assalamualaikum... dengan awal pagi yang tak berapa ceria sbb tak berapa boleh tido, hubby tak sihat. terjaga pula kul 3.30am mak gerak cakap mak lang kena masuk hospital seberang jaya. eceli mak lang pregnant 6 bulan kot (anak ke 3), semalam dia sakit perut sampai teriak tak tahan sakit. doc cakap nasib mai awal kalau lambat baby & mak lang dalam keadaan bahaya boleh menyababkan kematian!!! mak lang sebenarnya sakit perut disebabkan ANGIN dlm perut. so nanti kol mak nak tau apa cita.
terbaru
tadi kol mak, mak lang kena dibedah dengan segera tuk selamatkan ke2-2nya... baby maklang 7 bulan. doc cakap kalau mai lewat contoh pagi ni, kemungkinan mak lang aku 'tarik'. & kalo bedah lambat otak baby akan prob leh masuk kuman...
tadi buka board cari forum terbaca atikel nih. Ya Allah apa dosa bayi ini sehingga sanggup ibu yang mengandungkannya sanggup berbuat mcm tu. kemana dia nak lari? mesti jumpa jugak. hantar la rumah anak yatim atau mana, yang kesian yang amat bayi tu mati, dia sejuk, dia kena gigit semut, dia lapar susu.. Ya Allah kenapa la ada orang macam nih.. sedih sangat kan.. (menitis air mata juga aku tengok pix baby tu :_( ) wahai ibu2 yang akan melahirkan anak luar nikah, dengar sini!!!! JANGAN CUBA BUANG BAYI ANDA, ANDA TAK AKAN KEMANA2, PASTI TERTANGKAP JUA!!!!
Mayat bayi perempuan ditinggalkan depan masjid
MELAKA: Mayat seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemui ditinggalkan di hadapan pintu pagar Masjid Permatang Duyong di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Salehhudin Abd Rahman, berkata bayi yang cukup sifat dan masih bertali pusat itu dibaluti dengan kain putih tetapi badannya kemerahan dipercayai digigit semut.
"Mayat bayi berkenaan disedari ditinggalkan di situ oleh jemaah masjid selepas selesai menunaikan solat subuh," katanya ketika dihubungi di sini.
Salehhudin berkata, penemuan mayat bayi itu dilaporkan kepada polis oleh bilal masjid itu, Mohamad Abu.
Beliau berkata, mayat bayi itu dihantar ke Hospital Melaka di sini untuk bedah siasat.
Katanya, polis sedang mengesan ibu bayi berkenaan dan menyiasat kes itu mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.