Rabu, 1 Disember 2010

Mewujudkan tabiat tidur yang baik: 0-3 bulan

Tidur yang tipikal pada usia ini

Bayi yang baru lahir akan banyak tidur – kira-kira 17 hingga 18 jam sehari pada beberapa minggu pertama dan 15 jam sehari menjelang bulan ketiga. Walau bagaimanapun, mereka tidur tidak lebih daripada tiga hingga empat jam pada satu-satu masa, sama ada pada waktu siang atau waktu malam. Ini bermakna: Anda tidak akan dapat tidur terus tanpa gangguan. Pada waktu malam pula, anda akan terpaksa bangun untuk menyusukan anak dan menukar lampin; pada waktu siang pula, anda juga akan bermain dengannya.

Ramai ibu bapa risau mengenai risiko kematian kot pada masa beberapa bulan pertama usia bayi. Apa yang disarankan ialah supaya semasa ia berusia enam bulan ke bawah, bayi tidur pada waktu malam di dalam kot yang terletak di sebelah katil ibu bapa. Saranan lain termasuklah:

• Letakkan bayi anda dalam keadaan telentang, bukannya meniarap atau disisinya.

• Letakkan dia dengan kakinya rapat dengan hujung kot supaya dia tidak dapat menggeliang-geliut mengelungsur masuk ke dalam selimut.

• Pastikan suhu bilik bayi anda adalah di sekitar 18 darjah C / 64 darjah F.

• Bagi kain-kain alas katil, gunakan cadar dan selimut yang berongga dan bukannya duvet.

• Periksa yang bayi anda tidak terlalu panas atau terlalu sejuk dengan merasa bahagian perutnya: jika dia terlalu panas, alihkan selimut; jika dia sejuk, selimutkannya. Jangan memeriksa di bahagian tangan atau kakinya sebab adalah normal bagi bahagian-bahagian itu berasa sejuk.

Rujuk artikel kami mengenai mengurangkan risiko kematian kot untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai tidur yang selamat.

Walaupun sesetengah bayi tidur sepanjang malam seawal lapan minggu, kebanyakan bayi belum boleh melakukan sebegini sehingga mereka berusia lima atau enam bulan, atau lebih lewat dari itu. Jika anda mahu bayi anda tidur sepanjang malam, anda boleh membantunya dengan mengajarnya tabiat tidur yang baik seawal mungkin.


Kesulitan yang mungkin timbul

Tidak banyak perkara yang boleh menganggu gaya tidur bayi yang masih kecil. Tetapi apabila anak anda berusia dua atau tiga bulan, dia mungkin akan:

• terjaga pada waktu malam dengan lebih kerap daripada yang sepatutnya;

• mengaitkan perkara tertentu dengan aktiviti tidur yang berkemungkinan akan membawa masalah kepada anda nanti.

Bayi yang baru lahir perlu bangun pada waktu malam supaya mereka dapat menyusu tetapi sesetengahnya akan terkejut dari tidur sebelum mereka perlu menyusu. Kadang-kala kehadiran anda berhampirannya akan menenangkannya dan dia akan kembali tidur.

Untuk mengelakkan bayi mengaitkan (membuat asosiasi) perkara tertentu dengan tidurnya di mana bayi bergantung kepada sesuatu seperti dodoian atau penyusuan untuk lena, letakkan saja bayi anda di katil sebelum dia tidur dan biarkan dia lena dengan sendirinya.


Penyelesaian masalah tidur

Anda perlu mengajar bayi anda sedikit demi sedikit bagaimana untuk tidur sepanjang malam. Para pakar tidak sependapat mengenai cara terbaik untuk melakukannya dan terdapat pelbagai falsafah yang bercanggah. Beberapa cara penyelesaian utama digariskan di bawah.

Penyelesaian 1-Bayi anda boleh dilatih untuk memperolehi tabiat tidur yang baik seawal usia enam minggu. Caranya ialah mewujudkan rutin tidur malam dan tidur siang yang konsisten dan meletakkan bayi di atas katilnya semasa dia masih berjaga. Selagi anak anda boleh tidur dengan sendiri, anda boleh melayan panggilannya pada waktu tengah malam atau semasa tidur di siang hari. Gantikan sebarang asosiasi tidur yang bergantung kepada kehadiran anda (apa saja yang memerlukan anda berada di situ seperti dodoian atau penyusuan) dengan barang lain yang akan berada di situ semasa bayi anda terjaga (seperti selimut kegemarannya).

Penyelesaian 2-Anda mahu melakukan yang terbaik untuk anak anda dan membantunya membentuk tabiat tidur yang baik merupakan sebahagian daripadanya. Anak anda belum faham lagi mengenai apa yang terbaik untuknya dan akan menangis jika dia tidak mendapat apa yang dia mahukan. Matlamat anda ialah membantunya tidur dan belajar tidur dengan sendiri.

Penyelesaian 3-Latihkanlah bayi anda untuk tidur dengan sendiri serta dapat menenangkan dirinya sendiri apabila dia terjaga. Anda boleh membantunya membezakan antara malam dan siang dari mula dengan mengadakan penyusuan malam dalam keadaan senyap dan tenang, manakala di waktu siang, mengejutkannya jika dia tidur terlalu lewat. Lama-kelamaan dia akan belajar untuk menyimpan tidur panjangnya untuk waktu malam. Jika dia terjaga, gunakan suara anda untuk menenangkannya tetapi lebihkan tempoh masa antara jarak waktu anda mendekatinya. Ini akan membantunya belajar tidur dengan sendiri.

Penyelesaian 4-Bantu bayi anda untuk relaks dan biar dia tahu bagaimana menenangkan dirinya sendiri. Jangan biarkan dia "meluahkan tangisannya," tetapi jangan pula terus pergi kepadanya apabila dia mula merengek. Tunggulah beberapa minit dan pastikan dia benar-benar terganggu dan terjaga, barulah masuk ke biliknya, meyakinkannya dan menenangkannya tanpa mengangkatnya keluar dari kot atau raganya. Sebaliknya, usap dan tenangkannya dengan menggunakan tangan anda dan bercakaplah dengannya. Pada mulanya, pergi kepadanya setiap beberapa minit, tetapi lama-kelamaan panggilkan namanya saja dari luar bilik. Adalah satu idea yang baik untuk mewujudkan rutin waktu tidur yang tenang dan menyokong yang meliputi cerita pengantar tidur, mandian dan lain-lain.

Penyelesaian 5-Bina sikap tidur yang positif dalam anak anda dengan sentiasa menyokongnya selain memberikannya persekitaran yang tenang dan relaks yang akan membuat dia mengantuk. Dia akan belajar menganggap tidur sebagai sesuatu yang menyeronokkan, dan bukan sesuatu yang ditakuti.

Tidak terdapat cara yang "betul" untuk menggalakkan anak anda tidur sepanjang malam. Anda perlu memilih penyelesaian yang sesuai bagi anda dan keluarga anda.

credit from : babycenter

adam amsyar suka buat bibir seksis time titot...