dan “b”. Bayi berusia lima bulan sudah boleh mengenali bunyi nama mereka sendiri. Perhatikan bagaimana anak kecil anda memusingkan kepalanya bila anda memanggilnya atau bercakap mengenainya dengan orang lain.

Mudah mengalihkan perhatian
Apabila bayi anda mula meragam di pasaraya pada bulan ini, anda mungkin boleh mengalihkan perhatiannya hanya untuk sekejap masa. Cuba melekakannya dengan membuat muka-muka yang lucu atau menyanyikan lagu dan bermain tangan. Menepuk tangan anda atau memberikan dia sesuatu untuk dipegang juga boleh mengalihkan perhatiannya.

Perkembangan pelbagai emosi
Bayi tidak boleh menzahirkan perasaan mereka secara kompleks seperti orang dewasa. Walaupun mereka dapat memberitahu anda bila waktu mereka marah, bosan atau gembira, mereka tidak boleh meluahkan rasa kasih sayang ataupun berjenaka pada beberapa bulan pertama, tetapi perkara ini akan mula berubah. Setelah berumur lima bulan, bayi anda akan menunjukkan ikatan yang kuat dengan anda dengan menghulurkan tangannya apabila dia mahu didukung dan menangis apabila anda meninggalkan bilik. Bayi anda juga mungkin akan mula memeluk dan mencium anda. Dan dia juga mungkin akan mula memahami lawak jenaka – dia akan ketawa pada mimik muka yang kelakar dan akan cuba membuat anda ketawa juga.
Bagi kebanyakan ibu bapa, di sinilah keseronokan bermula. Anda akan mendapati diri anda kembali dan menyertai dunia bayi semula apabila anda membuat muka-muka mengarut dan bunyi-bunyian yang ganjil, serta bermain pantomim dan membuat mimik muka.

Adakah bayi saya berkembang secara normal?
Harus diingat bahawa setiap bayi adalah unik dan akan mencapai peringkat-peringkat pencapaian sosialnya mengikut masa dan jadual mereka tersendiri. Apa yang disebutkan di atas merupakan garis panduan am mengenai potensi yang boleh dicapai oleh bayi anda -- jika bukan sekarang, mungkin tidak lama lagi. Dan sekiranya bayi anda dilahirkan pramatang, anda mungkin mendapati bahawa bayi anda memerlukan masa yang lebih lama untuk melakukan sesuatu yang telah dapat dilakukan oleh bayi sama usia dengannya. Jangan bimbang.
Kebanyakan doktor menilai perkembangan bayi pramatang bukan berpandukan masa dia dilahirkan malah masa dia sepatutnya dilahirkan dan menilai tahap pencapaian kemahirannya sewajarnya bermula dari tarikh itu


dan inilah gambar en Adam Amsyar pagik tadi... cumil khen...

Rabu, 16 Februari 2011

Puding Roti

bulan ni aku kena buat 7 bekas. wahhhh sambutan amat menggalakkan... bangga gak aku... murah rezeki.. amin...
aku pakai barang2 yang sedap tau, tak da murah2... baru la sedap...

barangan untuk 1 bekas SAHAJA!!!!

puding aku, kaya dengan susu + kismis

ni la puding yang telah aku hantar kat cc en papa...

1 bekas aku jual RM35 ajek, ok kan????

cita basik...

ni betul2 cita dah basi. sebab nak cita time CNY... hahahaha lamanya...
pas ato puding roti tuk cc en somi terus kami pi autocity.
apa lagi, memperabiskan duit lagi la aku...


en papa kena pegang en adam amsyar... pn mama nak berfoya2...


cumil2 seh.... rambang mata akuh...


en adam amsyar wit en dino....


mudak munsyuk yang sangat manja...
letihnya....

baju aku sempat rembat... aku dok taqam nak beli suar jean + sweter... jaga la...

cewi woi.... bagi pakai dah....

Jumaat, 11 Februari 2011

1st avenue

siyes aku tekezud bila minggu lepas aku gi ronda kat

ada butik!!!!





huwakkkkkkkkkk.. ketaq lutut. butik bag mahai tu...
dan bag idam aku dari coach!!!


or




tunggu la bertahun2 pun aku sanggop tunggu... hahahahaha...

Selasa, 8 Februari 2011

Vote lagik!!!!!


hi korang,

jangan lupa vote my son
Muhammad Adam Amsyar bin Muhammad Kazrul Kamal
di web Majalah Pa&Ma

klik manyak-manyak kali pun tak pa tau, vote tu akan makin bertambah kalo klik bnayak kali... ngeh ngeh ngeh...

klik sini : vote

berhati-hati apabila gambar anda berada di internet!!!!

peace be upon u...

aku ada cita nak kongsi sikit. tadi kawan aku ada msg aku kat fb, dia suh aku bukak 1 blog ni, dia kata nampak macam gambar aku. bedesup jantung aku baca msg dia. gambaq apa plak nih - _-"
so aku dah bukak blog tu, blog ni dia tempek gambar budak melayu pakai tudung sahaja! di tajuk BIDADARI TURUN DARI SYURGA, walopun tajuk sedap disebut, tapi aku memang tak mau gambar aku ada dalam blog dia.




ni gambar aku, gambar ni aku pastekan kat web calista masa aku masuk contest. (aku dapat no. 1 tu.. ngeh ngeh ngeh) ada gak aku pakai tuk avatar aku kat forum cari.
kat blog dia siap tulis

"Ingin Kongsi Gambar Awek tudung? Email gadismelayublogsome@gmail.com. Diharap dapat memeriahkan (meriah dia kata???) lagi blog iniBlog ini tidak sekali-kali bertujuan untuk merendahkan martabat gadis bertudung, tujuannya adalah untuk menghayati keindahan (langsung aku tak leh terima ayat dia) dan kemanisan gadis melayu yang terkenal dengan kelembutan dan kesopanan. Jika ada gambar anda disini dan tidak mahu ianya dipaparkan, emailkan sahaja ke gadismelayublogsome@gmail.com dan pemilik blog akan menghormati privasi anda."


1st sekali aku nak korang suma masuk blog ni : awek cun minah tudung melayu boleh

nak bukak blog dia ni lambat sikit, so korang perlukan kesabaran hokeh.
so, kepada korang, kelebek la betui2, kalo ada gambar korang yang tak sedap mata memangdang, suh la dia buang. aku pun dah suruh buang gambar aku, SEBAB gambar2 kat blog dia ni banyak berunsurkan LUCAH.
-----------
dan akhinya dia balas email aku tadi, dia tulis
"ok..terima kasih atas reminder..saya akan buang untuk menghormati privasi anda"

Rabu, 2 Februari 2011

pelik


tengok ni, gambar Cacing Naga yang telah dijumpai di indonesia sepanjang 2.5 meter. panjangnyaaaaa... gili woooo... tapi main dengan macam-macam orang ni, makan pun depa boleh.
~
ingat plak cita bro in law aku jumaat lepas.. dia kata ada
ular berkepala 7!!!!
biaq betik!!! tak caya? aku pun tak caya. tapi hampa tengok gambaq kat bawah.
~

aku pun percaya, tapi betui ka? ada plak rasa tak cata. kata BIL aku kata lagi ula ni ditemui di perlis, masa depa nak tangkap ular ni, tak dapat sebab ulur tu lari terus.
~
Adakah gambar ni tak betul? ATAU datang dengan keadaan MENYERUPA...

Makan

ari ni aku sarapan lain dari biasa... kenyang jugak, tapi roti aku makan 2 keping ja, tak leh pi dah..