Khamis, 1 Oktober 2009

KEJAM!!!

Suri rumah, anak maut dikelar

KOTA BHARU: Seorang suri rumah bersama anak perempuannya, berusia dua tahun, mati akibat ditetak dan dikelar dengan senjata tajam dipercayai oleh seorang lelaki yang berjiran dengan mereka, awal pagi semalam.


Dalam kejadian di Kampung Sireh Bawah Lembah, kira-kira jam 2.10 pagi itu, suri rumah yang berasal dari Narathiwat, Selatan Thailand, Mae Nak Ya, 36, mati ketika dalam rawatan kecemasan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), akibat pelbagai kecederaan parah di kepala, manakala tangan kanannya hampir putus akibat ditetak.

Anaknya, Nor Asikin Rosli, pula ditemui mati dalam rumah usang yang didiami keluarga terbabit, dengan kesan tetak di bahagian kepala.

Ketika kejadian, suami mangsa, Rosli Abdullah, 50-an, tiada di rumah kerana bekerja sebagai ejen insurans di Kuala Terengganu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kelantan, Asisten Komisioner Mazlan Lazim, berkata siasatan awal mendapati mangsa dipercayai ditetak dengan senjata tajam oleh seorang lelaki dipercayai jiran yang tinggal berhampiran rumah usang yang disewa keluarga mangsa di kampung itu.

“Polis masih menyiasat motif pembunuhan kejam ini dan sedang mengesan senjata tajam yang dipercayai digunakan untuk membunuh mangsa,” katanya pada sidang media di pejabatnya, semalam.

Mazlan berkata, polis sedang mengesan seorang lelaki yang juga jiran bersebelahan rumah mangsa, bernama Mazdi Mohamad, berusia 31 tahun, untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Bagaimanapun, kira-kira jam 7 pagi ini, saya dikejutkan dengan panggilan telefon daripada adik ipar, Romlah Ya, 24, yang tinggal berdekatan rumah saya di sini, memaklumkan kematian isteri,” katanya. Romlah berkata, meskipun tinggal berdekatan, hubungan beliau dengan kakaknya itu dingin sejak mereka berselisih faham, kira-kira tiga bulan lalu.

Sementara itu, seorang jiran mangsa yang juga saksi kejadian, berkata dia bergegas meninjau rumah mangsa sejurus terdengar jeritan dari rumah usang terbabit kira-kira jam 2 pagi.

“Ketika berada di rumah itu, saya lihat seorang lelaki keluar menerusi tingkap belakang sambil memegang sebilah golok yang berlumuran darah. Saya cuba mengejarnya tetapi dia sempat melarikan diri,” katanya.